Tuesday, July 7, 2015

Servcorp Mohon Maaf Berhubung Iklan Wombat


Diterbitkan: Selasa, 7 Julai 2015 12:04 AM

PETALING JAYA: Syarikat yang berpangkalan di Australia, Servcorp memohon maaf kerana menggunakan haiwan jenis wombat pada papan iklan elektronik di Bukit Bintang apabila ramai tersilap anggap bahawa ia merupakan seekor khinzir.
Syarikat itu menerusi kenyataan di Facebook membuat permohonan maaf sekiranya menimbulkan kekeliruan akibat menggunakan seekor wombat dalam iklan elektronik di Kuala Lumpur.
"Servcorp merupakan sebuah syarikat Australia dan menggunakan Wombat sebagai maskot syarikat - wombat itu merupakan seekor anak beruang kecil berbulu seperti haiwan yang tergolong dalam keluarga beruang koala.
"Ia kelihatan seolah-olah segelintir orang tersilap anggap bahawa ia merupakan seekor khinzir yang mungkin menyentuh sensitiviti dalam kesucian bulan Ramadan," kata Servcorp pada Isnin.
Ia berkata, sebagai syarikat antarabangsa, ia tidak mempunyai niat untuk menyinggung mana-mana kaum atau agama, dan menambah bahawa ttiada isu seluruh dunia dengan menggunakan haiwan itu sebagai maskot, termasuk di pejabat mereka di Timur Tengah.
Pada Ahad, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesahkan pemadaman iklan digital itu di Jalan Bukit Bintang.

No comments:

Post a Comment