Friday, March 13, 2015

Himpunan Gambar Osama Bin Laden Yang Jarang Ditemui


Diterbitkan: Jumaat, 13 Mac 2015 9:26 AM

Gambar Osama Bin Laden Yang Jarang Ditemui

  • 1 of 14

HIMPUNAN gambar kehidupan Osama Bin Laden yang jarang ditemui didedahkan oleh seorang ahli Al Qaeda, Khaled Al Fawaz yang kini ditahan pihak barat.
Gambar yang dirakam oleh wartawan Palestin, Abdel Barri Atwan pada 1996 bukan sahaja menceritakan kehidupan Osama tetapi turut mendedahkan bilik dan terowong rahsia di Tora Bora, Afghanistan.
Ketika gambar itu dirakam, Osama masih belum disenaraikan sebagai pemberontak dikehendaki oleh Amerika Syarikat (AS).
Osama menjadi buruan dunia selepas dia didakwa sebagai perancang kepada peristiwa 9/11 di AS.
Berikutan itu juga AS kemudian menyerang Afghanistan tetapi gagal mendapatkan pemimpin berkenaan.
Osama dilapor berada di Tora Bora sejak 80-an untuk membina terowong dan kem melahirkan ahli Al Qaeda untuk mentadbir seluruh Afghanistan.
Pemimpin terbabit kemudian telah melarikan diri ke Pakistan dan sukar dikesan uttuk tempoh yang panjang.
Bagaimanapun pada 2011, Osama ditembak mati oleh pasukan tentera elit AS di Abbottabad manakala mayatnya dibuang di lautan.

Himpunan Gambar Osama Bin Laden Yang Jarang Ditemui


Diterbitkan: Jumaat, 13 Mac 2015 9:26 AM

Gambar Osama Bin Laden Yang Jarang Ditemui

  • 1 of 14

HIMPUNAN gambar kehidupan Osama Bin Laden yang jarang ditemui didedahkan oleh seorang ahli Al Qaeda, Khaled Al Fawaz yang kini ditahan pihak barat.
Gambar yang dirakam oleh wartawan Palestin, Abdel Barri Atwan pada 1996 bukan sahaja menceritakan kehidupan Osama tetapi turut mendedahkan bilik dan terowong rahsia di Tora Bora, Afghanistan.
Ketika gambar itu dirakam, Osama masih belum disenaraikan sebagai pemberontak dikehendaki oleh Amerika Syarikat (AS).
Osama menjadi buruan dunia selepas dia didakwa sebagai perancang kepada peristiwa 9/11 di AS.
Berikutan itu juga AS kemudian menyerang Afghanistan tetapi gagal mendapatkan pemimpin berkenaan.
Osama dilapor berada di Tora Bora sejak 80-an untuk membina terowong dan kem melahirkan ahli Al Qaeda untuk mentadbir seluruh Afghanistan.
Pemimpin terbabit kemudian telah melarikan diri ke Pakistan dan sukar dikesan uttuk tempoh yang panjang.
Bagaimanapun pada 2011, Osama ditembak mati oleh pasukan tentera elit AS di Abbottabad manakala mayatnya dibuang di lautan.

Saya Tak Hantar Pesanan Teks, Tweet Atau Ada Perakam Telefon Pintar - Obama


Diterbitkan: Jumaat, 13 Mac 2015 12:19 PM
Obama (kiri) ketika ditemuramah oleh Jimmy Kimmel.

