PAPARAN gambar jet peribadi yang diterima TMJ yang dimuat naik pada laman Facebook Johor Southern Tigers semalam.
JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerima sebuah jet peribadi daripada ayahandanya, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sempena hari ulang tahun kelahirannya ke-31 semalam.
Baginda telah memuat naik beberapa keping gambar sekitar majlis penyerahan pesawat itu di hangar peribadi Sultan Ibrahim di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dekat sini pada laman Facebook Johor Southern Tigers.
Bagaimanapun, jenis pesawat tersebut tidak dinyatakan.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0701&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3eaPoiHbB
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment