Friday, August 28, 2015

Bonus untuk bayi ditambah


Singapura: Kerajaan Singapura mengumumkan skim Bonus Bayi untuk pasangan di negara itu dinaikkan sebanyak SG$2,000 (RM6,059) dan dibayar antara 12 bulan dan 18 bulan selepas kelahiran.

Geran insuran untuk bayi yang dilahirkan juga dinaikkan SG$1,000 (RM3,030) menjadi SG$4,000 (RM12,121) bagi membantu membayar insurans dan bayaran perubatan lain.

Semua keluarga mempunyai bayi yang lahir pada atau selepas 1 Januari 2015 layak menyertai skim berkenaan.

Perubahan itu kali pertama diumumkan oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong ketika perhimpunan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara itu Ahad lalu.

Menerusi skim Bonus Bayi sebelum ini, dua anak pertama pasangan berkahwin akan menerima hadiah SG$6,000 (RM18,180) setiap seorang manakala anak ketiga serta keempat menerima SG$8,000 (RM24,241).

Bagaimanapun, anak kelima dan seterusnya tidak termasuk dalam skim itu.

Dengan perubahan terbaru, semua anak menerima SG$8,000 (RM24,241) atau SG$10,000 (RM30,302) bergantung kepada urutan kelahiran.

Cuti untuk suami ketika isterinya melahirkan anak juga ditambah satu minggu lagi, menjadikannya dua minggu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Ogos 2015 @ 7:38 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/73202#sthash.fvS4GPbS.dpuf

No comments:

Post a Comment