Monday, September 5, 2011

'Gaddafi perlu dibicara di Libya'





2011/09/05

TENTERA anti-Gaddafi menemui periuk api disimpan di dalam sebuah rumah di Tripoli, semalam.
TENTERA anti-Gaddafi menemui periuk api disimpan di dalam sebuah rumah di Tripoli, semalam.
Jenayah sepanjang pemerintahan wajar diadili tanpa ambil kira dakwaan ICC

LONDON: Bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, perlu dibicarakan di negara itu kerana jenayah yang dilakukan sepanjang pemerintahannya tanpa mengambil kira dakwaan yang dikenakan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadapnya.
Penyelaras bersama Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) di Britain, Guma al-Gamaty, berkata Gaddafi perlu dibicarakan di Libya berikutan banyak jenayah yang dilakukan sejak berkuasa pada tahun 1969.
ICC yang beribu pejabat di The Hague, mengeluarkan waran tangkap ke atas Gaddafi kerana jenayah kemanusiaan yang dilakukan ketika pemberontakan di Libya, bersama waran untuk anaknya, Seif al-Islam dan ketua perisikan beliau.

“ICC cuma akan membicarakan Gaddafi atas jenayah yang dilakukan sejak enam bulan lalu. Gaddafi bertanggungjawab ke atas banyak jenayah yang dilakukan sejak 42 tahun pemerintahannya, beliau perlu dibicarakan dan menjawab semua tuduhan dalam perbicaraan di Libya,” katanya kepada televisyen Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Beliau berkata terpulang kepada mahkamah untuk menentukan sama ada hukuman mati sesuai untuk Gaddafi tetapi menambah: “Mahkamah adil dan saksama dan akan memenuhi semua piawaian antarabangsa.”

“Pemerhati antarabangsa daripada pertubuhan hak kemanusiaan dan organisasi dipercayai lain serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan dibenarkan memantau. Ia akan menjadi perbicaraan yang adil, sesuatu yang Gaddafi tidak pernah berikan kepada penduduk Libya yang mengkritiknya sejak 42 tahun lalu,” katanya. 
“Masa sudah berlalu. Tawaran rundingan kepadanya oleh NTC beberapa bulan lalu dan beliau tidak pernah menerima. Juga sukar bagi Gaddafi dan anaknya mencari tempat selamat atau negara yang mahu menerima mereka,” katanya.

Mengenai waran tangkap ICC, beliau berkata pilihan mereka amat terhad. 

“Apa yang akan mereka hadapi jika ditangkap ialah ditahan dan dilayan dengan baik. Mereka akan dipastikan selamat dan berdepan dengan perbicaraan serta menjawab semua jenayah yang dilakukan,” katanya. 

Sementara itu, Britain dilaporkan pernah menjemput dua anak lelaki Muammar Gaddafi, ke ibu pejabat unit pasukan khas (SAS), ketika bekas Perdana Menteri, Tony Blair, cuba menjalin hubungan dengan rejim Libya, lapor akhbar The Sunday Times.

Dalam pendedahan terbaru daripada dokumen perisikan yang diperoleh media dan kumpulan hak di Tripoli, akhbar berkenaan melaporkan Blair juga membantu seorang lagi anak Gaddafi, Seif al-Islam, dengan tesis kedoktorannya. – AFP 

No comments:

Post a Comment