Tuesday, March 17, 2015

Sultan Kelantan sokong laksana hukum hudud



SULTAN MUHAMMAD V (dua dari kiri) berkenan memeriksa perbarisan kawalan kehormat Batalion 8 Pasukan Gerakan Am Pengkalan Chepa sempena majlis Pembukaan Persidangan Penggal Ketiga Sidang DUN Kelantan Ke-13 di Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menzahirkan sokongan baginda terhadap hasrat kerajaan Pas Kelantan membawa Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian di Parlimen untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di negeri ini.
Di samping mendoakan kejayaan pelaksanaan undang-undang Islam itu, baginda turut melahirkan harapan agar inisiatif yang diusahakan sejak sekian lama oleh kerajaan negeri mendapat soko­ngan semua pihak.
“Beta difahamkan bahawa kerajaan negeri berhasrat membawa Rang Undang-Undang Persendirian bagi meminda Akta 355 di bawah Peruntukan 76(A)(1) Perlembagaan Persekutuan untuk membolehkan Kelantan melaksanakan Kanun Jenayah Syariah.
“Semoga beroleh kejayaan dengan sokongan semua pihak, Insya-Allah,” titah baginda sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Ke-13 di Kompleks Kota Darulnaim di sini semalam.
Mengiringi baginda ke istiadat tersebut ialah Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra.
Turut hadir Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.
Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 diluluskan DUN Kelantan lebih 20 tahun lalu namun ia dibentangkan semula berikutan terdapat beberapa pindaan melibatkan orang bukan Islam serta hukuman ke atas kesalahan zina dan liwat.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0317&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz3Ub4LZ6RN 
Hakcipta terpelihara 

Putin sedia guna senjata nuklear


17 Mac 2015 1:27 AM




MOSCOW 16 Mac – Rusia sedia meletakkan kekuatan senjata nuklearnya dalam keadaan berjaga-jaga bagi menjamin keselamatan wilayah autonomi Crimea yang berpisah daripada Ukraine sejak setahun lalu, kata Presiden Vladimir Putin.
Putin berkata, Rusia telah menyelamatkan nyawa bekas Presiden Ukraine, Viktor Yanukovich yang berdepan ancaman akibat ‘revolusi’ rampasan kuasa ekoran tunjuk perasaan ganas di Kiev pada tahun lalu, lapor Al Jazeera.
Penggulingan Yanukovich menyebabkan Rusia campur tangan dalam krisis politik di Ukraine, sekali gus menjadi sebab utama wilayah Crimea berpisah daripada Kiev.
Menurut Putin, beliau mengarahkan tentera Rusia bersiap sedia apabila mengetahui rancangan Crimea untuk keluar dari Ukraine.
“Malah Moscow bersedia dengan kekuatan nuklear untuk menghadapi sebarang kemungkinan,” kata Putin apabila ditanya tentang persediaan tenteranya menggunakan senjata nuklear.
Putin menjelaskan beliau tidak mengarahkan langkah persediaan itu bagi mendapatkan semula Crimea sehinggalah selepas berlaku ‘rampasan kuasa’ bagi menyingkirkan Yanukovich.
Tambah beliau, tindakan berjaga-jaga itu juga diambil bagi mengekang keganasan di Crimea seperti yang terjadi di timur Ukraine.
Dalam perkembangan lain, Putin mengarahkan pasukan tentera laut Rusia dan unit payung terjun berada dalam keadaan berjaga-jaga sebagai sebahagian latihan ketenteraan.
Menurut laporan agensi berita tempatan RIA, latihan itu melibatkan Armada Utara Tentera Laut dengan kekuatan hampir 40,000 askar, 41 buah kapal perang dan 15 buah kapal selam.
Menteri Pertahanan Sergei Shoigu dalam pada itu berkata, latihan itu dijalankan kerana Rusia berdepan ancaman baharu terhadap keselamatan negara dan perlu menguji kekuatan dan keupayaan tentera.
“Cabaran dan ancaman baharu terhadap keselamatan ketenteraan perlu ditangani oleh pasukan keselamatan dengan berkesan.
“Tumpuan khusus perlu diberikan bagi memastikan strategi yang baik mampu dilaksanakan oleh pihak tentera,” katanya. – REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/putin-sedia-guna-senjata-nuklear-1.70266#sthash.4SJa1Dxa.dpuf

China pengeksport senjata ketiga terbesar


Model-model kenderaan tentera keluaran syarikat China North Industries
Model-model kenderaan tentera keluaran syarikat China North Industries Corporation (NORINCO) dari China dipamarekan semasa Pameran Pertahanan dan Keselamatan Antarabangsa di Baghdad pada 7 Mac lalu. AFP
STOCKHOLM 16 Mac – China menjadi negara pengeksport senjata ketiga terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat (AS) dan Rusia, sekali gus mengatasi Jerman dan Perancis dalam industri pertahanan, lapor sebuah badan pemikir di Sweden.
Menurut laporan tahunan Institut Kajian Keamanan Antarabangsa Stockholm, jumlah keseluruhan dagangan dunia membabitkan urusniaga senjata bernilai berbilion dolar meningkat sebanyak 16 peratus sepanjang tempoh dari 2010 hingga 2014 berbanding lima tahun sebelumnya.
AS masih mengukuhkan kedudukan sebagai negara pengeksport senjata terbesar dunia berjumlah 31 peratus daripada jumlah urusniaga, disusuli Rusia di tempat kedua berjumlah 27 peratus.
China menguasai sebanyak lima peratus daripada nilai dagangan berjumlah lebih AS$300 bilion (RM1.1 trilion) setahun, sekali gus mengatasi Jerman yang berada di tempat keempat, diekori Perancis di tempat kelima.
Jumlah jualan senjata dari China meningkat sebanyak 143 peratus berbanding lima tahun sebelumnya disebabkan kemunculan syarikat pertahanan seperti Norinco Group yang membuka pasaran di Asia Selatan termasuk menjual drone kepada Nigeria untuk memerangi pengganas Boko Haram.
Ketua penyelidikan institut tersebut, Siemon Wezeman berkata, peningkatan mendadak China itu disebabkan peralatan yang dihasilkan lebih baik berbanding antara 10 hingga 15 tahun lalu.
Pelanggan yang biasa membeli peralatan senjata dari Barat atau Rusia kini beralih memilih senjata dari China yang mempunyai kualiti hampir sama pada harga yang lebih murah.
“Satu perjanjian yang masih belum dimeterai, bernilai AS$4.3 bilion (RM16 bilion) membabitkan penjualan sistem pertahanan peluru berpandu kepada Turki, menunjukkan pembuat senjata China mempelopori perniagaan di luar pasaran, sekali gus mencabar pasaran Barat.
“Pakistan, Bangladesh dan Myanmar merupakan pelanggan setia China yang menguasai dua pertiga dagangan senjata dari China, manakala Afrika merupakan pasaran utama selain 18 negara lain yang terlibat dalam dagangan senjata dengan Beijing,” katanya.
Firma senjata China juga semakin kerap menyertai pameran senjata peringkat global bagi mempamerkan keupayaan senjata mereka termasuk menyertai pameran Idec di Abu Dhabi pada bulan lalu. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/china-pengeksport-senjata-ketiga-terbesar-1.70250#sthash.dnxBQjPX.dpuf

Monday, March 16, 2015

Pancaroba


Jangan ikut puak sesat....


orang munafik tak suka dengar ceramah...


Malaysia murah hati...


Yang betulnya....


Aku akan tetap berdakwah sampai mati.....


Rezeki kita punya pahala dia punya....


Hanya ada dua panji....


Apa itu GST?


Kerajaan tiada kuasa...


Kata-kata dari Tuan Guru...


Kalau anda mengaku anda orang islam.....


Akhirnya kemasjid juga....


Kuasa rakyat


Hudud vs GST Malaysia


Pada Akhir Zaman, Inilah Tugas Isa AS Setelah Membunuh Dajjal dan Menghancurkan Ya’Juz dan Ma’juz


Pada Akhir Zaman, Inilah Tugas Isa AS Setelah Membunuh Dajjal dan Menghancurkan Ya’Juz dan Ma’juz

ISA AS menghancurkan Dajjal dan fitnahnya, lalu Ya’juz dan Ma’juz keluar di zamannya –sebagaimana akan kami jelaskan- dan membuat kerusakan yang sangat dahsyat di bumi. Isa AS berdoa kepada Tuhannya dan dikabulkan, sehingga mereka semua tewas, tanpa tersisa seorang pun. Setelah itu, Isa AS berkonsentrasi pada tugasnya yang terbesar menjadi sebab ia diturunkan, yaitu melaksanakan hukum syriat Islam, menumpas prinsip-prinsip yang sesat dan agama-agama yang menyeleweng.

Dalam Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim diriwayatkan dan Abu Hurairah RA bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Demi Dzat yang menguasai diriku, tak lama lagi Isa AS turun untuk kalian sebagai hakim yang adil. Ia mematahkan salib, membunuh babi, menghapus perang, melimpahkan harta sehingga tidak ada lagi orang yang mau menerimanya (bila diberi-peny.), sampai satu sujud lebih baik daripada dunia dan isinya.”

Dalam Shahih Muslim hadits dari Abu Hurairah, “Demi Allah, Ibn Maryam akan turun sebagai hakim yang adil. Sungguh dia akan mematahkan salib, membunuh babi dan tidak menerima jizyah. Zakat akan ditinggalkan (karena tidak dibutuhkan) …. Kedengkian, kebencian, dan rasa iri akan hilang. Dia memanggil orang untuk diberi harta, tetapi tidak ada lagi yang menerimanya.”

Dalam Shahih Muslim diriwayatkan dari An-Nawwas Ibn Sam’an dalam hadits yang panjang tentang Dajjal dan turunnya Isa, keluarnya Ya’juz dan Ma;juz, bahwa Rasulullah SAW menyebutkan doa Isa kepada Tuhannya ketika permasalahan semakin rumit lalu Allah mengabulkan doanya dan menghancurkan Ya’juz dan Ma’juz. Beliau SAW bersabda, “Kemudian Nabi Isa AS dan para sahabatnya turun. Mereka mendapati setiap jengkal tanah dipenuhi lender dan bau busuk mayat-mayat Ya’juz dan Ma’juz. Isa AS dan para sahabatnya lalu berdoa kepada Allah, lalu Allah mengirimkan burung seperti unta Khurasan yang mengambil dan membuang mayat-mayat itu ke tempat yang Allah kehendaki. Kemudian Dia menurunkan hujan yang mengguyur seluruh tanah dan membasahi bumi hingga menjadikannya seperti cermin. Kepada bumi kemudian dikatakan, ‘Tumbuhkanlah buah-buahanmu, kembalikanlah berkahmu!’ Maka, pada saat itu, orang-orang makan delima dan mereka menyimpan kulitya. Susu untuk mereka diberkati, sehinnga susu unta yang baru melahirkan cukup bagi sejumlah besar manusia, susu sapi yang baru melahirkan cukup satu suku, dan susu kambing yang baru melahirkan cukup bagi satu marga.”

SELENGKAPNYA: https://www.islampos.com/pada-akhir-zaman-inilah-tugas-isa-as-setelah-membunuh-dajjal-dan-menghancurkan-yajuz-dan-majuz-133142/

Punca Kanak-kanak 9 Tahun Terima Ganti Rugi RM2.78 Juta


KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memberi RM2.78 juta kepada seorang kanak-kanak berumur sembilan tahun sebagai ganti rugi dalam satu saman ke atas kerajaan, hospital dan 28 yang lain berhubung kecuaian perubatan kerana didakwa menyebabkan dia mengalami kerosakan otak. 


Peguam Manmohan S Dhillon yang mewakili Nurul Husna Muhammad Hafiz berkata, Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera memerintahkan wang itu dibayar kepada ibu bapa kanak-kanak itu Muhammad Hafiz Abd Wasit dan Dr Nor Azalina Mohd Songib yang bertindak sebagai pemegang amanah kanak-kanak itu. 


Mahkamah memberi ganti rugi wang sejumlah itu selepas mendengar testimoni tentang kuantum ganti rugi daripada ibu bapa dan tiga pakar perubatan, katanya kepada pemberita. Manmohan berkata, pada 3 September tahun lepas, kerajaan, hospital dan semua defendan mengaku bertanggungjawab atas kecuaian itu. Beliau berkata, RM2.78 juta itu adalah RM345,031.9 untuk ganti rugi khas, RM151,330 bagi ganti rugi praperbicaraan, RM350,000 bagi ganti rugi kesakitan dan penderitaan dan RM1,937,810 bagi ganti rugi masa depan.

Mengapa Mahkota Para Sultan Dinasti Ustmaniyah Berukuran Besar?



318207_532542240101695_794043067_n-268x300

SEORANG raja identik dengan mahkota. Begitu pula sultan dalam sebuah pemerintahan Islam. Selain menjadi ciri khas, ternyata mahkota kesultanan Islam menyimpan satu hal lain. Terutama di zaman Ustmaniyah, mahkota yang dikenakan oleh para sultan berukuran  besar. Mengapa?
Setiap sultan Utsmaniyah mempunyai monogram mahkota sendiri-sendiri yang dipanggil tughra yang berfungsi sebagai lambang negara. Lambang negara modern diinspirasi oleh lambang negara milik negara Eropa seperti Lambang Britania Raya yang diciptakan pada abad ke-19.
Bentuk terakhir lambang Turki Utsmani disetujui oleh Sultan Abdul Hamid II pada 17 April 1882. Juga termasuk dua bendera: bendera Dinasti Utsmaniyah yang mempunyai sebuah bulan sabit dan bintang dengan warna dasar merah dan bendera khalifah Islam yang mempunyai tiga buah bulan sabit dengan warna dasar hijau.
Sebagian elemen grafik lambang Utsmani seperti bujur di tengahnya serta bulan sabit terbaliknya dan bintang adalah diedit semula di dalam lambang negara Republik Turki yang ada sekarang.
Bagaimana dengan ukurannya yang besar tadi? Sebenarnya mahkota yang dipakai oleh para sultan dinasti Ustmaniyah tersebut bukan hanya mahkota biasa atau simbol dari kebangsawanan. Namun memiliki niali lain. Mahkota tersebut dibuat dari kain kafan, sebagai pengingat akan kematian. Dan dengan kafan itu lah, sang sultan akan dikafani. [sa//dedih mulyadi/islampos]

Asal penyangak, perompak, penyamun, penipu mesti pakai baju tue.. Kenapa ek


Film ‘The Book Of Signs’ Buat Wanita Katholik Ini Akhirnya Masuk Islam


‘The Book Of Signs’

SAYA lahir di Georgetown, Washington. Saya Hispanik Amerika. Ayah saya adalah Nikaragua dan ibu saya Puerto Rico. Saya dibesarkan di Gereja Katolik. Selama dua tahun, ayah mengubah kami menjadi umat Buddha karena kehendak kita sendiri.
Saya memiliki kakak dan adik. Sebelumnua kita semua hidup dalam ketakutan karena ayah adalah seorang pecandu alkohol. Saat itu saya berusia 13 tahun, mungkin orang berpikir ibu saya akan meninggalkan ayah, namun apa yang terjadi justru ayah yang meninggalkan kami.
Dengan kepergian ayah, ibu saya bekerja sangat keras untuk mendukung perekonomian keluarga kami. Sejak saat itulah kehidupan saya berantakan, saya-pun mulai minum dan merokok, pasti menggunakan narkoba. Saya berpesta sepanjang malam.
Sampai pada akhirnya saya amil anak pertama saat saya berusia 15 tahun, saya merasa saya tidak memiliki Tuhan. Bagaimana Tuhan bisa mengecewakan saya? Saya tidak pernah melakukan sesuatu yang salah! Saya marah, kecewa. Saya pikir Tuhan mengasihi saya, tetapi Dia meninggalkan saya ketika saya sangat membutuhkan-Nya.
Saya bahkan tidak bisa bangun untuk mengurus anak saya. Saya menghancurkan diri sendiri gara-gara apa yang saya perbuat.
Saya masih menyesali segalanya. Saya tidak punya kehidupan, melompat dari satu hubungan ke yang lain. Aku jatuh lebih dalam kehidupan duniawi, dimana saya berpikir bahwa uang, mobil dan beberapa pakaian bergaya akan membuat saya bahagia.
Daam suatu malam saya menangis, memohon pada Tuhan untuk mengampuni saya, menanyakan, “Tolong bantu saya!” berkata saya dalam lubuk hati terdalam, saya salah.
Hingga pada tahun pertama saya bertemu dengan seorang gadis Palestina dan menjadi sahabatku. Saya-pun mengunjungi rumahnya. Saya melihat seberapa dekat keluarganya. Mereka sebagian besar keluarga Muslim tradisional. Namun saya khawatir kepada orang tua teman saya, jika anaknya berteman dengan saya karena beberapa alasan. Satu, saya bukan Muslim. Saya juga seorang remaja hamil dan mereka bisa saja memiliki rasa takut bahwa saya akan merusak putri mereka.
islampos

Zina VS Adzan


adzan
RASULULLAH SAW bersabda, “Jika sebuah desa ada orang yang adzan, Allah akan menjaga desa tersebut dari adzab-Nya pada hari itu.”

* * *
Pernah air sungai di kota Baghdad meluap disertai hujan deras, sehingga hampir menenggelamkan seluruh kota. Di saat bersamaan, ada orang shalih di kota tersebut bermimpi. Dalam mimpinya, dia menyaksikan dari tepi sungai Dijlah luapan air yang mulai menggenangi pemukiman warga. Dia hanya bisa melihat sambil berkata, “La haula wala quwwata illa billah. Baghdad akan tenggelam.”
Masih dalam mimpinya, tak selang lama, datanglah dua malaikat berwujud manusia. Terjadilah percakapan di antara keduanya, “Apa yang diperintahkan kepadamu?”
“Menenggelamkan kota Baghdad. Tapi perintah itu kemudian dicabut lagi.”
“Kenapa?”
“Malaikat penjaga malam melaporkan bahwa tadi malam di kota Baghdad terjadi tujuh ratus perzinahan. Allah murka, dan memerintahkan aku menenggelamkan Baghdad. Kemudian malaikat penjaga siang melaporkan ada tujuh ratus adzan dan iqamah, sehingga Allah mengampuni para pelaku zina disebabkan para pengumandang adzan dan iqomah.”
Orang shalih itu lantas terbangun dari tidurnya. Air sungai terlihat berkurang sedikit demi sedikit. Baghdad terhindar dari musibah besar yang akan menelan jutaan korban. [dedih mulyadi/islampos/kitab Tatsbitul Fuad juz 1 halaman 354]

Bilangan pasangan Malaysia bernikah di selatan Thai meningkat


KRABI: Bilangan pasangan rakyat Malaysia yang bernikah di selatan Thai tahun lepas meningkat dan antara sebab utamanya ialah keinginan berpoligami tetapi menghadapi tentangan isteri atau keluarga.
Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd Faizal Razali, berkata ia membabitkan 3,831 pasangan tahun lepas berbanding 3,485 pasangan pada 2013.
Katanya, statistik menunjukkan peningkatan purata antara 20 hingga 25 pasangan sehari pada tahun lepas berbanding 15 hingga 20 pasangan sehari pada 2013.
Pada Januari dan Februari 2015 pula, sebanyak 675 pasangan telah bernikah di selatan Thai.
"Kira-kira 80 peratus perkahwinan itu membabitkan pasangan sesama rakyat Malaysia dan selebihnya rakyat Malaysia dengan warga negara asing terutama lelaki dari negara Asia Selatan," katanya.
Mohd Faizal ditemui di sini hari ini selepas selesai mengiringi lawatan kerja tiga hari Raja Muda Perlis merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, ke Wilayah Krabi, selatan Thai sejak Jumaat.
Tuanku Syed Faizuddin yang disertai ahli-ahli majlis MAIPs mengadakan pertemuan dengan anggota Majlis Agama Islam (MAI) enam Wilayah Andaman di selatan Thai membincangkan isu pengurusan nikah-kahwin, perakuan produk halal, pendidikan, permohonan bantuan dan sumbangan, penggunaan bahasa Melayu dan dakwah serta kerjasama dua hala untuk kepentingan umat Islam.
Mohd Faizal berkata, warga asing yang memohon berkahwin itu pula berumur 20-an hingga awal 40-an dan pasport atau visa mereka hampir luput manakala kebanyakan wanita Malaysia yang menjadi pasangan mereka berumur 50-an.
Katanya, majoriti pasangan Malaysia adalah penduduk negeri-negeri yang bersempadan dengan selatan Thai iaitu Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan tetapi jumlah itu tidak termasuk yang berkahwin menggunakan khidmat sindiket.
Katanya, sindiket mengenakan bayaran perkhidmatan RM5,000 hingga RM7,000 dan mendakwa RM2,000 untuk dibayar kepada pegawai tertentu di pejabat Konsul.
"Saya menyangkal tuduhan ini tidak benar walaupun mangsa-mangsa sindiket tidak mengadu kepada pejabat Konsul mungkin kerana tidak mahir dan bergantung kepada ejen. Mereka hanya sedar ditipu setelah pulang ke Malaysia," katanya.
Mohd Faizal berkata, kos perkahwinan dengan lima MAI yang diiktiraf iaitu Yala, Pattani, Songkhla, Narthiwat dan Satun antara RM400 hingga RM500 sahaja dan setiap permohonan itu akan disiasat oleh Pejabat Konsul.
- BERNAMA

Nurul Izzah Ditahan Polis


Diterbitkan: Isnin, 16 Mac 2015 4:03 PM

PELTALING JAYA: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendakwa telah ditahan polis mengikut Akta Hasutan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi Pada Isnin.
Izzah yang juga anak sulung kepada Ketua Pembangkang yang dipenjarakan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa demikian menerusi laman sosial Twitternya.
"ASP Muniandy memaklumkan bahawa saya ditangkap di bawah arahan Dt (Datuk) Azam, Ketua Penolong Pengarah D5, Bkt Aman," katanya.
Difahamkan, penahanan naib presiden PKR itu dibuat berikutan ucapan Ketua Pembangkang yang dibacakan Nurul Izzah di Dewan Rakyat.

DARI MANA DATANG DUIT



http://tukartiub.blogspot.com/2015/03/dari-mana-datang-duit.html?zx=a08e83db4e0f7797



PENTADBIRAN  NAJIB BELI “PRIVATE JET” BARU

 
Dalam suasana rakyat tertekan akibat kenaikan harga barang dan Barisan Nasional terus memotong subsidi dan perbelanjaan pro-rakyat yang lain, saya terkejut dengan sikap tiada kepedulian pentadbiran Najib  Razak yang dengan sewenang-wenangnya membeli sebuah jet peribadi (“private jet”) baru.

Menurut jawapan Parlimen yang diberikan Jabatan Perdana Menteri pada sidang November 2013, Kerajaan Malaysia sudah mempunyai sekurang-kurangnya 6 jet peribadi termasuklah sebuah Boeing Business Jet.

Saya sertakan bersama satu surat perjanjian yang mengesahkan pembelian jet baru ini yang bertarikh 1 Disember 2014. Perolehan jet peribadi baru untuk Perdana Menteri ini dianugerahkan secara rundingan terus kepada Jet Premier One (Malaysia) Sdn Bhd yang turut mengendalikan jet peribadi sedia ada iaitu ACJ319.

Penggunaan jet peribadi sedia ada iaitu ACJ319 melibatkan kos sebanyak RM28.8 juta setahun dalam bentuk sewaan dan RM5.5 juta setahun dalam bentuk kos penyenggaraan.

Pembelian sebuah lagi jet peribadi baru yang kini di bawah pendaftaran 9H-AWK dan telah siap dicat dengan logo 1Malaysia (seperti di dalam gambar yang disertakan membuktikan bahawa pentadbiran  Najib  Razak terus menerus bergelumang di dalam keborosan dan pembaziran, pada kala negara masih dikejutkan dengan skandal kewangan 1MDB.

Tindakan membeli sebuah lagi jet peribadi baru ini sudah tentu menimbulkan kemarahan rakyat pada kala rakyat terpaksa berdepan dengan pelaksanaan GST dalam tempoh 2 minggu dari sekarang. Rakyat terpaksa menanggung cukai baru yang sebahagiannya akan digunakan untuk membayar jet peribadi baru Perdana Menteri ini.

Saya mendesak supaya pembelian jet ini dibatalkan serta merta dan Najib Razak meminta maaf dengan rakyat kerana tindakan membeli jet peribadi baru ini membelakangkan kepentingan rakyat.


RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

18 pasangan diijab kabul

Oleh Anis Nabilla Md Wazilah 
am@hmetro.com.my


Balik Pulau:Seramai 18 pasangan pengantin diraikan dalam majlis Walimatulurus Perdana 2015 di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), sebentar tadi.
Kesemua pasangan pengantin berkenaan tiba pada 1 petang dan disambut dengan diringi tiupan serunai, pukulan gedang dan persembahan silat.
Terdahulu, pasangan raja sehari dibawa menaiki bas pelancongan Hop On Hop Off dari Masjid Daerah Barat Daya, Balik Pulau, sebelum tiba di kompleks berkenaan untuk majlis makan beradab.
Hadir sama meraikan pesangan pengantin itu adalah, Pengerusi Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Datuk Mohd Salleh Man.
Majlis itu adalah anjuran Pusat Khidmat Pengawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Pulau Betong, berkenaan turut dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 8,000 tetamu.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Mac 2015 @ 4:55 PM


18 pasangan pengantin bergambar kenangan. FOTO Muhammad Mikail Ong
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/37139#sthash.FELc4wh9.dpuf

41 hakim Mesir dipaksa bersara


Reuters
Kaherah
Sebuah mahkamah disiplin Mesir mengarahkan 41 hakim dibersarakan secara paksa atas kesalahan menyokong Ikhwanul Muslimin.
Langkah itu adalah tindakan terbaru dikenakan ke atas kumpulan aktivis Islam berkenaan selepas ia diharamkan tidak lama dulu.
Kerajaan Mesir bertindak tegas untuk melumpuhkan penentang dari parti Islam dan juga sekular sejak ketua tentera yang kini presiden negara itu, Abdel Fattah al-Sisi menggulingan Presiden Mohamed Mursi pada Julai 2013.
Mahkamah Disiplin yang diketuai hakim Nabil Zaki tidak mengeluarkan kenyataan mengenai alasan tindakan itu.
Bagaimanapun, sumber kehakiman berkata, 31 daripada hakim terbabit dipaksa bersara kerana menandatangani kenyataan mengutuk penggulingan Mursi.
Sepuluh lagi hakim disingkirkan daripada jawatan masing-masing kerana menyertai kumpulan ‘Hakim untuk Mesir’ yang dilihat menyokong Ikhwan sebelum penggulingan Mursi.
Undang-Undang Mesir melarang hakim terbabit dalam politik. Bagaimanapun, pengkritik dan kumpulan hak asasi manusia berkata kerajaan tidak bertindak terhadap hakim yang secara terbuka menyokong kerajaan Abdel Fattah.
“Keputusan itu mengejutkan dan ia seolah-olah pembunuhan beramai-ramai hakim,” kata Ahmed El-Khatib, antara hakim yang dipaksa bersara.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/37232#sthash.1z0wzJmY.dpuf

Putin digulingkan?

AKTIVIS Ukraine meletakkan bunga dan serpihan roket Russia pada batu nisan dengan gambar Putin di depan kedutaan Russia di Kiev, Ukraine, semalam.
Moscow: Presiden Russia Vladimir Putin masih hidup tetapi ditahan oleh pegawai kanan keselamatan negara itu dalam apa yang disifatkan sebagai satu cubaan rampasan kuasa.
Pengerusi Jawatankuasa Islam Kebangsaan Russia Geydar Dzhemal dipetik sebagai berkata, bekas ketua Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Russia (FSB) Nikolai Patrushev menjadi dalang di sebalik rancangan rampasan kuasa berkenaan.
Geydar berkata demikian selepas Putin tidak dilihat di khalayak ramai sejak sembilan hari lalu.
“Saya berpendapat Putin ditahan ketika ini. Tetapi dia masih hidup. Dia kini ditahan oleh agensi yang gilakan kuasa, yang pada pendapat saya, merancang penggulingan Putin,” kata Dzhemal, penyokong setia pemimpin itu.
Menurutnya, gambar terbaru menunjukkan Putin di pejabatnya selepas beberapa hari tidak dilihat di khalayak ramai hanya tindakan perancang rampasan kuasa untuk mengaburi orang ramai.
Dia berkata demikian selepas gambar yang diedarkan oleh Kremlin Jumaat lalu menunjukkan Putin berbincang dengan Ketua Mahkamah Agung Vyachevslav Lebedev mungkin dirakam pada 2011.
Dalam pada itu, wakil Putin di Chechnya, Ramzan Kadyrov juga membayangkan kemungkin ada pihak yang cuba mengancam Presiden Russia itu. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Mac 2015 @ 5:17 AM



- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/37234#sthash.5uWAuVET.dpuf

Derita penyakit kulit bersisik



HARUN (kiri) melawat keadaan Abd. Roni yang menderita penyakit kulit bersisik di Kuala Pegang, Baling semalam.


BALING – Seorang penoreh getah di Kampung Ketemba, Kuala Pegang di sini hidup dalam kemurungan kerana menderita penyakit kulit bersisik atau Ichthyosis yang dihidapinya sejak remaja.
Lebih menyedihkan, Abd. Roni Awang Kechik, 58, yang kini semakin uzur disebabkan faktor usia juga mengalami ketumbuhan pada sebelah mata kirinya menyebabkan penglihatannya semakin kabur.
Kakaknya, Khatijah, 61, berkata, adiknya itu disahkan menghidap penyakit tersebut sejak berusia 15 tahun.
Menurutnya, pada peringkat awal Abd. Roni hanya mengalami gatal-gatal pada kulit sebelum bertukar menjadi kemerah-merahan seperti terbakar dan bersisik seperti hari ini.
"Sejak itu kehidupan dia mula berubah daripada seorang remaja yang ceria kepada pemurung dan suka menyendiri.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0316&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3UVHXutWo 
Hakcipta terpelihara 

