Thursday, March 25, 2010

Yahudi Dan Freemanson


 

Yahudi dan Freemanson
di sebalik tirai revolusi peradaban dan peperangan[1]

oleh
Muhammad Nuruddin Bashah
BA (hons) Engineering UM

Apabila bercakap dan berbincang isu Freemason dan pengaruh lebar mereka dalam persejarahan dan revolusi manusia sepanjang zaman, ramai sebenarnya yang telah menyedarinya. Mungkin masih ada segelintir yang belum sedar apa itu Freemason serta kepentingan mengetahui kesan tangan-tangan mereka dalam merancakkan revolusi dan perubahan politik dalam landskap setempat sesebuah negara.

Penulisan ini lebih menekankan kepada tujuan ‘memaknai’ semula fakta-fakta yang sebenarnya mudah untuk diketahui umum. Ramai juga yang telah mengetahui kronologi bagaimana Yahudi menjadi arkitek sosial dalam negara-negara besar Eropah serta di Timur Tengah. Namun begitu kesedaran terhadap kewujudan badan sosial yang mengaku untuk membangunkan negara dan tamadun ini serta kesedaran terhadap kerosakan yang dibawa oleh gerakan ini amat minima dalam kalangan umat Islam.

Penulisan ini mungkin tidak dapat menerokai aspek terperinci bagaimana perencanaan Yahudi dalam setiap penjuru Revolusi yang mereka caturkan. Ia lebih kepada meneliti implikasi selepas berakhirnya setiap revolusi yang mereka taja. Implikasi utama yang dicetuskan adalah implikasi sekularism, humanism, materialism yang telah mencorak satu generasi uni-budaya. Kejayaan mereka lagi adalah berjaya mengawal pergerakan orbit dunia ke arah kejayaan agenda politik Yahudi sedunia.

1. Freemason penaja pemikiran ‘bebas’ dan pembebasan.

Konsep "liberty(kemerdekaa n), fraternity(persauda raan) dan equality(kesamarata an)"[2] adalah matlamat yang digagaskan oleh gerakan sulit ini. Akibat tertipu, sesetengah masyarakat yang disogokkan dengan bahan bacaan dan sumber dapatan ilmu dari Barat akan mengatakan ia suatu gerakan yang membela masyarakat, menghapuskan kasta dan strata sosial yang bejat (feudalism sebagai contoh), suatu gerakan yang memberi hak kemajuan kepada setiap bangsa dan peradaban. Hakikatnya ia hanya menggunakan nilai sepunya (common value) atau kesedaran homofili untuk menarik perhatian ramai agar menyertai kempen-kempen liberal mereka.

Untuk menyatukan semua agama dan memiliki keahlian yang terbuka, maka Freemason menjaja agenda kesamarataan, persaudaraan dan sebagainya. Mereka menjadikan persaudaraan sebagai tuhan sehingga menafikan kewujudan tuhan-tuhan setiap agama. Bagi memperdayakan umat Islam, mereka menjaja nama tuhan yang satu yang akan menjadi penyatu semua manusia. Akibatnya teologi yang salah ini akan menghumban umat Islam kepada agenda pluralism yang berbahaya iaitu menyatukan semua agama kepada satu agama!

Apa yang dapat disimpulkan terhadap agenda ini adalah, Freemason merupakan NGO, satelit atau pertubuhan luar bagi Yahudi. Yahudi sememangnya adalah agama untuk bangsa Yahudi sahaja. Manakala Freemason memberi peluang kepada mereka yang bukan Yahudi untuk menjadi pendokong agenda-agenda sulit mereka.

Matlamat mereka adalah Kuil Sulaiman dan bukannya persamaan ras[3]. Tujuan akhir dari gerakan Freemason ini adalah membangun kembali cita-cita khayalan mereka, iaitu mendirikan Haikal Sulaiman atau Solomon Temple.

Terlalu banyak teori tentang permulaan gerakan Freemason ini. Jika ia diambil dari bermulanya ketumbukan tentera miskin Knight Of Templer[4], maka kita akan melihat agenda humanism, rakus dan gila harta dunia menjadi titik kegilaan pada tentera- tentera salib. Walaupun menyahut seruan Pope Urban II, mereka juga diresapi semangat caruman Yahudi rahsia iaitu materialism yang mula berputik. Inilah semangat awal humanism dan materialism sehingga bermulanya kebangkitan kesenian ‘raneissance’ di Eropah. Kata kata terkenal Donald Queller dari Universitas Illinois , “Knight(kesatria) Perancis menginginkan lebih banyak tanah. Pedagang-pedagang Itali berharap untuk mengembangkan perdagangan di pelabuhan-pelabuhan Timur Tengah.... Sejumlah besar orang miskin bergabung dengan ekspedisi sekadar untuk melarikan diri dari kerasnya kehidupan sehari-hari mereka (golongan surf yang ingin melepaskan diri dari tuan tanah mereka)[5].

Knight Of Templer yang diasaskan oleh Hugh de Payens dan Godfrey de St. Omer dari Perancis ini pada awalnya adalah tentera golongan miskin. Pada saat akhir, mereka menjadi sangat kaya kerana mengasaskan sistem bunga (riba) dan kredit sepertimana bank-bank pada hari ini. Dipercayai inilah punca asalnya sistem kapitalism[6].

Semasa memunggah tapak-tapak kuil di Jureselam, mereka sebenarnya menjumpai sesuatu iaitu ‘Kabbalah’. Kabbalah adalah tradisi sihir, penyembahan berhala dan teknik ritual syaitan yang diwarisi oleh Bani Israel sebelum adanya Nabi Musa (akibat adaptasi ilmu sihir kuno Mesir, lihat surah Al A’raf 104-112). Templer atau Freemason ini telah mengamalkan kembali ritual itu dan bermulalah tradisi perspektif sebagai seorang Yahudi berada dalam dada-dada penganut Freemason di Eropah. Perkara penting yang ingin dinyatakan di sini adalah, mereka telah menyadur fahaman materialism dari fahaman Mesir kuno melalui saluran praktikal Kabbalah tersebut. Sebelum kehadiran Templer di Palestin, mereka telah berfahaman materialism, kini mereka bertambah yakin dengan materialism tanpa tuhan selepas terjumpanya bahan-bahan penting dari tinggalan kuno itu. Orang Mesir percaya bahawa ‘benda’ selalu ada; mereka menganggap tidak logik pendapat tentang suatu tuhan yang membuat sesuatu dari ketiadaan mutlak. Mereka berpandangan bahawa permulaan dunia adalah ketika keteraturan muncul dari kekacauan, dan semenjak itu terjadi pertarungan antara kekuatan pengaturan dan kekacauan… keadaan kacau ini dinamai Nun[7].

2. Agenda liberalisasi agama dalam setiap tamadun melalui agenda persamaan ras.

Mereka mengadakan ritual tertentu untuk menjadi petanda keahlian. Penulisan ini bukannya ingin membongkar ritual mereka melainkan ingin menggariskan tanda penting betapa Freemason adalah gerakan yang membawa agenda politik Yahudi yang akan menjulang agama Yahudi, manakala agama lain pula akan musnah kerana terlarut dalam agenda kesatuan agama mereka atas nama persaudaraan, persamaan dan kebebasan.
Kata mereka;
“Freemason bukannya agama, walaupun Freemason ada memiliki unsur dan aspek agama. Mereka yang mendakwa bahawa ia adalah agama atau tidak memahami perjuangan kami adalah keliru tentag apa itu agama. Atau mereka ini hanya mendakwa tanpa ada fakta yang kukuh. Freemason tidak memerlukan seseorang yang ikhlas percayakan tuhan, juga bagaimana cara mereka melaksanakan keagamaan atau apa kepercayaan spiritual mereka. Ia tidak mengambil apa jenis agama atau unsur agama lain. Jika ada pun ia adalah pendidikan moral daripada agama-agama yang membentuk nilai-nilai baik bagi masyarakat-masyarak at[8]”.

Mereka hanya memperalatkan sifat dan keinginan bangsa-bangsa yang tertindas untuk bebas dan memiliki kasta yang setara dengan bangsa-bangsa maju yang lain. Akibatnya mereka berjaya memiliki ‘pasaran’ dalam kalangan bangsa inferior yang pro dan ujub kepada ketamadunan Barat. Benar-benar Yahudi melalui pentas Freemason berjaya mengait kader-kader dari masyarakat yang tertindas, yang mengalami keracauan sosial, keterhimpitan ekonomi dan kegersangan tradisi ilmu yang dirombak akibat perubahan struktur politik sama ada akibat salah pemerintah tempatan mahupun akibat penjajahan Barat.

Lantaran itu, Islam adalah agama yang mengisi kelompangan dan kekosongan kehidupan manusia. Islam melarang ekstrim dalam beramal. Islam melarang pemberatan sebelah pihak dalam membuat perhitungan. Sebagai contoh Freemason banyak mengambil ruang femenism akibat umat Islam yang mengabaikan pengupayaan wanita sebagai suatu sub-sosial yang kuat.

Kejatuhan teologi Kristian akibat dibantai sekularism tajaan Yahudi telah terbukti di mana kelompangan perhatian gereja terhadap pandangan masyarakat menyebabkan Freemason mengambil peluang. Amerika yang merdeka pada 1776 menjadi satelit Yahudi terkuat dan menggalakkan ajaran sesat Kristian iaitu Protestan sebagai agama rasmi. Jika bukan kerana kuasa ekonomi Amerika, jika bukan kerana negara Eropah telah dibajai agenda sekular, sudah tentu akan ada satu kebangkitan Kristian Eropah untuk menghapuskan negara satelit Yahudi ini.

3. Pengaruh Freemason dalam agenda sekularisasi era Renaissance

Sekular jika dibahas dari segi tematik umum, pasti kita akan berminat untuk mengetahui refleksi masyarakat Eropah hanya terhadap ‘Christendom’ iaitu kekuasaan istana monarki serta cengkaman gereja Ortodoks dan Khatolik semata-mata. Mungkin kita tidak sedar akan kehadiran suatu tangan besar yang membina suatu rangkaian refleks atas tiket intelektual untuk memuntahkan idea sekular yang paling awal melalui tajaan-tajaan terhadap tokoh intelektual Eropah. Yahudi melalui rangkaian Freemason telah lama membina kelompok-kelompok sebegini. Institusi Freemason dikatakan kukuh di Eropah pada 1390 M walaupun kewujudannya mungkin lebih awal. Malah akar kewujudannya adalah semasa pemerintahan sebelum Ramses II di Mesir lagi apabila kelompok Yahudi mengekstrak fahaman humanism dan sekular tinggalan paderi Mesir kuno. Mereka sinonim dengan simbol pekerja iaitu Tukang Batu apabila mereka mencari-cari agenda untuk berselimut agar tidak lagi diburu oleh golongan paderi Khatolik Perancis. Istilah Freemason yang bermaksud bebas (freedom) dan mason (bangunan/pembangun an) juga berasal dari istilah stonemason.

Yahudi yang membina satu pentas kemanusiaan bernama Freemason mula mencipta ajaran sesat yang menyatukan semua agama atas dasar liberal dan sekular. Abad ke-14 sememangnya adalah zaman revolusi intelektual di Eropah (Renaissance) selepas sahaja kejatuhan Andalus 1492 atau lebih awal daripada itu. Mereka mula menaja idea rasionalis dan idea logikal serta menterjemah semua idea Yunani[9] dalam bentuk yang lebih kompak dan kontemporari pada zaman itu[10].

Lihat bagaimana mereka menaja tokoh kapitalis-sekular pada saat keemasan Renaissance;
The philosopher and member of the Royal Society, John Locke, in his 1690s Letters Concerning Toleration, laid the foundations of law which now protect freedom of thought. Locke argued for the separation of religious authority from civil authority, so that a person's religious persuasion could not be held against them in court. This is now considered a fundamental human right. Much of Locke's philosophy influenced and was influenced by Freemasonry and the Royal Society. The French Freemason and philosopher, Voltaire, espoused Locke's work and Masonic ideas in Europe in the early 1700s. Later, Jean-Jacques Rousseau, would clearly define the aims of the movement[11].

Royal Society merupakan satu tapak rasmi kepada fakulti pemikir-pemikir sekular yang menjulang idea kapitalism, hak asasi universalism, sosial dan politik sekular. Locke, Voltaire dan Rousseau adalah antara tokoh pembebasan rakyat yang berdepan dengan istana dan gereja Khatolik melalui bantuan Freemason yang mereka dokongi.

Zaman keemasan Rainessance ini lebih dikenali sebagai zaman pencerahan Eropah (the age of enlightenment) di mana ia telah merombak struktur sosial di Eropah kepada beberapa perubahan besar. Dalam hal agama mereka menyoal Khatolik agar bertoleransi dengan idea baru. Dalam hal intelektual pula mereka membina sikap inkuiri serta melawan segala idea sains ala gereja. Revolusi Perancis yang ditaja oleh Freemason juga membawa agenda the age of reason. Pemisahan pendidikan daripada agama mula berlaku serta merebak ke dalam sistem parlimen yang sekular[12].

