Pyongyang: Sebuah video didedahkan semalam mendakwa menunjukkan dua lelaki dibacakan tuduhan di khalayak ramai bagi kesalahan menonton filem Amerika yang disimpan dalam pemacu USB sebelum disalin pada alat perakam cakera padat digital (DVD).
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/75277#sthash.Jplv0sOK.dpuf
Dua lelaki berusia 30 dan 27 itu didakwa ‘bergelumang dengan ideologi kapitalisme yang korup’ yang dikatakan terbongkar hasil kerja ejen di Korea Selatan.
Video sepanjang 12 minit itu yang dirakam secara sulit kemudian menunjukkan dua tertuduh yang tidak diberi peluang bersuara dihantar ke kem tahanan untuk tempoh sembilan bulan.
Pendedahan rakaman itu - yang dianggarkan sekitar September 2013 - rentetan ketegangan di rantau berkenaan selepas Korea Utara mengugut tindakan ketenteraan terhadap jirannya. Persetujuan akhirnya dicapai pada 24 Ogos lalu hasil rundingan selama tiga hari.
Amnesty International melaporkan ribuan penduduk Korea Utara ditahan atas pelbagai tuduhan politik, tetapi bagi kes kecil pesalah dihantar ke kem tahanan untuk ‘pendidikan semula’ yang merangkumi sesi ideologi dan kerja berat.
Sejak memerintah, Kim Jong-un mengambil tindakan tegas terhadap media asing terutama Korea Selatan termasuk bagi drama televisyen dari negara itu.
Malah pada Oktober 2014, 50 orang dikatakan dihukum bunuh kerana menonton drama asing. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 September 2015 @ 5:07 AM
No comments:
Post a Comment