Kuala Lumpur: Sepanjang tempoh bermula semalam hingga 10.45 malam tadi, polis sudah menerima 27 laporan berkaitan perhimpunan haram di ibu negara.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/74003#sthash.uJRoYtL2.dpuf
Setakat ini, lima kertas siasatan dibuka polis Kuala Lumpur dan seorang lelaki berusia 21 tahun ditahan atas kesalahan berkelakuan yang mengaibkan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa berkata, ia merangkumi 14 laporan polis diterima pihaknya semalam manakala 13 lagi sehingga kini.
Menurut beliau, keadaan setakat ini adalah terkawal walaupun terdapat peserta perhimpunan masih berkumpul berhampiran Dataran Merdeka.
"Pihak penganjur sudah berjanji akan bersurai menjelang ambang merdeka malam ini dan tidak akan mengganggu persiapan sambutan kemerdekaan.
"Jika terdapat sebarang pelanggaran undang-undang tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada. Tidak timbul sebarang isu sambutan ambang merdeka diubah ke Bukit Jalil yang sememangnya dijadualkan berlangsung di situ," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Kata Tajuddin, pihaknya masih meneruskan kawalan di sekitar Dataran Merdeka.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Ogos 2015 @ 11:38 PM
No comments:
Post a Comment