Monday, August 31, 2015

Bersih 4.0: Melayu kurang sebab Pas tak turun


WARTAWAN SINAR HARIAN
31 OGOS 2015Datuk Mohd Amar Abdullah
Datuk Mohd Amar Abdullah Datuk Mohd Amar Abdullah

BACHOK - Pas tidak menolak kemungkinan kekurangan masyarakat Melayu dalam perhimpunan Bersih 4,0 berbanding masyarakat Cina disebabkan parti itu tidak mengerah ahlinya menyertai demonstrasi itu.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Abdullah  berkata, Pas tidak pernah menghalang ahlinya untuk menyertai itu, sebaliknya ia terpulang kepada ahlinya untuk menyertai atas sifat individu.

“Saya tidak tahu sebab sebenar kerana benda terlalu umum, boleh jadi orang sokong BN, orang tidak keluar.

“Secara bandingannya, kalau dalam politik maknanya bila Pas tidak terlibat aktif dengan sendirinya peserta Melayu berkurangan. Maknanya sebelum ini ada  sumbangan Pas dalam Bersih,” katanya kepada media kelmarin.

Terdahulu beliau menghadiri sambutan Hari Kebangsaan ke-58 peringkat negeri Kelantan di Institut Kemahiran Belia Negara di Bachok yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

No comments:

Post a Comment