Setelah Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim membuat pendedahan panas di Dewan Rakyat Rabu lalu mengenai Pelan 16 September Datuk Seri Anwar Ibrahim, pagi ini tiba giliran Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu ,Zulkifli Nordin pula.
Belumpun bekas ahli PKR itu dapat mulakan ucapan bahas usul junjung kasih titah yang Dipertuan Agong sudah timbul kekecohan apabila ada di kalangan Ahli Parlimen Pembangkang membantah.
Mereka bising kerana anggap sudah cukup dua orang Ahli Parlimen Bebas berucap sebelum ini yakni Zahrain dan Datuk Ibrahim Ali, Pasir Mas.
Apabila Speaker membenarkan maka ada di kalangan Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar dewan. Bagaimanapun, Anwar tiada di Dewan ketika Zulkifli mendedahkan 'letupan' yang dijanjikan berlaku di Parlimen sebelum ini.
Zulkifli terus memanaskan suasana dewan apabila mendedahkan beliau pernah diminta membuat akuan bersumpah kaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya.
Dakwanya beliau menerima tawaran yang boleh goyahkan iman untuk tujuan itu.

Menurut Zulkfili, semua fitnah ini gara-gara akuan bersumpah penyiasat persendirian K. Balasubramanian yang ambil kesempatan dengan syaitan bertopengkan manusia.
"Saya adalah antara peguam yang kendali kes Altantuya. Apa ditohmah Bala tidak pernah dibangkit di makhamah. Kenyataan Bala pada polis juga tidak bangkitkan soal ini," katanya sambil menyelar segelintir pemimpin Islam yang boleh terima pengakuan Bala hanya kerana syak wasangka dan akuan yang dicop pesuruhjaya sumpah.
"Tak kan orang seperti Bala boleh diterima fitnahnya tanpa usul periksa," katanya.
Zulkifli kemudian mendedahkan, beliau pernah diminta untuk babitkan Najib dan Rosmah dalam kes pembunuhan Altantuya.
"Saya diminta dapatkan pengakuan bersumpah dan diminta buat surat akuan bersumpah kaitkan PM dan isteri dengan ganjaran yang boleh goyahkan iman," katanya.
Lagi panas apabila beliau jelaskan sebab tarik diri dari kes itu kerana tidak mahu terus terbabit dalam mainan fitnah.
Katanya, beliau akan berjumpa dengan pihak terbabit untuk memohon maaf.
Beliau bersyukur Allah melindunginya dari terbabit dalam fitnah ini.
"Sebab itu saya menarik diri dari kes itu kerana adanya ganggguan dari pihak ketiga yang menyebabkan mustahil saya bertindak secara profesional sebagai peguam membela kes tersebut." katanya.
Beliau berkata lagi tidak mungkin orang yang dituduh (dua anggota polis) dalam kes Altantuya mahu ke tali gantung jika Perdana Menteri dan isteri terlibat.
"Saya cukup yakin pasti mereka akan dedahkan kalau ia benar," katanya.

Katanya, rakyat patut ambil sikap bersangka baik apabila Najib bersumpah menafikan pembabitan beliau dengan kematian model berasal dari Monggolia itu.
Zulkifli juga mendedahkan beliau juga diminta babitkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz dalam kes pergaduhan yang menyebabkan kematian di sebuah restoran di Hartamas Kuala Lumpur.
Katanya, kebetulan anak Nazri bernama Nadim berada di restoran berkenaan dan difitnah terbabit apabila disoal siasat polis.
"Akhirnya lima warga Thai telah disabit dan mengaku bersalah dalam kes itu. Saya diminta mengaitkan Nadim dengan fitnah," dedahnya.
Zulkifli berkata, beliau berharap tidak terpaksa mendedahkan semua perkara mungkar (bersama pakatan rakyat).
"Begitulah kotornya politik negara. Terlalu banyak yang tak betul diarah saya lakukan. Ada yang saya dah laksanakan dan ada yang tidak. Di Dewan ini saya ambil kesempatan memohon maaf dan akan jumpa secara peribadi mereka terbabit untuk perbetulkan keadaan," katanya.
Sebelum itu, beliau turut menyatakan kecewa kerana Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menjadi mangsa fitnah bahkan ada pemimpin PAS terbabit berbuat pada pemimpin itu yang sudah bawa PAS ke puncaknya.
Beliau juga mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa di Mahkamah Syariah bukannya di Mahkamah Jenayah yang menggunakan undang-undang sekular menuduh orang Islam.
"Saya desak pertuduhan liwat terhadap Anwar ditarik balik dari mahkamah sekular ke mahkamah Syariah supaya beliau dapat hak termasuk guna pembelaan Qazaf," ujarnya.
Bagaimanapun, beliau mahu perbicaraan antara Anwar dan Mohd Saiful Bukhari Azlan diteruskan supaya keadilan dan kebenaran dapat dicari.-24/3/2010
No comments:
Post a Comment