Monday, August 31, 2015

Puluhan ribu sertai tunjuk perasaan di Tokyo


AP - BERPULUH-PULUH ribu penunjuk perasaan mengadakan bantahan terhadap undang-undang baharu yang membolehkan tentera Jepun menyertai mana-mana peperangan di hadapan bangunan Parlimen di Tokyo semalam.


TOKYO – Berpuluh-puluh ribu penunjuk perasaan berhimpun di luar bangunan Parlimen Jepun semalam bagi membantah rancangan undang-undang baharu yang mungkin membolehkan tentera negara ini terlibat dalam peperangan buat pertama kali sejak Perang Dunia Kedua.
Semakin ramai penduduk Jepun termasuk pelajar universiti dan ibu bapa muda yang menyertai tunjuk perasaan terhadap rang undang-undang kontroversi tersebut ketika parti pemerintah Perdana Menteri, Shinzo Abe bersedia meluluskannya sebelum persidangan semasa berakhir hujung bulan hadapan.
Sambil memegang sepanduk ‘Tolak Peperangan’, ‘Keamanan Bukan Peperangan’ dan ‘Halang Rang Undang-Undang Keselamatan’, penunjuk perasaan yang berteriak kuat memenuhi jalan raya di hadapan bangunan Parlimen Jepun.
Penganjur mendakwa sekitar 120,000 orang mengambil bahagian dalam perarakan di Tokyo dan beberapa tunjuk perasaan yang diadakan di seluruh Jepun tetapi perangkaan daripada pihak polis belum diperoleh setakat ini.
Di bawah rancangan pembaharuan kerajaan, tentera Jepun akan dibenarkan bertempur bagi mempertahankan sekutu Jepun seperti Amerika Syarikat sekali pun jika tiada ancaman secara langsung terhadap negara itu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0831&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz3kL5ndskY 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment