Saturday, September 5, 2015

Karaoke propaganda

Reuters
Seoul: Perang propaganda nampaknya tercetus lagi di Korea Selatan, hanya beberapa minggu selepas Seoul memainkan lagu K-pop dan anti-Pyongyang menggunakan pembesar suara di sempadan dengan Korea Utara.

Ahli Parlimen Hong Moon-pyo dari parti pemerintah Saenuri berkata, lagu berkenaan yang dianggap ‘racun’ dimainkan di beberapa pusat karaoke di Seoul.

Antaranya lagu ‘Hidup Jeneral Kim Jong Il’ - ayah pemimpin Korea Utara sekarang, Kim Jong Un.

“Mesin karaoke ini mampu mempengaruhi mental kita. Tak ubah seperti cendawan beracun yang mampu menyakitkan 50 juta rakyat Korea Selatan,” kata Hong.

Katanya, setakat ini hanya dua premis dikenal pasti mempunyai lagu berkenaan, di kawasan yang mempunyai ramai berbangsa Korea dari timur laut China serta warga Korea Utara yang berpaling tadah.

“Perkara ini terdedah selepas pendatang etnik Korea dari China diupah melawat premis karaoke di kawasan terbabit.

“Isu ini tidak patut dipandang remeh. Menyanyi lagu yang memuji Korea Utara mampu meresapi pemikiran dan melemahkan kita.

“Lagu propaganda klasik tidak sepatutnya dinyanyikan di sini dan sama saja teruknya dengan program senjata nuklear Korea Utara,” katanya.

Sejak 1948, undang-undang Keselamatan Kebangsaan Korea Selatan melarang penyebaran propaganda Korea Utara.

Secara teknikal, Korea Utara dan Selatan masih berperang berikutan Perang Korea 1950 hingga 1953 berakhir dengan gencatan senjata, bukan perjanjian damai.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 September 2015 @ 5:07 AM
DISYORKAN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/75279#sthash.T6RgeKrh.dpuf

No comments:

Post a Comment