Saturday, September 5, 2015

Indonesia batal bina landasan kereta api laju



REUTERS - SEBUAH model kereta api laju pada pameran Fast Track di Jakarta, Indonesia pada 13 Ogos lalu.


JAKARTA – Indonesia bertindak di luar jangkaan dengan membatalkan projek kereta api laju pertamanya dan memilih tren lebih perlahan sekali gus memberi tamparan kepada Jepun dan China yang bersaing untuk mendapatkan kontrak pembinaan itu.
Presiden Joko Widodo dijangka mengumumkan bidaan yang berjaya untuk projek mega berharga berbilion-bilior dolar itu pada minggu ini.
Sebaliknya, Menteri Eknonomi Utama, Darmin Nasution memberitahu duta Jepun semalam bahawa projek kereta api laju itu dibatalkan.
Jepun dan China bersaing selama beberapa bulan untuk membina landasan kereta api laju itu yang menghubungkan Jakarta dan Bandung sejauh 160 kilometer.
“Bidaan yang dikemukakan kerajaan kami dan pemerintah China tidak diterima,” kata Duta Jepun, Tanizaki Yasuaki kepada wartawan semalam.
Ketua Staff Presiden, Teten Masduki memberitahu agensi berita AFP bahawa Widodo merumuskan bahawa kereta api berkelajuan sederhana akan memberi lebih nilai dan dapat mengurangkan kos pembinaan sebanyak 30 peratus.
“Beliau amat berhati-hati dalam membuat keputusan ini,” kata Teten.
Berita itu disifatkan tidak menggembirakan Jepun. Negara matahari terbit itu merupakan antara tiga pelabur utama di Indonesia dengan kepentingan besar dalam sektor automotif, perlombongan dan perkilangan. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0905&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3koLxRudd 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment