Thursday, September 27, 2012

UIAM diminta beri penjelasan




KERATAN Kosmo! semalam.


KUALA LUMPUR - Kementerian Pengajian Tinggi meminta Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memberi penjelasan kepada umum punca sebenar pembatalan keputusan Pilihan Raya Kampus (PRK) universiti itu kelmarin.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (gambar) berkata, sehingga kini pihaknya masih belum menerima laporan rasmi daripada universiti berkenaan berhubung isu tersebut.
"Masalah ini tidak berlaku di universiti lain yang menggunakan sistem e-voting kecuali di UIAM.
"Saya percaya pihak universiti akan memaklumkan kepada umum bagi menjelaskan kedudukan sebenar perkara tersebut," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Kepimpinan Islam di sini semalam.

No comments:

Post a Comment