LOS ANGELES: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama pada Khamis berkata, beliau tidak menghantar pesanan teks, jarang menulis sendiri di twitter, dan tidak dibenarkan mempunyai telefon pintar yang mengandungi peranti rakaman.
Dan jangan bertanyakan beliau tentang alamat emel Hillary Clinton. Beliau tidak akan memberikannya kepada anda.
"Biasanya, saya tidak menulis tweet sendiri," kata presiden itu dalam satu temuramah di dalam program "Jimmy Kimmel Live" di saluran ABC.
"Saya tidak menulis teks. Saya emel. Saya masih mempunyai Blackberry," katanya.
Obama berkata, kedua-dua anak perempuannya mempunyai telefon pintar dan bertukar pesanan teks bersama rakan-rakan mereka, tetapi beliau mempunyai penggunaan teknologi terbaharu atas sebab keselamatan.
"Saya tidak boleh menggunakan telefon yang mempunyai perakam di dalamnya. Oleh itu, banyak ciri baharu saya tak dapat atas sebab-sebab keselamatan," katanya.
Obama berkata demikian bagi menjawab soalan pengacara Jimmy Kimmel sekiranya presiden itu mempunyai alamat emel baharu Hillary Clinton.
"Saya tidak boleh berkongsikannya bersama anda. Terus-terang saya katakan, saya tidak fikir dia mahu anda mempunyai alamat emelnya," jelas Obama.
Clinton yang dikatakan mahu bertanding dalam pemilihan presiden pada 2016 mencetuskan kontroversi kerana menggunakan akaun emel peribadi untuk perniagaan rasmi ketika menjadi diplomat AS.
Ditanya mengenai kehidupannya di White House, Obama berkata, sudah lama beliau tidak memasak atau memandu kereta, dan beliau membuat gurauan yang merujuk kepada orang ramai yang percaya dirinya bukan kelahiran AS.
Presiden itu dilahirkan di Hawaii. Ibunya berasal dari Kansas manakala bapanya dari Kenya. - REUTERS

Korea Utara Lancar Peluru Berpandu Ke Laut


Diterbitkan: Jumaat, 13 Mac 2015 5:53 PM

SEOUL: Korea Utara melancarkan  tujuh tembakan peluru berpandu ke laut pantai timur negara itu dalam operasi yang diselia oleh pemimpin tertingginya Kim Jong-Un, kata Kementerian Pertahanan Korea Selatan.
Jurucakap kementerian berkata, Kim dilaporkan memberi arahan ketika peluru berpandu dilepaskan awal petang Khamis di kawasan berhampiran bandar timur Sondok.
Latihan tersebut berlaku ketika ketegangan antara kedua-dua negara apabila Korea Utara mengutuk latihan kententeraan Korea Selatan-Amerika Syarikat baru-baru ini.
"Kami melihat satu lagi pertunjukan latihan ketenteraan Korea Utara," kata jurucakap itu.
Satu lagi latihan yang boleh menjadi kekuatan tentera tersebut akan dijalankan pada Jumaat ini tetapi latihan ketenteraan terbesar 'Foal Eagle' akan berterusan sehingga 24 April.
Latihan tahunan sentiasa mencetuskan ketegangan ketenteraan antara kedua-dua itu.
Pada 1950 sehingga 1953 konflik Korea berakhir dengan gencatan senjata dan bukannya perjanjian damai.
Pada awalnya, Korea Utara memberi isyarat tidak berpuas hati bagi latihan tahun ini dengan melepaskan dua tembakkan peluru berpandu balistik pada jarak yang dekat di pantai timur.
Resolusi PBB mengharamkan apa-apa ujian peluru berpandu balistik oleh Korea Utara.

Blog Tun M Disekat Kerana Trafik Tinggi


Diterbitkan: Jumaat, 13 Mac 2015 7:46 PM

PETALING JAYA: Blog milik Tun Dr Mahathir Mohamad, chedet.cc, digantung oleh pentadbir disebabkan oleh jumlah trafik yang tinggi.

Pembantu kepada bekas Perdana Menteri, Sufi Yusof berkata langkah itu terpaksa diambil kerana 'laman web itu telah mengalami masalah kerana trafik yang tinggi'.

"Blog ini tidak disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Oleh kerana trafik yang berat, kami terpaksa menggantungnya.

"Pihak pentadbir sedang melakukan kerja-kerja pemulihan," katanya kepada The Star Online.

Laman web ini tidak boleh diakses selepas pukul 4 petang Jumaat dengan mesej "Akaun Telah Digantung."

SKMM menjelaskan pihaknya tiada kaitan dengan laman web tersebut yang disekat.

Jangan Main Kaset Bacaan Al-Quran Dalam Masjid - Mufti Perlis


Diterbitkan: Jumaat, 13 Mac 2015 8:10 PM
Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin

KANGAR: Umat Islam dinasihatkan agar tidak memainkan kaset bacaan ayat suci al-Quran di dalam masjid atau surau seperti sebelum waktu solat.

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin berkata ini kerana Nabi Muhammad SAW sendiri melarang jemaah yang berada di dalam masjid membaca al-Quran dengan suara nyaring, inikan pula jika menggunakan kaset yang bunyinya boleh kedengaran hingga ke luar masjid atau surau.

Beliau menyatakan demikian pada sesi soal-jawab program Semarak Dakwah Ehya' Masjid di Masjid Behor Empiang di sini malam Khamis.

Beliau berkata Nabi Muhammad melarang membaca al-Quran dengan suara nyaring dalam masjid kerana ia boleh mengganggu tumpuan jemaah lain yang datang ke masjid untuk beribadah.

"Jika memasang kaset bacaan al-Quran sebelum masuk waktu solat seperti solat Subuh, tentu akan menggangu orang lain di persekitaran masjid atau surau, yang mungkin sedang tidur, dan ini dilarang oleh Islam," ujarnya.

Kepada soalan lain, Asri berkata umat Islam tidak dilarang untuk berqasidah kerana ia merupakan syair, namun liriknya perlu tidak menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.

Mengenai penggunaan alat-alat muzik, beliau berkata terdapat khilaf (perbezaan pendapat) dalam perkara tersebut kerana terdapat ulamak yang membolehkan dan ada yang tidak membenarkannnya.

Namun bagi beliau secara peribadi, beliau berkata ia boleh digunakan jika tidak membawa kepada keruntuhan akhlak.

Melepas RM11j kerana tak berhenti rokok


Pretoria (Afrika Selatan): Seorang bapa yang berang kerana dua anak lelakinya enggan berhenti merokok bertindak mewasiatkan semua hartanya bernilai RM11.13 juta kepada dua anak perempuannya.
Ahli perniagaan, Dawid van Vuuren, 87, yang menghidap kanser memberi amaran kepada dua anak lelakinya, Daniel, 60, dan Marius, 55, supaya berhenti merokok atau mereka tidak mendapat sesenpun daripada hartanya.
Marius berkata: “Daniel memberitahu saya amaran bapa kami itu tetapi kami menganggapnya sebagai jenaka. Kami tidak mengambil serius perkara itu.”
Van Vuuren menulis amaran itu di atas sekeping kertas tetapi dia meninggal dunia tiba-tiba menjadikan ia satu-satunya wasiat bertulis ditinggalkan mendiang.
Daniel dan Marius mencabar wasiat berkenaan di Mahkamah Tinggi dengan mendakwa kertas itu bukannya satu wasiat tetapi satu amaran kepada mereka.
Kedua-dua beradik itu hanya menemui wasiat itu selepas kematian bapa mereka tahun lalu.
Hakim Mahkamah Tinggi, Cynthia Pretorius memutuskan bahawa amaran itu adalah wasiat sebenar van Vuuren.
“Sangat jelas bahawa tiada dokumen lain yang dijumpai selain kertas ini.
“Seorang setiausaha menandatangani surat ini sebagai saksi seperti yang dikehendaki undang-undang,” katanya. - Agensi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/36304#sthash.vCp9OMuq.dpuf

Hantar ‘tsunami’ ke Australia

Jakarta: Indonesia mengancam melepaskan ‘tsunami manusia’ ke Australia sekiranya Canberra berterusan membangkitkan kemarahan republik itu mengenai pelaksanaan hukuman ke atas dua anggota kumpulan Bali Nine yang menanti hukuman mati.
Menteri Keselamatan Indonesia Tedjo Edhy Purdijatno memberi amaran negaranya akan menghantar pemohon suaka sebagai balasan.
“Indonesia selama ini memainkan peranan penting menghalang migran tanpa izin dari negara lain pergi ke Australia. Namun, jika Canberra berterusan dengan sikapnya ini, Jakarta pasti akan melepaskan migran yang menanti peluang memasuki Australia.
“Sekarang ada lebih 10,000 pencari suaka di Indonesia. Jika dilepaskan ke Australia, tak ubah seperti tsunami manusia,” katanya.
Australia berdepan masalah pemohon suaka yang bertambah setiap tahun dan mereka kerap menjadikan Indonesia tempat persinggahan.
Ramai mati dalam perjalanan menaiki bot usang selepas membayar harga tinggi kepada penyeludup manusia.
Bulan lalu, Abbott mengungkit bantuan A$1 bilion (RM2.8 bilion) diberi Canberra kepada Indonesia selepas tsunami 2004 yang mengakibatkan 220,000 kematian.
Selain dua anggota Bali Nine itu - Andrew Chan dan Myuran Sukumaran - beberapa warga asing lain turut menanti pelaksanaan hukuman mati mereka kerana kesalahan membabitkan dadah.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Mac 2015 @ 8:22 AM


