Friday, August 28, 2015

Kenapa mahu tolak Bersih pula?


FATHIN ATHIRAH HASLI
28 OGOS 2015Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

PETALING JAYA - Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mempersoal tindakan pihak yang membantah penganjuran himpunan Bersih 4.0 yang akan berlangsung mulai esok dan Ahad.

Katanya kepada Sinar Online, tindakan tersebut seolah-olah menghalang keadilan yang ditegakkan untuk rakyat dan masyarakat di negara ini.

"Kenapa mahu tolak himpunan Bersih pula? (Himpunan) Bersih ini suara rakyat. Kita nak tuntut keadilan demi rakyat," katanya ketika ditemui semalam dalam Peluncuran Buku 'Sayang Buat Papa & My Dear Papa' di sini, malam tadi.

Wan Azizah bagaimanapun tidak menghalang mana-mana pihak untuk turun berhimpun membantah himpunan  Bersih 4.0.

"Biarlah kalau mereka mahu berhimpun... Itu hak mereka. Jika mereka mahu berhimpun untuk bantah Bersih, kita biarkan mereka. Tak perlu halang mereka," katanya lagi.‎

Sementara itu, kumpulan anti Bersih 4.0 yang dijadualkan berlangsung pada hari sama ditunda ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Penganjurnya, Datuk Jamal Md Yunos yang juga Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia berkata, keputusan berkenaan dibuat setelah mendapat nasihat daripada pihak polis dalam satu perjumpaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi petang semalam.

"Saya akur akan keputusan yang ditetapkan pihak polis berhubung penganjuran perhimpunan ini dan kami akan mengumumkan tarikh baharu perhimpunan yang berkemungkinan diadakan sebelum Hari Malaysia (16 Sept) berlangsung.

"Kami tidak mahu dilabel sebagai orang yang tidak patuh kepada undang-undang jika kami meneruskan niat untuk menganjurkan perhimpunan pada hujung minggu ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment