Wednesday, September 7, 2016

Mahathir lakukan sebesar-besar pengkhianatan


6 SEPTEMBER 2016
Salleh Said Keruak

Salleh Said Keruak
KUALA LUMPUR - "Tun Dr Mahathir Mohamad melakukan sebesar-besar pengkhianatan terhadap Malaysia apabila beliau meminta kuasa asing supaya campur tangan dan menumbangkan kerajaan yang dipilih rakyat Malaysia," kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Katanya, ini semua demi memenuhi kepentingan politik peribadi bekas perdana menteri itu.

"Malaysia di bawah kerajaan yang ada sekarang tidak akan sekali-kali membenarkan pihak asing untuk campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara kita. Semua cubaan mereka (pengkritik) telah gagal dan akan terus gagal," katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam blognya sskeruak.blogspot.my.

Dalam kenyataannya dengan tajuk berita 'Campur Tangan Luar, Sabotaj dan Dwistandard', menteri itu berkata: "WSJ (Wall Street Journal) dan mereka di belakangnya tentu amat kecewa apabila setiap serangan yang dilakukan, Malaysia, kerajaan, BN dan perdana menteri menjadi semakin kuat".

Salleh berkata, sejak lebih setahun lepas, sebuah akhbar Amerika Syarikat melancarkan serangan demi serangan terhadap Malaysia.

"Namun, tidak satu pun dalam sekian banyak serangan oleh Wall Street Journal itu berupaya menyertakan bukti konkrit atau memberi nama orang yang membuat dakwaan seperti yang dilaporkannnya. Oleh itu, bagaimanakah kita hendak percayai segala apa yang mereka tulis?" katanya.

Salleh berkata kini pula, WSJ mengakui Tawaran Awam Permulaan (IPO) yang dirancang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak dapat diteruskan kerana terdapat laporan negatif.

"Hakikat sebenarnya ialah IPO itu sengaja disabotaj. Media tertentu seperti WSJ melancarkan kempen secara global, bertindak seperti kenderaan yang membawa pasukan bermotifkan politik seperti Tun Mahathir Mohamad.

"Mereka tahu, tindakan mensabotaj IPO itu akan mewujudkan masalah kewangan bagi 1MDB. Sekiranya syarikat itu dibiarkan meneruskan program rasionalisasinya, ia akan berjaya," kata menteri itu.

Salleh berkata anehnya, kempen terhadap Malaysia hanya dilancarkan apabila persoalan serius ditimbulkan tentang hubungan antara perniagaan dan politik di negara WSJ sendiri.

"Bolehkah kita terima apabila Jabatan Keadilan Amerika hanya menyiasat yang bersangkut paut dengan Malaysia sahaja? Berapa banyakkah individu dan entiti Amerika Syarikat yang disiasat Jabatan Keadilan itu? Kenapakah WSJ tidak mempunyai pasukan yang ditubuh khas bagi melaporkan perkara itu dengan tahap obsesi yang sama?" kata beliau.

Kesemua ini menunjukkan hakikat wujudnya dwistandard: satu set peraturan untuk Barat, dan satu set lagi untuk negara membangun seperti Malaysia, yang enggan tunduk dan menurut perintah. - Bernama

Tuesday, September 6, 2016

Saudi lebih berjaga



SUASANA di Masjidilharam, Makkah, malam kelmarin. - EPA

Reuters
Riyadh: Setahun selepas peristiwa yang dianggap antara paling teruk dalam sejarah haji, Arab Saudi tahun ini memperkenalkan gelang elektronik dan memasang lebih banyak kamera pengawasan untuk mengelak berulangnya kejadian rempuhan yang membunuh ratusan jemaah.

Ibadah haji yang menghimpunkan kira-kira dua juta umat Islam di kota suci Makkah tahun ini turut dibelenggu kebimbangan mengenai serangan militan selepas pengebom berani mati membunuh empat askar Saudi di Madinah awal Julai lalu.

Saudi selaku tuan rumah bandar paling suci umat Islam memandang serius peranannya setiap kali musim haji yang tercemar selepas kejadian rempuhan tahun lalu.

Riyadh mendakwa 769 jemaah terbunuh - jumlah tertinggi kematian haji sejak satu lagi kejadian rempuhan pada 1990.

Bagaimanapun, kiraan negara lain yang kehilangan rakyat mereka dalam kejadian itu membayangkan lebih 2,000 orang sebenarnya mungkin terkorban, dengan lebih 400 daripadanya warga Iran.

Iran mendakwa kejadian berlaku akibat kecuaian pihak berkuasa Saudi.

Tahun ini lebih banyak usaha dilakukan untuk mengawal kesesakan.

Puluhan ribu kakitangan awam, keselamatan dan perubatan menjalani latihan sebagai persediaan menghadapi ibadah haji yang bermula minggu ini.

Riyadh berkata, ia mengerahkan kakitangan tambahan selain meningkatkan penyelarasan dengan misi haji negara lain untuk memastikan jemaah mematuhi jadual ditetapkan untuk setiap ibadah.

Ratusan kamera pengawasan turut dipasang di Masjidilharam.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Mansour Turki berkata: “Jadual ditetapkan amat penting dan kami perlu memastikan jemaah mematuhinya sebaik tiba di sini.”

Akhbar Asharq al-Awsat bulan lalu melaporkan Pihak Berkuasa Pembangunan Makkah membuka laluan serta pintu pagar elektronik untuk membantu pengurusan jemaah yang mahu melontar jamrah - lokasi yang banyak melihat pelbagai kejadian tidak diingini berlaku sebelum ini.

Jemaah turut diberi gelang elektronik untuk membolehkan pihak berkuasa menjejak aliran orang ramai seterusnya tahu jika terlalu ramai orang berada di tempat tertentu pada satu masa. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 September 2016 @ 11:57 AM

Sunday, September 4, 2016

Tun M senarai 14 kuasa Perdana Menteri


RAZIATUL HANUM A.RAJAK
4 SEPTEMBER 2016
Tun Dr Mahathir Mohamad


 Tun Dr Mahathir Mohamad
SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyenaraikan 14 kuasa Perdana Menteri Malaysia yang terdapat dalam Perlembagaan dan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Beliau meringkaskan kuasa Perdana Menteri menurut akta tersebut kerana menjangkakan tidak ada sesiapa yang mahu membacanya.

“Saya terpaksa baca keseluruhan Perlembagaan dan Akta Majlis Keselamatan Negara untuk memahami keperluan atau kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri.

“Kuasa Perdana Menteri hampir tiada had,” katanya melalui catatan di blog Chedet, semalam.

Pada 17 Februari lalu, Majlis Raja-raja berpendapat beberapa peruntukan dalam Rang Undang-Undang MKN perlu diperhalusi selepas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail (kini bekas) menyembahkan taklimat mengenai RUU itu pada Mesyuarat Ke-240 Majlis Raja-raja di Istana Negara.

RUU MKN yang memperuntukkan 15 kuasa khas bagi penubuhan MKN serta pasukan keselamatan mengawal dan menyelaras operasi berkaitan keselamatan telah diluluskan Dewan Rakyat pada 3 Disember 2015 sebelum diluluskan Dewan Negara pada 22 Disember 2015 dan diwartakan menjadi undang-undang pada 7 Jun lalu.

Dalam pada itu, katanya, keperluan untuk membenarkan Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan mengisytiharkan darurat kerana undang-undang yang melindungi rakyat tidak terpakai ketika darurat.

“Tapi sekarang Najib (Datuk Seri Najib Razak) sebagai Pengerusi MKN akan menasihati Najib sebagai Perdana Menteri. Kuasa Najib jauh lebih banyak daripada Yang di-Pertuan Agong.

“Sudah tiada lagi keperluan untuk merujuk atau mendapat kelulusan Yang di-Pertuan Agong. Najib sebagai Pengerusi MKN hanya akan menasihati dirinya sendiri sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Menurutnya lagi, Najib dilindungi sepenuhnya daripada sebarang prosiding undang-undang.

“Malah semua prosiding MKN adalah rahsia rasmi. Tiada mana-mana ahli MKN itu boleh mendedahkan apa-apa.

“Akta ini merendahkan martabat Perlembagaan. Sudah tentu ia salah. Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi negara. Tapi tiada siapa buat apa-apa apabila ia dicabul,” katanya.

Berikut 14 kuasa Perdana Menteri yang disenaraikan oleh beliau :

1.Menubuhkan Majlis Keselamatan Negara;

2.Mempengerusikan Majlis Keselamatan Negara;

3.Majlis menasihati Perdana Menteri – iaitu dirinya sendiri;

4.Berkuasa untuk : memindahkan orang; isytihar perintah berkurung; mengawal pergerakan, jalan, laluan air dan udara; menahan seseorang; geledah dan rampas serta menggeledah premis untuk keadaan yang bahaya;

5.Menggeledah orang untuk keadaan yang bahaya;

6.Merampas kenderaan, kapal atau pesawat;

7.Berkuasa untuk mengambil milikan sementara tanah, bangunan atau harta boleh alih;

8.Permintaan untuk menggunakan sumber;

9.Kuasa untuk mengarahkan memusnahkan mana-mana bangunan kosong;

10.Kuasa menggunakan pasukan yang perlu dan wajar;

11. Kuasa untuk mengetepikan inkues;

12.Kewajipan untuk menyimpan rahsia;

13.Perlindungan daripada mana-mana prosiding undang-undang dan

14.Status sebagai pegawai kerajaan.

Ibu sembilan anak hidup susah


DIANA SURYA ABD WAHAB
4 SEPTEMBER 2016
Ibu sembilan anak hidup susah

Ibu sembilan anak hidup susah Maimunah bersama empat daripada sembilan anaknya di rumah sewa mereka di tepi padang Perkampungan Sungai Karang Pantai.
KUANTAN - Kesempitan hidup yang ditanggung selepas kehilangan suami ketika keluar ke laut menangkap ikan, lima bulan lalu, memaksa seorang ibu sembilan anak menagih bantuan orang ramai untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga.

Maimunah Abdul Shukor, 37, berkata, buat masa ini dia masih tidak berpeluang bekerja mencari nafkah menggantikan suaminya, Yusof Abu Hussein, 40, yang masih belum pulang memandangkan berada dalam tempoh berpantang anak kesembilan yang baharu lahir, 19 Ogos lalu.

Lebih menyedihkan, dia terpaksa bersalin di rumah tanpa bantuan pakar selain tidak menyediakan sebarang persiapan untuk bayinya.

“Kami mula berhijrah ke Sungai Karang dua tahun lalu dari Kemaman dan suami bekerja sebagai nelayan manakala saya ambil upah mengemas rumah.

“Namun sejak lima bulan lalu, hidup kami sekeluarga makin susah dan sumber wang terputus apabila suami yang keluar ke laut bersama rakan-rakannya bukan sahaja tidak pulang, namun masih tidak ada khabar berita. Saya risau sebab suami warga Myanmar dan setiap hari saya masih menanti kepulangannya," katanya kepada pemberita yang berkunjung ke rumahnya berhampiran padang Perkampungan Sungai Karang Pantai di sini, semalam.

Menurut Maimunah, segala tanggungan seperti sewa RM250 sudah tiga bulan tertunggak malah yuran RM100 persekolahan anak-anak seramai lima orang di Sekolah Anak-anak Rohingya Abim Kuantan pun masih belum berbayar.

"Sekarang, wang belanja pun dah tak ada,” katanya.

Menurutnya lagi, setakat ini, dia tidak memikirkan soal lain, hanya ingin memohon bantuan daripada mana-mana pihak membantu sementara masih belum berpeluang untuk bekerja.

Kewangan Kerajaan Pusat genting


A KADIR JASIN
4 SEPTEMBER 2016
Bajet 2016

Bajet 2016 Bajet 2016
SALAH satu ciri belanjawan yang diidam-idamkan oleh semua negara di dunia dan dituntut oleh badan-badan kewangan antarabangsa adalah keseimbangan di antara hasil dan perbelanjaan.

Inilah yang disebut sebagai belanjawan seimbang. Tetapi ia lebih berupa impian daripada kenyataan bagi kebanyakan negara. Dalam keadaan biasa pun ia sukar dicapai apatah lagi dalam suasana ekonomi yang tidak menentu seperti sekarang.

Antara matlamat dan ikrar utama Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak apabila mengambil alih teraju Kementerian Kewangan pada akhir tahun 2008 ialah menghapuskan defisit belanjawan secara berperingkat.

Kemudian sebagai Perdana Menteri pada tahun 2009 beliau menjadikan belanjawan seimbangan sebagai salah satu matlamat penting Program Transformasi Nasional. Beliau berhasrat mencapai idealisme itu menjelang tahun 2020.

Secara amnya, dasar itu menampakkan kemajuan. Defisit belanjawan, iaitu perbezaan antara hasil dan perbelanjaan, dapat dikurangkan daripada 6.7 peratus pada tahun 2009 kepada 3.2 peratus tahun lalu.

Bagaimanapun, dalam tempoh itu juga hutang kerajaan melambung kerana meminjam dengan banyak untuk membiayai pembangunan. Akibatnya jumlah terkumpul hutang kerajaan naik dari RM250 bilion pada tahun 2010 kepada RM656 bilion pada akhir Jun lalu.

Ini adalah angka rasmi yang disiarkan di internet oleh Bank Negara dan dikemaskinikan pada 30 Ogos iaitu sehari sebelum ulang tahun Hari Kebangsaan ke-59.

Jumlah ini adalah yang paling tinggi dalam sejarah negara dan mencecah had pinjaman yang Mohd Najib sendiri tetapkan iaitu 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Pada tahun 2008, apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan Kementerian Kewangan kepada Mohd Najib, hutang kerajaan berbanding KDNK adalah 41.24 peratus. Nisbah ini lebih rendah pada zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Keadaan menjadi tambah meruncing sejak sembilan bulan terakhir sehingga Jun tahun ini. Dalam tempoh itu, hasil kerajaan lebih rendah daripada belanja mengurus. Hal ini tidak pernah berlaku sebelum ini.

Dalam bahasa yang mudah, hasil yang kerajaan pungut tidak pun cukup untuk membayar gaji kakitangan awam, menyelenggarakan harta awam dan membayar balik hutang. Hatta pungutan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pun telah jatuh di bawah jumlah yang dianggarkan kerana pengguna tidak lagi berbelanja seperti dulu.

Hasil kerajaan pada umumnya hanya cukup untuk belanja pengurusan. Kos pengurusan tinggi kerana bilangan kakitangan awam ramai dan gaji yang mereka terima boleh dikira lumayan berbanding jumlah penduduk dan hasil kerajaan. Bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan subsidi pun datang daripada sumber yang sama. Untuk membangunkan negara kerajaan terpaksa berhutang. Akibatnya hutang kerajaan sangat besar.

Dalam kedua-dua aspek perbelanjaan ini – pengurusan dan pembangunan – berlaku pembaziran yang besar akibat kelemahan pentadbiran, salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah.

Satu lagi tanda bahawa kewangan kerajaan semakin meruncing ialah apabila kerajaan mula bermain dengan pengubahsuaian teknikal bagi memberi gambaran bahawa hasil meningkat dan hutang berkurangan.

Misalnya, baru-baru ini kerajaan memindahkan hutang perumahan kakitangan awam sebanyak RM22 bilion kepada sebuah badan berkanun baru bernama Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam. Untuk mencari modal ia berhutang RM25 bilion dengan menjual bon yang dijamin oleh kerajaan.

Pemindahan dari tangan kanan ke tangan kiri itu telah mengurangkan nisbah hutang kerajaan berbanding KDNK sebanyak kira-kira dua peratus.

Tetapi sebaik saja hutang itu dikurangkan, kerajaan meminjam lebih banyak sehingga menyebabkan hutang terkumpul meningkat RM29 bilion dalam suku kedua tahun ini.

Natijahnya kerajaan wajib kembali kepada ikrar perbelanjaan berhemah dengan mengurangkan pembaziran, salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah bukan dengan memotong peruntukan kepada sektor kritikal seperti pelajaran, kesihatan dan ekonomi.

Pada masa sama, ia perlu berterus terang dengan rakyat jelata mengenai keadaan sebenar ekonomi. Kerajaan boleh menggunakan jentera propaganda untuk memberi gambaran bahawa segala-galanya terkawal sedangkan kehidupan rakyat jelata semakin terdesak.

Ekonomi tidak berbohong. Wallahuaklam.

Saturday, September 3, 2016

Presiden Korea Utara ‘gila kuasa’


ONG BOON TECK
3 SEPTEMBER 2016
 ‎Presiden Korea Utara ‘gila kuasa’

 ‎Presiden Korea Utara ‘gila kuasa’
ANTARA pemimpin dunia yang dianggap kejam dan masih berkuasa hari ini adalah dinamakan Presiden Korea Utara, Kim Jong Un pastinya tersenarai sebagai manusia yang paling tidak perikemanusiaan.

Menurut laporan daripada sebuah portal berita dari China, DuoWei News, antara awal tahun ini hingga 31 Ogos lalu, sekurang-kurangnya 20 pegawai kanan kerajaan Korea Utara telah dihukum mati atas arahan presiden mereka yang semakin hilang akal.

Difahamkan, demi mengukuhkan kedudukan sebagai pemerintah tertinggi dalam negaranya, Jong Un sanggup menjatuhkan hukuman mati terhadap pegawainya yang dilihat cuba mengganggu urusan pentadbiran kerajaannya.

Kekejaman Jong Un mula disebarkan dalam media antarabangsa apabila menjalankan hukuman mati ke atas seorang pegawai kanannya dengan mengguna penyembur api.

Mangsa tersebut ialah Timbalan Menteri Kemudahan Awam, O Sang-hon. Beliau ialah antara 11 pegawai kanan parti yang ada hubungan dengan bapa saudara Jong Un sendiri, Jang Song-taek.

Jang dibicarakan dan menjalani hukuman mati Disember 2014 selepas bersalah atas tuduhan rasuah dan menjalankan kegiatan bertentangan parti Pekerja Korea.

Dan yang terbaharu, pada 31 Ogos lalu apabila jurucakap kerajaan Korea Utara, Jeong Joon-hee mengumumkan Timbalan Perdana Menteri, Kim Yong-jin telah dihukum mati atas kesalahan cuba melakukan pemberontakan terhadap pucuk pimpinan kerajaannya.

Menurut akhbar tersebut, Yong-jin dibunuh oleh skuad penembak pada Julai lalu selepas didakwa sebagai anti parti dan anti revolusi.

Manakala dua pegawai kanan lain terpaksa menjalani sesi pendidikan semula. Seorang daripada mereka adalah pegawai tertinggi yang bertanggungjawab dalam hal ehwal antara dua Korea, Kim Yong-Chol.

Kini, tidak seorang pun yang berani bersuara terhadap segala tindakan kejam yang dilakukan oleh presiden negara yang berfahaman komunis itu.

Adalah dijangkakan pengaruh dan penguasaan Jong Un dalam kerajaan Korea Utara akan terus berpanjangan sekurang-kurangnya dalam tempoh 30 tahun akan datang. Justeru, kemungkinan akan ada lebih ramai lagi pegawai yang akan dikenakan tindakan walaupun hanya melakukan kesalahan yang kecil.

Rafizi Diperintah Bela Diri Atas Pertuduhan Dedah Laporan 1MDB


Diterbitkan: Khamis, 1 September 2016 12:35 PM

Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli pada Khamis diperintah membela diri atas dua pertuduhan memiliki dan mendedahkan laporan 1MDB di laman web, Facebook, telefon bimbit dan pada sidang media di lobi Parlimen, Mac lepas.

Hakim Mahkamah Sesyen Zulqarnain Hassan memutuskan bahawa pendakwaan berjaya membuktikan Mohd Rafizi telah memiliki dan mendedahkan halaman 98 laporan pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang masih diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi.

Zulqarnain dalam keputusannya mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Mohd Rafizi, 39, yang juga Naib Presiden dan Setiausaha Agung PKR, pada akhir kes pendakwaan.

Mahkamah menetapkan tiga hari perbicaraan mulai 27 September untuk mendengar pembelaan Mohd Rafizi.

Zulqarnain membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan tujuh saksi pendakwaan dan hujah daripada Timbalan Pendakwa Raya Shukor Abu Bakar dan Zhafran Rahim Hamzah dan Peguam Gobind Singh Deo.

Mohd Rafizi, didakwa memiliki tanpa kebenaran satu halaman muka surat 98 mengenai Laporan Pengauditan 1MDB yang merupakan kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di lobi bangunan Parlimen, Jalan Parlimen, di sini pada 3 petang, 24 Mac lepas, mengikut Seksyen 8(1)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi 1972 dan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Mohd Rafizi didakwa mendedahkan kandungan laporan itu dalam sidang media di tempat sama, pada 3 petang, 28 Mac lepas, mengikut Seksyen 8(1)(c)(iv) akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, jika sabit kesalahan.

Belum cukup



DELA Rosa

Agensi
Manila: Ketua Polis Filipina, Jeneral Ronald ‘Bato’ dela Rosa mengarahkan anggotanya menggandakan usaha dalam operasi memerangi dadah bagi memenuhi janji Presiden Rodrigo Duterte dalam kempen pilihan rayanya.

“Kita tidak boleh gagalkan ikrar Presiden dalam kempennya yang mahu menyelesaikan masalah dadah, jenayah dan rasuah dalam masa enam bulan. Kita semakin kesuntukan masa,” kata Dela Rosa ketika berucap di Kem Bado Dangwa di La Trinidad, Benguet, semalam.

Menurutnya, ‘peperangan’ itu kini memasuki fasa kedua.

“Dua bulan sudah berlalu. Kita ada empat bulan lagi. Saya berharap kita dapat menggandakan usaha untuk mencapai sasaran.

“Kita tidak mahu hasrat rakyat Filipina untuk menyaksikan masalah dadah, jenayah dan rasuah dibasmikan gagal,” katanya.

Dia turut menyuarakan rasa gembiranya mengenai penurunan ketara kadar purata jenayah harian kepada lebih separuh.

Rekod polis menunjukkan jumlah jenayah harian di seluruh negara itu merosot sebanyak 49 peratus sejak Julai lalu.

Ketua Polis Filipina itu turut mengingatkan anggotanya supaya tidak mempedulikan kritikan pelbagai pihak mengenai perang terhadap dadah yang setakat ini sudah meragut lebih 2,000 nyawa.

“Anggap kempen ini baru bermula. Walaupun pelbagai kritikan diterima, kita perlu teruskan kempen ini selagi kita patuh kepada undang-undang dan menghormati hak asasi,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 September 2016 @ 5:06 AM

Friday, September 2, 2016

Himpunan Tangkap MO1: 9 Individu Disoal Siasat


Diterbitkan: Khamis, 1 September 2016 6:26 PM
 M. KUMAR Oleh: M. KUMAR
editor@mstar.com.my


Anis Syafiqah semasa berucap pada perhimpunan "Tangkap MO1" dekat Dataran Merdeka, pada Sabtu lalu. Foto Reuters

KUALA LUMPUR: Sembilan individu dipanggil pada Khamis bagi membantu siasatan polis berhubung perhimpunan "Tangkap MO1" baru-baru ini.

Mereka terdiri daripada enam pelajar, Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong; Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dan aktivis pelajar, Anis Syafiqah Mohd Yusof, yang hadir ke ibu pejabat polis Dang Wangi bagi memberi keterangan pada kira-kira pukul 11 pagi.

Anis Syafiqah berkata, dia disoal siasat berhubung ucapan yang dibuatnya semasa perhimpunan itu.

Nik Nazmi berkata, mereka diberitahu terdapat tiga pertuduhan terhadap mereka di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Akta Hasutan.

"Kita kesal dengan dakwaan ini kerana demonstrasi dilakukan secara aman," katanya sebelum keterangannya diambil.

Sesi soal siasat berlangsung selama kira-kira dua jam.

Peguam yang mewakili Nik Nazmi, Adi Zulkarnain Zulkafli berkata, anak guamnya disoal siasat di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman di atas kegagalan memberikan notis selama 10 hari sebelum mengadakan perhimpunan.

Peguam Melissa Sasidaran yang mewakili Anis Syafiqah dan para pelajar itu berkata, anak guamnya disoal siasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman.

"Polis berkata, pertuduhan tersebut mungkin memasukkan kesalahan di bawah Akta Hasutan dan Seksyen 124B Kanun Keseksaan berkaitan dengan menggugat demokrasi berparlimen," katanya.

Ditanya sama ada perhimpunan itu "dirampas" oleh ahli politik pembangkang, Anis Syafiqah menafikannya dan ahli politik terbabit hanya dibenarkan berucap di hadapan kompleks membeli-belah Sogo dan Masjid Jamek, manakala kumpulan pelajar berucap di lokasi utama perhimpunan di Dataran Merdeka.

Perhimpunan haram: 11 disoal polis, 20 lagi dipanggil

KHAMIS, 1 SEPTEMBER 2016 @ 9:58 PM

KUALA LUMPUR: Polis telah mengambil keterangan 11 peserta perhimpunan haram di beberapa lokasi di ibu negara, termasuk di sekitar Dataran Merdeka, Sabtu lalu, dan akan memanggil 20 orang lagi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah, berkata 17 daripada 20 orang itu dikenal pasti manakala tiga lagi tidak diketahui identitinya.

"Kertas siasatan mengenai 11 orang yang sudah memberi keterangan sedang dikemas kini untuk diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya bagi siasatan selanjutnya," kata beliau ketika dihubungi hari ini.

Kira-kira 1,500 orang, kebanyakan pelajar, menyertai perhimpunan haram antikerajaan itu yang penganjurnya menyasarkan pembabitan 10,000 orang. - BERNAMA

PESERTA himpunan haram bergerak dari Masjid Negara ke Dataran Merdeka, Sabtu lalu. - Foto Hafiz Sohaimi  

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/188911

Saturday, August 27, 2016

Presiden Zimbabwe arah tangkap ‎atlet Olimpik


ONG BOON TECK
27 OGOS 2016

Robert Mugabe

Robert Mugabe
SERAMAI 31 atlet Zimbabwe yang bertanding di Sukan Olimpik di Rio De Janerio telah ditahan akibat gagal membawa sebarang pingat untuk negara mereka.

Ketibaan mereka di lapangan terbang bukan disambut oleh pegawai kerajaan, sebaliknya adalah anggota polis yang sudah siap menunggu untuk memberkas para atlet terbabit atas arahan presiden mereka, Robert Mugabe.

Ifeng.Com melaporkan, Mugabe melahirkan rasa dukacita kerana walaupun negara mereka telah membelanjakan banyak wang untuk memastikan kejayaan, namun tiada ada sebutir pingat pun yang dimenangi.

"Kalau kita hanya mahu nyanyi lagu kebangsaan dan mengibarkan bendera Zimbabwe di Brazil, kita hanya perlu hantar pelajar universiti sahaja, tak perlu ada atlet," kata Mugabe.

Rombongan atlet Zimbabwe di Sukan Olimpik telah pulang pada Selasa lalu, bagaimana pun, sehingga hari ini tidak dipastikan bagaimana nasib 31 atlet berkenaan.

Dilaporkan, Mugabe mengarahkan ketua polis negaranya membuat tangkapan dan melakukan soal siasat ke atas mereka.

Wednesday, August 10, 2016

Justo dapat pengampunan diraja


9 OGOS 2016
Justo

Justo
BANGKOK - Warga Switzerland Andre Xavier Justo, yang‎ dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kerana cuba memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi International, telah mendapat pengampunan diraja.

Menurut peguam Worrasit Piriyawiboon, anak guamnya mendapat pengampunan sempena ulang tahun ke-70 Raja Bhumibol Adulyadej menduduki takhta dan ulang tahun kelahiran Permaisuri Sirikit.

"Pengumuman mengenai Pengampunan Diraja disiarkan dalam laman web Warta Diraja malam tadi. Saya menghubungi pegawai pemulihan dan beliau mengesahkan bahawa nama Justo berada dalam senarai," kata beliau kepada Bernama hari ini.

Pengampunan itu bermakna bahawa Justo yang disifatkan sebagai seorang‎ banduan yang sangat baik" oleh pihak berkuasa penjara Thailand akan menjalani hukuman penjara yang singkat kerana hukuman penjara ke atasnya dikurangkan‎ sebanyak satu pertiga Worrasit berkata, Justo telah menjalani hukuman penjara setahun daripada tempoh hukuman selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Jenayah Bangkok Selatan tahun lepas. Selepas diberi pengampunan Diraja, dia hanya akan menjalani hukuman penjara untuk setahun lagi.

Beliau berkata, bekas eksekutif IT berusia 49 tahun itu mungkin akan‎ menjalani baki hukuman penjara secara parol atau dipindahkan ke penjara lain bergantung kepada syarat-syarat di bawah Pengampunan Diraja.

Justo didapati bersalah pada 17 Ogos gtahun lepas selepas dia mengaku cuba memeras ugut PetroSaudi International, yang mempunai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad.

Mahkamah mengarahkan hukuman penjara bermula pada 22 Jun, hari Justo ditangkap di pulau peranginan Koh Samui di selatan Thailand.

Dia dituduh mengikut Seksyen 338 Kanun Keseksaan Thailand yang‎ memperuntukkan hukuman penjara satu hingga 10 tahun dan denda antara 2,000 baht‎ (RM222) dan 20,000 baht (RM2,223). - Bernama

Tuesday, August 9, 2016

Pasangan muslim diarah turun pesawat kerana sebut ALLAH


Pasangan muslim diarah turun pesawat kerana sebut ALLAH

OHIO - AMERIKA SYARIKAT. Sepasang suami isteri Muslim diarahkan turun dan meninggalkan pesawat hanya kerana menyebut perkataan ALLAH.
Nazia Ali dan suaminya, Faisal menaiki pesawat Delta Airline dalam perjalanan pulang ke Ohio dari lawatan ke London dan Paris selepas menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 10.
Memetik Washington Post, salah seorang krew penerbangan memberitahu juruterbang, pasangan Muslim berkenaan yang duduk di kelas ekonomi telah menimbulkan perasaan kurang senang.
Krew penerbangan tersebut mendakwa Nazia menggunakan telefon bimbit dan memakai tudung manakala suaminya sedang berpeluh-peluh.
Menurutnya lagi, dia turut mendengar pasangan itu menyebut perkataan ALLAH.
Susulan dakwaan itu, juruterbang memutuskan untuk tidak berlepas sehinggalah pasangan tersebut dikeluarkan daripada pesawat.
"Kami berada di tempat duduk kami selama 45 minit sebelum pegawai lapangan terbang meminta kami turun bersama untuk bertanya beberapa soalan.
"Adakah anda mahu kami membawa barangan kami dan pegawai berkenaan menjawab 'ya, anda tidak akan menaiki pesawat ini," kata Nazia.
Tambah Nazia lagi, ia sdalah satu penghinaan
"Kami dilayan seperti penjenayah.
"Kami adalah rakyat Amerika. Anda tidak boleh melakukan ini kepada kami, " katanya yang berasal dari Pakistan dan merupakan rakyat AS selama 16 tahun.
Berikutan insiden ini, kumpulan memperjuangkan hak Muslim menyifatkan tindakan menghalang pasangan itu menaiki pesawat pada 26 Julai dari Paris ke  ke Lapangan Terbang Antarabangsa Cincinnati Northern Kentucky adalah sebagai 'pemprofilan agama'
Wakil Majlis Perhubungan Amerika-Islam Cincinnati, Sana Hassan mengesa kerajaan AS mengambil tindakan dan mengumumkan rancangan untuk menfailkan aduan terhadap Delta Airline kepada Jabatan Pengangkutan AS.
Sementara itu, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada The Washington Post, syarikat penerbangan itu berkata, pihaknya mengutuk diskriminasi berkaitan hal umur, bangsa, kewarganegaraan, agama, orientasi seksual atau jantina.
"Sebagai syarikat penerbangan global yang membawa beratus-ratus ribu penumpang setiap hari, Delta sangat komited untuk memberikan khidmat dengan rasa hormat kepada semua pelanggan kami.
"Delta akan menyiasat perkara ini dan akan memberi bayaran balik kepada pelanggan," petik kenyataan.
Memetik AP, pasangan itu mendapat bayaran pampasan untuk bilik hotel dan terbang semula pada hari berikutnya.

Pasangan muslim diarah turun pesawat kerana sebut ALLAH


Pasangan muslim diarah turun pesawat kerana sebut ALLAH

OHIO - AMERIKA SYARIKAT. Sepasang suami isteri Muslim diarahkan turun dan meninggalkan pesawat hanya kerana menyebut perkataan ALLAH.
Nazia Ali dan suaminya, Faisal menaiki pesawat Delta Airline dalam perjalanan pulang ke Ohio dari lawatan ke London dan Paris selepas menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 10.
Memetik Washington Post, salah seorang krew penerbangan memberitahu juruterbang, pasangan Muslim berkenaan yang duduk di kelas ekonomi telah menimbulkan perasaan kurang senang.
Krew penerbangan tersebut mendakwa Nazia menggunakan telefon bimbit dan memakai tudung manakala suaminya sedang berpeluh-peluh.
Menurutnya lagi, dia turut mendengar pasangan itu menyebut perkataan ALLAH.
Susulan dakwaan itu, juruterbang memutuskan untuk tidak berlepas sehinggalah pasangan tersebut dikeluarkan daripada pesawat.
"Kami berada di tempat duduk kami selama 45 minit sebelum pegawai lapangan terbang meminta kami turun bersama untuk bertanya beberapa soalan.
"Adakah anda mahu kami membawa barangan kami dan pegawai berkenaan menjawab 'ya, anda tidak akan menaiki pesawat ini," kata Nazia.
Tambah Nazia lagi, ia sdalah satu penghinaan
"Kami dilayan seperti penjenayah.
"Kami adalah rakyat Amerika. Anda tidak boleh melakukan ini kepada kami, " katanya yang berasal dari Pakistan dan merupakan rakyat AS selama 16 tahun.
Berikutan insiden ini, kumpulan memperjuangkan hak Muslim menyifatkan tindakan menghalang pasangan itu menaiki pesawat pada 26 Julai dari Paris ke  ke Lapangan Terbang Antarabangsa Cincinnati Northern Kentucky adalah sebagai 'pemprofilan agama'
Wakil Majlis Perhubungan Amerika-Islam Cincinnati, Sana Hassan mengesa kerajaan AS mengambil tindakan dan mengumumkan rancangan untuk menfailkan aduan terhadap Delta Airline kepada Jabatan Pengangkutan AS.
Sementara itu, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada The Washington Post, syarikat penerbangan itu berkata, pihaknya mengutuk diskriminasi berkaitan hal umur, bangsa, kewarganegaraan, agama, orientasi seksual atau jantina.
"Sebagai syarikat penerbangan global yang membawa beratus-ratus ribu penumpang setiap hari, Delta sangat komited untuk memberikan khidmat dengan rasa hormat kepada semua pelanggan kami.
"Delta akan menyiasat perkara ini dan akan memberi bayaran balik kepada pelanggan," petik kenyataan.
Memetik AP, pasangan itu mendapat bayaran pampasan untuk bilik hotel dan terbang semula pada hari berikutnya.

Raja Saudi peruntuk RM107 juta


Raja Saudi peruntuk RM107 juta

Pekerja asing di Saudi bertindak mengadakan protes selepas mendakwa majikan mereka tidak membayar gaji selama beberapa bulan. Gambar kecil: Raja Salman.
RIYADH - ARAB SAUDI. Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman, kelmarin memperuntukkan SAR100 juta (RM107 juta) dan mengeluarkan satu siri arahan dengan tujuan untuk menyelesaikan kesemua kes berkaitan gaji tidak dibayar di negara itu.
Langkah itu dibuat selepas ratusan pekerja asing berarak di jalan utama di Jeddah sebagai menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.
Sabq.org melaporkan arahan itu turut mewajibkan syarikat membayar gaji pekerja mereka melalui program perlindungan upah di Riyadh.
Di bawah sistem itu, kerajaan tidak akan membayar firma terlibat sehingga Kementerian Buruh mengesahkan gaji pekerja telah dibayar.
Selain itu, Raja Salman turut mengarahkan menteri buruh membuat penyelarasan dengan syarikat penerbangan Saudi untuk menghantar pulang pekerja asing yang berhasrat kembali ke negara asal, namun kos terbabit ditanggung oleh majikan mereka.
Jabatan Pasport juga diarahkan untuk memudahkan pengeluaran visa keluar dengan kerjasama Kementerian Luar dan agensi berkaitan jika pekerja terbabit berdepan kesukaran untuk meninggalkan Saudi.   
Sejak beberapa bulan lalu, syarikat pembinaan tempatan, Saudi Oger dan Saudi Binladin Group telah mendapat perhatian banyak pihak susulan protes dan ribuan aduan yang diterima daripada pekerja mereka yang mendakwa tidak dibayar gaji oleh majikan. - Arab News

Sunday, August 7, 2016

Najib: Saya tidak terlibat saman DOJ


Najib Tun Razak

Najib Tun Razak
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan saman difailkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) tidak melibatkan beliau, Kerajaan Malaysia atau 1Malaysia Development Berhad (1MDB) secara langsung.
“Saya ingin menyatakan bahawa apa yang dilakukan  oleh DOJ baru-baru  ini tidak membabitkan saya atau Kerajaan Malaysia atau 1MDB secara langsung.
“Saman berkenaan menamakan lima individu. Ia bukannya saman jenayah tetapi saman sivil,”  katanya dalam temu bual dengan stesen televisyen Indonesia, Metro TV di Jakarta, kelmarin.
Najib  mengadakan lawatan kerja tiga hari ke Jakarta dari 2 hingga 4 Ogos lalu sempena Rundingan Tahunan ke-11 antara Perdana Menteri dan Presiden Republik Indonesia serta Forum Ekonomi Islam Sedunia ke-12 (WIEF Ke-12).
Baru-baru ini, Peguam Negara Amerika, Loretta Lynch mengumumkan DOJ memfailkan saman sivil bagi merampas semula aset  berkaitan 1MDB dalam pengubahan wang haram yang bernilai lebih AS$1 bilion.
Dalam  dokumen saman difailkan itu terdapat lima nama disebut iaitu anak tiri Najib, Riza Shahriz Abdul Aziz; ahli perniagaan Jho Low; Tan Kim Loong dan pegawai kerajaan Abu Dhabi, Khadem al-Qubaisi serta Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny.
Saman itu turut menyebut nama Malaysian Offical 1 yang dirujuk sebagai pegawai atasan Malaysia namun tidak menamakan siapa individu tersebut.
Menurut Najib,  isu  1MDB merupakan  isu perniagaan tetapi telah dipolitikkan oleh musuh tertentu.

1MDB tak guna duit rakyat


1MDB

KUBANG PASU – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menggunakan duit rakyat bagi membiayai dan menguruskan hal-hal berkaitan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, semua perbelanjaan berkaitan syarikat kerajaan itu adalah menggunakan duit pinjaman daripada bank.

“Masa zaman Tun Dr Mahathir Mohamad, kita pakai duit rakyat buat kilang Perwaja, tapi gagal. Kemudian Proton labur banyak duit, guna duit rakyat dan duit pembayar cukai, habis.

“Tapi Najib kata tak mahu guna duit rakyat, keuntungan kita bagi kepada rakyat. Tapi kerja pembangkang adalah membangkang,” katanya pada ucapan perasmian Mesyuarat  Perwakilan Puteri Umno Bahagian Kubang Pasu, di Bustani Hotel, Jitra, di sini, semalam.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Johari Baharum yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Kubang Pasu serta beberapa pemimpin Umno Bahagian Temerloh, Pahang.

Mohd Sharkar berkata, perdana menteri juga pernah memberi penjelasan mengenai isu 1MDB dalam satu temu bual di Indonesia.

“Kita kalau nak tunggu cukup duit baru nak berniaga, sampai bila tak akan berniaga. Jadi kita kena pinjam dengan bank.

“Yang sedihnya kalau sekiranya perkara itu dibesarkan oleh pembangkang tidak apa, tapi ini orang-orang kita (Umno) sendiri. Pertama sekali Tun Mahathir apabila dia lihat Datuk Seri Mukhriz Mahathir kalah tanding Naib Presiden.

Beliau turut mendakwa bahawa bekas perdana menteri itu mempunyai agenda untuk menjadikan anaknya, Mukhriz sebagai perdana menteri.

“Memang kita putuskan dah kita tak mahu orang lain, kita nak bagi kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Tiba-tiba Mukhriz bertanding Naib Presiden. Sebab Tun Mahathir kata ini peluang untuk Mukhriz jadi perdana menteri,"katanya.

"Saya Hanya Mahu MB Letak Jawatan"


Diterbitkan: Ahad, 7 Ogos 2016 8:56 AM

KUALA TERENGGANU: Krisis politik di Terengganu menyaksikan pendirian terbaharu apabila Ahli Dewan Undangan Negeri A(dun) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said berkata beliau tidak berminat dengan pilihan raya negeri.

Sebaliknya menurut Ahmad, beliau hanya ingin melihat Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman meletakkan jawatan berkuat kuasa serta merta.

"Saya seorang yang tenang dan telah bersabar selama dua tahun. Tetapi apa yang berlaku sudah melampau. Ia mula memberi kesan kepada rakyat dan pemimpin yang tidak bersalah.

"Kerosakan itu telah dilakukan dan Ahmad Razif telah mengejutkan harimau yang sedang tidur. Sekarang beliau perlu pergi. Saya tidak mahu pilihan raya negeri tetapi apa yang saya mahu ialah beliau digantikan oleh orang lain," kata bekas menteri besar itu kepada The Star.

Ahmad berkata keadaan mungkin berbeza jika Menteri Besar itu mendapatkan nasihat beliau terutamanya mengenai pelantikan dan pemecatan orang Umno di Kijal dan Kemaman.

"Alasan pemecatan itu adalah kerana orang-orang yang mengetuai syarikat berkaitan kerajaan tertentu itu rapat dengan saya. Mengapa menjadikan mereka mangsa?" soal beliau.

Ahmad berkata perkara terbaik yang perlu dilakukan Ahmad Razif adalah meletakkan jawatan kerana jika diadakan pilihan raya negeri, Barisan Nasional dan Umno tidak akan dapat membentuk kerajaan.

Sementara itu tinjauan menunjukkan bahawa majoriti daripada orsng rsmsi menentang pilihan raya negeri.

Nor Sakinah Mohd Kadir, 22, berkata tidak ada keperluan untuk mengadakan pilihan raya mengejut, dengan mengatakan bahawa sudah ada terlalu banyak menteri besar dalam masa beberapa tahun.

"Ini telah menjejaskan atau mengganggu dasar atau projek-projek pembangunan," kata mahasiswa Diploma Kejuruteraan Kimia itu.

Seorang juruteknik komputer berusia 35 tahun yang berasal dari Dungun, Mohd Asmadi Khalid berkata ia bukan masa yang tepat untuk Umno dan Barisan Nasional berhadapan pilihan raya kerana mereka mungkin dikalahkan.

"Apa kita mahukan adalah supaya ahli-ahli politik menyelesaikan isu ini dan tidak mengheret rakyat ke dalamnya," katanya.

Wong Pot Chuan, 31, seorang juruteknik dari Paka, berkata pilihan raya negeri tidak akan menyelesaikan apa-apa isu.

"Lebih baik membiarkan Menteri Besar sedia ada menyelesaikan tugasnya dalam tempoh yang ada dan membiarkan rakyat membuat keputusan pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

Tiga minggu kenal, remaja pilih kahwini nenek


remaja kawini nenek

Hardwick, 17, dikatakan mengahwini Errell, 71, setelah tiga minggu berkenalan.
TENNESE - AMERIKA SYARIKAT. Akibat hebatnya penangan cinta, seorang remaja berusia 17 tahun sanggup mengahwini seorang wanita yang boleh dianggap sebagai neneknya.

Menurut laporan Daily Mail, Gary Hardwick, 17, dikatakan mengahwini Almeda Errell, 71, setelah tiga minggu berkenalan dengan wanita terbabit.

Errell ketika ditemui menceritakan detik pertemuan mereka berdua di upacara pengebumian anak lelakinya di Tennessee.

Selepas melangsungkan perkahwinan, pasangan itu tinggal di rumah salah seorang cucu lelakinya yang tiga tahun lebih tua daripada Hardwick.

Sementara itu, Hardwick, yang kini berusia 18 tahun, mengaku dia sebenarnya tertarik dengan wanita tua sejak kecil.

Ketika berkenalan dengan isterinya, Hardwick  dikatakan sedang berhubungan dengan seorang wanita lain yang berusia 77 tahun.

Ketika mereka bertemu, Errell mengaku dia sedang bersedih atas kematian anaknya dan Hardwick pula pada ketika itu mengalami kemurungan kerana kerap bertengkar dengan kekasihnya.

Friday, August 5, 2016

Beg RM45 isteri PM Singapura jadi tumpuan


4 OGOS 2016
Beg RM45 isteri PM Singapura jadi tumpuan


SINGAPURA - Beg bewarna biru dengan motif dinasour putih bernilai $14.80 (RM45) yang dibawa isteri Perdana Menteri Singapura, Ho Ching semasa menghadiri lawatan rasmi ke Amerika Syarikat menarik perhatian.

Isteri kepada Perdana Menteri Singapura, Lee Hsei Loong itu dilihat memakai beg berkenaan semasa menghadiri majlis ketibaan di White House yang disambut Presiden Barack Obama dan Michelle Obama.

Apa yang menarik beg berkenaan adalah hasil rekaan oleh pelajar autisme dari Pathlight School, Seetoh Sheng Jie yang juga dijual secara dalam talian di laman web The Art Faculty dengan harga S$14.80 (RM 45).

Menurut Timbalan Pengetua dan Ketua Program Pembangunan Artist di Pathlight School, Loy Sheau Mei berkata, mereka terkejut dan berbesar hati selepas isteri kepada PM itu memilih untuk membawa beg berkenaan semasa lawatan rasminya di Amerika Syarikat.

"Ia memberikan penghargaan besar kepada pengkarya di Artist Development Programme (ADP) dan The Art Faculty." katanya dipetik The Strait Time Singapore

The Art Faculty adalah sebahagian daripada Program Pembangunan Artist Pathlight yang telah dilancarkan pada tahun 2011 untuk menggalakkan pelajar autisme yang mempunyai kebolehan seni.

Ho Ching adalah penasihat kepada Pusat Sumber Autisme yang ditubuhkan Pathlight dan penaung Persatuan Autisme Singapura.

Ho Ching membeli beg berkenaan semasa program A Walk Very Special yang diadakan Sabtu lalu bagi mengumpul dana bagi perkhidmatan sokongan autisme.

Monday, August 1, 2016

Usia baru 4 tahun tapi rupa parasnya...


31 JULAI 2016

Usia baru 4 tahun tapi rupa parasnya...

 Usia baru 4 tahun tapi rupa parasnya...
.
MAGURA - BANGLADESH. Tidak pernah dibayangkan oleh pasangan Luvelu Hossain dan Tripti Khatun yang anak mereka Bayezid Hossain akan kelihatan seperti seorang datuk berusia 80 tahun.

Bayezid, yang dilahirkan pada 2012 lalu di hospital kerajaan di Magura, Bangladesh Selatan dikatakan menghadapi penyakit langka Progeria dan Cutis Laxa. Kini ketika baru berumur 4 tahun, dia sudah terlihat seperti orang tua.

"Saya merasa ketakutan melihatnya ketika dia dilahirkan. Dia seperti hanya memiliki daging serta tulang saja. Ia kelihatan seperti 'alien' dan itu membuat hati saya hancur," kata Tripti yang kini berumur 18 tahun.

"Doktor tak tahu apa yang harus mereka dilakukan. Mereka mengatakan mereka tak pernah melihat bayi sepertinya. Mereka memberitahu kami bahawa tidak ada yang dapat mereka lakukan," katanya lagi.

Umur mungkin tidak panjang

Malah apa yang lebih menyedihkan katanya, menurut doktor, buat masa ini tiada ubat yang boleh memulihkan keadaan Bayezid. Menurut doktor, usia Bayezid dijangka tidak akan melebihi 15 tahun

"Bayezid baru berjalan pada umur tiga tahun, tapi dia memiliki susunan gigi yang sempurna  pada umur tiga bulan. Perkembangan fizikalnya  sangat tidak normal, tapi secara mental dia mampu berbicara dengan baik," kata Tripti.

Dalam pada itu menurut Tripti, dia berharap anaknya sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti orang lain.

"Dia tidak kelihatan seperti anak-anak lain. Dia terlihat seperti orang tua. Sebagai anak sulung saya, saya tak boleh melihat anak saya dalam kondisi seperti ini," katanya- Mirror Uk.

10,000 pekerja India di Arab Saudi ‘tenat’


PEKERJA India yang bekerja untuk syarikat Binladin Group melihat nama mereka pada senarai gaji di Riyadh pada Mac lalu. - REUTERS


NEW DELHI – India akan menghantar seorang menteri kerajaan ke Arab Saudi untuk cuba membawa pulang lebih 10,000 pekerja­nya yang berdepan ‘krisis makanan’ selepas mereka tidak mampu membeli makanan ekoran diberhentikan kerja.
Harga minyak rendah memaksa Riyadh memotong perbelanjaannya sejak tahun lalu sekali gus memberi tekanan kewangan ke atas firma-firma pembinaan tempatan yang bergantung kepada kontrak kerajaan.
Sebahagian syarikat itu sukar membayar buruh asing dan bertindak membuang puluhan ribu pekerja. Ramai antara mereka tiada wang untuk membeli makanan, apatah lagi tiket penerbangan pulang.
Menteri Luar India, Sushma Swaraj berkata kelmarin bahawa lebih 10,000 rakyat India di Arab Saudi dan Kuwait berdepan krisis makanan kerana kegawatan ekonomi. Beliau merayu kira-kira tiga juta warga India yang tinggal di Arab Saudi supaya menghulurkan bantuan.
“Ramai rakyat India hilang pekerjaan di Arab Saudi dan Kuwait.
“Majikan tidak dapat membayar gaji mereka dan menutup kilang,” katanya di laman Twitter kelmarin.
New Delhi akan menghantar menteri mudanya, V.K. Singh ke Arab Saudi pada minggu ini.
Sementara itu, Konsulat Besar India di Jeddah menyatakan kelmarin bahawa pihaknya telah mengagihkan sebanyak 15,475 kilogram makanan kepada pekerja-pekerja India terbabit sejak tiga hari sebelumnya. – Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0801&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz4G4OqSdQI 
Hakcipta terpelihara 

Wednesday, July 20, 2016

Kisah kejayaan Erdogan suburkan Islam di Turki - Global - Sinar Harian

Kisah kejayaan Erdogan suburkan Islam di Turki - Global - Sinar Harian:



Kisah kejayaan Erdogan suburkan Islam di Turki



 "BUMI Turki, sebagaimana yang diketahui umum sudah sekian lama ditakluki oleh pegangan sekular sejak pengaruh Islam dan al-Quran dihapus secara sistematik dan perlahan-lahan oleh pengasas Turki moden, Mustafa Kemal Ataturk ekoran kejatuhan pemerintahan Khalifah Uthmaniah.



 Sejak pengenalan negara Turki moden beracuan barat diperkenalkan oleh Kemal Ataturk pelbagai pengenalan undang-undang baru ‎berbentuk sekular di perkenalkan antaranya pemakaian tudung diharamkan, azan diubah daripada bahasa Arab kepada bahasa Turki, sekolah-sekolah agama ditutup dan pelbagai lagi.



 ‎Namun memetik laporan ilmFeed, Turki yang menjadi negara sekular untuk beberapa dekad kembali berubah selepas Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) di bawah pimpinan Recep Tayyip Erdogan, mengambil alih tampuk pemerintahan Turki.

Selepas dilantik menjadi Presiden, Erdogan mula mengembalikan kejayaan Islam di Turki sepertimana ketika zaman kegemilangan pemerintahan Khalifah Uthmaniah sebelum ini.



 Menurut (The Atlantic), penguasaan Erdogan telah berjaya membumikan Islam di Turki, antaranya ketika zaman beliau sekitar 17 ribu masjid baharu telah dibangunkan  di antara tahun 2002 sehingga tahun 2013‎, sementara beberapa masjid peninggalan zaman Uthamaniah diperbaiki.
 ‎



Dalam pada itu, pemerintahan Erdogan juga telah menarik balik pengharaman pemakaian tudung terhadap pekerja sektor awam, serta menghapuskan larangan pemakaian tudung di sekolah-sekolah. 




Pada bulan November 2015, seorang hakim perempuan menggunakan hijab untuk pertama kalinya sepanjang sejarah (Al-Arabiya).

Dalam pada itu, pemerintahan Erdogan juga telah menubuhkan sekolah-sekolah agama bagi memberi pendidikan agama dan melatih calon-calon imam-imam di Turki.



 Maka, tidak peliklah ketika rampasan kuasa yang dilakukan oleh segelintir tentera terhadap kerajaan Erdogan baru-baru ini dipatahkan oleh rakyatnya sendiri.

Mungkin, semaian Islam yang dilakukan oleh Erdogan kepada rakyatnya, berjaya membuktikan bahawa panduan Islamlah yang menyelamatkan mereka!"



'via Blog this'

Wednesday, June 22, 2016

Abu Sayyaf Bengang, Dari RM12Juta Hanya RM8.8Juta Diterima Mereka - Suara Kami









Abu Sayyaf Bengang, Dari RM12Juta Hanya RM8.8Juta Diterima Mereka - Suara Kami: "Abu Sayyaf Bengang, Dari RM12Juta Hanya RM8.8Juta Diterima Mereka
suarakami 7 hrs ago News


Militan Abu Sayyaf dilaporkan marah apabila wang yang dikumpul daripada keluarga dan rakan-rakan daripada empat tebusan Malaysia yang diculik pada April tahun ini tidak sampai kepada mereka.

Mereka dikatakan kecewa selepas mendapati daripada wang tebusan sebanyak P130 juta (RM12 juta) yang dikumpul, hanya P100 juta sampai ke tangan mereka.

Menurut laporan The Manila Times, jumlah wang yang hilang menimbulkan syak bahawa pihak pemberontak mungkin bersekongkol dengan pihak berkuasa dari Malaysia dan Filipina yang telah berkongsi wang selebihnya itu di antara mereka.

Laporan itu turut memetik ‘dua pegawai kerajaan Filipina kanan yang ditugaskan’, diikuti laporan bahawa pembayaran wang tebusan itu telah disahkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Ahmad Zahid Hamidi.

Sebelum ini, The New Straits Times melaporkan Zahid sebagai berkata, RM12 juta yang diperoleh oleh keluarga mangsa itu telah diserahkan kepada bahagian Cawangan Khas dan disalurkan kepada beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang sah (NGO) di Filipina.

Beliau juga menafikan wang itu dibayar sebagai wang tebusan dan pihak polis Malaysia juga menyatakan Malaysia tidak terlibat dalam apa-apa pembayaran wang tebusan.

Sejurus selepas urusan pembayaran dilakukan, Wong Teck Kang, 31, dan Teck Chii, 29; sepupu mereka Johnny, 21; dan rakan sekerja Wong Hung Sing, 34 telah dibebaskan.

Keempat-empat mereka diculik di perairan Sabah pada 1 April oleh sekumpulan lelaki bersenjata menggunakan sebuah bot laju.

Mereka dibebaskan di Jolo, Sulu, pada 7 Jun selepas rundingan tempoh panjang oleh kumpulan militan Abu Sayyaf yang diketuai oleh sub-komander Apo Mike.

“Kami mendapat maklumat kumpulan Abu Sayyaf tidak berpuas hati (marah) setelah mendapat tahu dari laporan berita bahawa wang itu sebenarnya RM12 juta, bersamaan dengan P130 juta tetapi yang diterima hanya P100 juta,” kata seorang pegawai kanan yang enggan namanya didedahkan kepada The Manila Times.

“Persoalannya sekarang, di mana wang itu hilang hilang?” tanya sumber.

Laporan itu juga mendedahkan khabar angin bahawa wang yang telah melalui Cawangan Khas Polis Malaysia dan pegawai-pegawai tempatan di Sulu sebelum sampai ke kumpulan Abu Sayyaf.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu sidang media baru-baru ini menafikannya.

“Siapa kata wang bersama polis? Keluarga yang buat dakwaan itu, dan saya nafikan. Terdapat ramai individu, ejen yang berurusan dengan mereka.

“Jangan guna nama Cawangan Khas (SB) atau polis. Saya tegaskan polis tidak bayar bayar tebusan atau bekerjasama dengan urusan pembayaran kepada penculik,” kata beliau.

Petik laporan itu lagi, daripada maklumat yang dikumpul, seorang pegawai kerajaan tempatan Sulu terlibat dalam rundingan.

Umumnya kerajaan Malaysia membayar P30 juta sebagai wang tebusan bagi beberapa kes culik pada masa lampau.

Namun, jumlah P130 juta adalah yang paling tinggi setakat ini.

Sumber The Manila Times juga percaya dengan dakwaan Jolo Mayor Hussin Amin bahawa beberapa pegawai tempatan, kemungkinan termasuk tentera telah bersubahat dengan kumpulan Abu Sayyaf dalam insiden pancung warga Kanada, Robert Hall.

Abu Sayyaf masih menyimpan beberapa tebusan asing dan tempatan, termasuk teman wanita Hall Maritess Flor dan warga Norway, Kjartan Sekkingstad laporFMT"



'via Blog this'

Baki Wang Tebusan RM3.2 Juta Di Kongsi Pegawai Malaysia..Perbuatan Memalukan Negara - Suara Kami







Baki Wang Tebusan RM3.2 Juta Di Kongsi Pegawai Malaysia..Perbuatan Memalukan Negara - Suara Kami: "Baki Wang Tebusan RM3.2 Juta Di Kongsi Pegawai Malaysia..Perbuatan Memalukan Negara
suarakami 19 hrs ago News


Filipina menuduh pegawai-pegawai Malaysia telah berkongsi baki wang tebusan berjumlah RM3.2 juta. Jika ini benar maka perbuatan ini amat memalukan negara dan siasatan yang telus perlu dilakukan. Tuduhan Filipina ini ada asasnya, tidak mungkin wang RM3.2 juta hilang di makan HANTU POLONG.

Zahid Hamidi menteri bertanggungjawab perlu menyiasat perkara ini dan membawa pegawai-pegawai yang memalukan negara ini di bawa ke muka pengadilan.

Laporan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seharusnya tampil menyiasat laporan dari Manila bahawa sebahagian daripada dana yang dikutip oleh ahli keluarga yang menjadi tebusan Abu Sayyaf tidak disampaikan kepada kumpulan militan itu.
Ini susulan akhbar Manila Times yang memetik sumber tidak dinamakan sebagai berkata bahawa hanya RM8.8 juta sampai ke Abu Sayyaf, walaupun keluarga berkenaan mengutip RM12 juta untuk membebaskan empat rakyat Sarawak itu.
Kerajaan Malaysia, bagaimanapun berkata, wang RM12 juta itu disalurkan kepada badan Islam tertentu yang sah di Filipina dan bukannya sebagai wang tebusan.
"Adakah dakwaan ini (Manila Times) benar? DAP mahu siasatan menyeluruh berhubung ke mana baki RM3.2 juta itu berada.
"Setiap rakyat Malaysia, terutamanya keluarga tebusan, ingin tahu jawapannya," kata Setiausaha DAP Sabah Phoong Jin Zhe dalam satu kenyataan.
"Jika dakwaan ini adalah benar, tindakan perlu diambil ke atas pegawai yang didakwa mengambil wang itu. Tindakan ini mesti dikutuk sekeras-kerasnya," katanya.
Menurut Manila Times, sumber mendakwa wang RM3.2 juta itu dikongsi bersama oleh anggota dan pegawai Malaysia dan Filipina yang terlibat dalam kes tersebut.
Minggu lalu, keluarga tebusan berkata mereka berjaya mengumpulkan RM12 juta melalui jualan aset dan sumbangan orang ramai bagi membebaskan empat kelasi yang dikurung selama 67 hari itu.
Mereka mendakwa wang diserahkan kepada pegawai Cawangan Khas bagi tujuan membebaskan tebusan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bagaimanapun menafikannya, manakala Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, tidak ada wang tebusan yang dibayar.
Khalid juga berkata tidak akan ada inkuiri bagi menyiasat wang RM12 juta itu kerana pihaknya menyedari ke mana ia disalurkan.
Jumaat lalu, beliau berkata wang tebusan itu dipercayai diserahkan oleh keluarga mangsa sendiri kepada pihak ketiga dan keluarga mangsa banyak berurusan dengan ejen-ejen atau pihak ketiga dari Filipina yang dikatakan boleh membebaskan mangsa.
Keempat-empat mangsa culik itu ialah adik-beradik Wong Teck Kang, 31, dan Wong Teck Chii, 29, sepupu mereka Johnny Lau Jung Hien, 31, dan anak kapal bot tunda, Wong Hung Sing, 32."



'via Blog this'