WARGA Perancis, Sergei Atlaoui dikawal polis ketika meninggalkan Mahkamah Daerah Tangerang, Jakarta, selepas memfailkan permohonan mengkaji semula keputusan hukuman mati ke atasnya, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/36303#sthash.C8I0AwHI.dpuf

Cara tersendiri pikat wanita

Wuhan (China): Seorang penuntut di Kolej Seni Hubei di sini cuba memikat pelajar perempuan dengan bernyanyi di hadapan potret bogel dirinya sendiri.
Bagaimanapun, cara pelik pelajar tahun tiga itu gagal menarik minat seorang pun pelajar perempuan dan lebih teruk lagi dia hanya menjadi bahan ketawa di kolej berkenaan.
Pelajar jurusan digital media, He Chengyun memperkenalkan dirinya di satu lokasi di kolej berkenaan sebelum bermain gitar di belakang satu potret bogel dirinya.
Beberapa rakan sekelas Chengyun turut memberi sokongan dengan mengedarkan satu risalah yang mengandungi maklumat lelaki itu kepada pelajar perempuan.
Walaupun persembahan itu dirancang dengan rapi tetapi usaha Chengyun hanya memakan diri.
Semua pelajar perempuan memilih untuk mengambil jalan lain yang lebih jauh bagi mengelak melihat persembahan Chengyun.
Lebih malang lagi, dia hanya dikelilingi pelajar lelaki yang hanya mahu mentertawakannya dan mengambil gambar.
Menurut laman sesawang iFeng, seorang wartawan menemubual 25 pelajar perempuan dan 20 daripada mereka memberi reaksi negatif dan langsung tidak tertarik terhadap persembahan Chengyun.
Satu-satunya perkara positif yang boleh dibanggakan Chengyun adalah dia kini lebih dikenali di kolej.
“Potret bogel saya ini melambangkan kejujuran saya terhadap bakal teman wanita saya,” kata Chengyun.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Mac 2015 @ 7:59 AM


Chengyun buat persembahan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/36540#sthash.gNOKA0gZ.dpuf

Australia sedia bayar kos penjara seumur hidup

KELUARGA Serge Atlaoui, warga Perancis yang menanti hukuman mati di Indonesia tiba di Pulau Nusakambangan, Jawa Tengah, untuk melawatnya, semalam.
Sydney: Kerajaan Australia menawar untuk membayar kos hukuman penjara seumur hidup untuk dua pengedar dadah warganya yang berdepan hukuman mati di Indonesia sekiranya Jakarta mengampunkan mereka.
Menteri Luar Australia, Julie Bishop membuat tawaran itu dalam satu surat kepada rakan sejawatnya dari Indonesia, Retno Marsudi.
Kerajaan Australia sudah menggunakan pelbagai saluran bagi meyakinkan Jakarta supaya tidak menghukum mati dua warganya tetapi masih gagal.
Bishop dalam satu perbualan telefon dengan Retno pada 3 Mac lalu mencadangkan satu pertukaran banduan dengan Indonesia tetapi ditolak.
Beliau kemudiannya menghantar satu surat susulan yang menyatakan Canberra bersedia membayar kos hukuman penjara seumur hidup untuk kedua-dua pesalah berkenaan.
“Seperti yang dibincangkan, kerajaan Australia bersedia membayar kos penjara seumur hidup untuk Myuran Sukumaran dan Andrew Chan sekiranya pertukaran banduan tidak dapat dijalankan,” kata Bishop dalam sepucuk surat yang disiarkan oleh jabatannya.
Majoriti rakyat Australia sangat menyokong usaha kerajaan untuk mendapatkan pengampunan untuk Chan dan Sukumaran.
“Kami tidak mahu melihat hukuman mati terhadap mereka ini menjejaskan hubungan baik yang kita usaha dengan keras sejak bertahun-tahun lalu,” katanya. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Mac 2015 @ 8:03 AM