Suri rumah ketagih judi bingo tanggung hutang £45,000



NIELD kerugian hampir RM246,398 dan menggunakan lima kad kredit melebihi had akibat ketagihan bermain bingo di internet. – AGENSI


MERSEYSIDE, Britain – Seorang suri rumah menanggung hutang hampir £45,000 (RM246,398) kerana menggunakan lima kad kredit melebihi had selepas ketagih bermain judi bingo secara dalam talian ketika dia bercuti sakit.
Kelly Nield, 32 memberitahu, dia berjudi selama lapan jam pada setiap hari dan menghabiskan semua wang simpanan bersama teman lelakinya.
"Ia seperti kitaran yang ganas kerana jika menang, kita mahu bermain lagi untuk mendapat lebih banyak wang. Namun, kita tetap mahu bermain lagi selepas kalah untuk mendapatkan kembali wang tersebut," ujar ibu kepada seorang anak itu.
Ketagihan Nield bertambah teruk apabila dia pernah terfikir untuk membunuh diri dan mencederakan anggota badannya ketika dalam usaha untuk berubah.
Dia mula bermain bingo ketika menonton rancangan The Jeremy Kyle sewaktu bercuti sakit dari kerjanya sebagai pengasuh kanak-kanak pada 2012. – AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0316&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3UVFPQMFA 
Hakcipta terpelihara 

Bintang tenis tewas di tangan kanak-kanak pengutip bola


FEDERER kelihatan tergamam selepas pukulan bola tenis kanak-kanak berkenaan tepat jatuh di atas garisan gelanggang.- AGENSI


NEW YORK – Seorang kanak-kanak pengutip bola tenis ‘menewaskan’ bekas pemain No. 1 dunia, Roger Federer dalam satu perlawanan pertunjukan di Madison Square Garden di sini baru-baru ini.
Sebelum itu, kanak-kanak berusia 12 tahun tersebut diberi peluang oleh Grigor Dimitrov yang sedang menentang Federer untuk membuat servis bagi pihaknya.

DIMITROV mengucap tahniah kepada kanak-kanak berkenaan selepas dia berjaya mengatasi Federer.- AGENSI


Kanak-kanak itu ternyata mempunyai bakat apabila berjaya membuat hantaran balas pukulan Federer. Dia menghantar bola melepasi pemain berusia 33 tahun itu tepat ke dalam gelanggang sekali gus meraih mata kemenangan.
Federer yang sedikit tergamam dengan pukulan berkenaan bagaimanapun kelihatan tersenyum dengan pukulan tidak disangka-sangka itu.
Pada perlawanan tersebut, pemain Switzerland itu berjaya menewaskan Dimitrov yang kini menduduki ranking No. 11 dunia dengan 6-2, 1-6 dan 7-5. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0316&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3UVF8P1iP 
Hakcipta terpelihara 

Perhimpunan haram: Tiga 
lagi direman


KUALA LUMPUR 15 Mac – Tiga lagi individu ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan mendesak pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, Sabtu lalu.
Ketiga-tiga individu yang ditahan reman ialah Ketua pemuda DAP, Teo Kok Seong, aktivis mahasiswa propembangkang, Adam Adli Abd. Halim dan Sekretariat Perhimpunan, Mandeep Singh.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, mereka ditahan reman kira-kira pukul 11 pagi ini mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 143 Kanun Keseksaan.
“Kok Seong akan direman satu hari sahaja manakala Mandeep dan Adam Adli akan direman bermula hari ini sehingga Selasa ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sebelum ini, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelana Jaya, Saifullah Zulkifli turut ditahan sejurus selepas perhimpunan itu dan dibebaskan tidak lama kemudian dengan jaminan polis.
Turut ditahan, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Rafizi Ramli dan ahli majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fariz Musa berhubung isu perhimpunan itu.
Selain itu, Bendahari Pemuda Pas, Mohd. Fakhrulrazi Mohd. Mokhtar turut ditahan Rabu lalu selepas didapati menyertai perhimpunan bagi menyokong pembebasan Anwar.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/perhimpunan-haram-tiga-8232-lagi-direman-1.69940#sthash.NtYjwK6H.dpuf