Rata-rata papan tanda kedai di pusat bandar Klang ditulis dalam bahasa asing. |
BERADA di Klang seolah-olah sedang berada di Bangladesh atau Myanmar. Mereka ini dilihat memonopoli sekitar pusat bandar dan tidak mustahil boleh menenggelamkan warga tempatan jika tidak dibendung.
Buktinya boleh dilihat di premis-premis jualan. Bukan sahaja mereka ini datang sebagai pengunjung, tetapi warga asing ini menjadi pekerja malah terdapat papan tanda ditulis dalam bahasa asing di premis berkenaan.
Tinjauan Sinar Harian mendapati terdapat puluhan kedai makan, kedai menjual barangan serbaneka dan pelbagai kedai lain dipercayai milik warga asing beroperasi di situ.
Wartawan Sinar Harian meninjau premis-premis di sekitar bandar Klang untuk mendapatkan gambaran sebenar daripada warga asing yang bekerja di situ.
Shujon, 36, seorang warga Bangladesh yang bekerja di sebuah kedai menjual peralatan harian memberitahu, perniagaan itu adalah milik seorang lelaki dari negaranya yang berkongsi dengan warga tempatan.
“Kedai ini disewa harga tinggi lebih kurang RM8,000 sebulan. Berniaga sini bagus sebab ramai orang Bangladesh. Kalau hujung minggu ramai datang beli-belah, duduk-duduk (melepak),” katanya yang masih pekat dengan telo bahasanya.
Menurut Shujon, kedai berkenaan sudah beroperasi hampir tujuh tahun dan kebanyakan barangan yang dijual di situ dibawa khas dari Bangladesh.
Salah seorang peniaga warga asing turut memaklumkan, mereka selesa berniaga di situ.
Menurut Kushen, 46, seorang peniaga kuih warga Bangladesh, dia menyewa bahagian depan sebuah restoran sebagai tapak niaga.
“Restoran itu kawan (senegara) saya punya. Dia sewa RM7,000. Kedai ini sudah lama buka di sini,” katanya kepada Sinar Harian.

No comments:
Post a Comment