Memang benar Freemason membawa agenda yang kelihatan positif iaitu membawa keadilan kepada rakyat. Tetapi perlu kita sedar ia bukan agenda setempat atau pun berjangka pendek, skala pembebasan sosial ala Freemason ini telah membina satu kelompok modernis yang anti tuhan dan segala sistem akhlak. Ia akhirnya menjadi punca kelemahan umat Islam apabila agenda ini telah matang dan mula dieksport ke seluruh tanah jajahan Barat.

Jika dilihat lebih awal gerakan Protestant yang dimulakan oleh Martin Luther 1483-1546 adalah asas kepada ajaran ‘sesat’ bagi pengikut setia Khatolik. Mereka mencipta ajaran Protestan yang kemudiannya menjadi musuh utama kepada Khatolik[13].

Bagi mereka, mereka adalah ‘Mother of Tolerance’ yang memberi kebebasan penganut untuk memilih mana-mana agama dalam satu masa serta menghalang aktiviti dakwah sebarang agama kerana ia tidak rasional dan mengganggu hak asasi. Kerana itulah Kristian juga memusuhi Freemanson.

Mengapa agenda Protestan berjaya menambat hati rakyat Jerman dan Perancis? Jawapannya adalah kepincangan politik dan sistem keagamaan Kristian. Kita akan melihat nanti bagaimana kepincangan politik dan agama di Turki telah membawa kejayaan gerakan Freemason di Turki.

4. Bagaimana mereka menjadi arkitek sekular di Perancis?

Gerakan Illumanity iaitu cabang besar gerakan Freemason diasaskan oleh Adam Weishaupt. Weishaupt telah merancang suatu konflik besar di Perancis agar terjadinya Revolusi Perancis pada 1789. Rancangan itu dibukukan dengan nama ‘Einige Original Scripten’. Buku ini pernah dirampas oleh Polis Raja Perancis dan kemudiannya terlepas kepada tangan-tangan pencatur Revolusi Perancis.

Dalam Protocols of the Meetings Of The Elders Of Zion, golongan Yahudi menyatakan,
“Ingatlah Revolusi Perancis yang kita gelarkan sebagai “Besar”. Rahsia penyiapannya adalah diketahui oleh kita kerana kitalah yang merancang dan menyelenggarakan revolusi itu” (perkara 3:14)
Dalam artikel lain mereka berkata,
Orang-orang Goyim (haiwan) tidak dipandu oleh penggunaan secara praktik pengkajian peristiwa-peristiwa sejarah, tetapi oleh teori-teori tanpa memperhitungkan akibatnya. Jadi kita biarkan mereka bersuka-suka hingga tiba masanya untuk kita bertindak. Biarkan mereka dengan teori-teori (sains) itu. Kerana itulah yang sentiasa mempengaruhi mereka supaya mempercayai sepenuhnya teori-teori itu. Para intelek goyim akan berbangga dengan pengetahuan mereka tanpa menentukan sama ada betul atau tidak pengetahuan mereka itu. Dan mereka akan menggunakan pengetahuan yang mereka perolehi daripada sains yang telah digunakan oleh wakil-wakil khas kita menyusun untuk membawa mereka ke arah yang kita mahu. Jangan menyangka bahawa kenyataan-kenyataan ini kosong dan tidak bermakna. Renungkanlah kejayaan yang kita usahakan untuk darwinisme, Marxisme dan Nietzcheisme. Bagi kita orang-orang Yahudi nyatalah bahawa perintah-perintah ini akan melemahkan serta meleburkan fikiran orang-orang Goyim. ( Perkara 2:3)[14]

Dalam sejarah Revolusi Perancis , ia menjadi titik tolak kebangkitan awal Eropah dari segi ketenteraan yang mara, pendidikan yang tersusun, politik yang matang serta teknologi yang berkembang pesat. Sebenarnya tokoh-tokoh Enlightment seperti Montesquieu dan Voltaire adalah pemimpin Freemanson berbangsa Perancis. Berslogankan semangat kelas Borjois (pertengahan) menentang feudalisme bangsawan, revolusi ini akhirnya diisi dengan pemerintahan berteraskan autokrasi-monarki Napoleon. Peperangan antara kelas bawahan pula berlaku dengan kelas Borjois (golongan revolusi) apabila golongan Borjois ini pula bertukar menjadi zalim seperti raja sebelumnya. Inilah hasrat Freemason, mencatur Revolusi sekular yang akhirnya turut sama menggigit rakyat bawahan.

Revolusi pada tahun 1789, golongan Freemason, yang menggerakkan revolusi tersebut, maju dengan slogan-slogan yang meneriakkan cita-cita moral seperti “kemerdekaan, kesetaraan, dan persaudaraan”. Namun, ratusan ribu orang yang tak bersalah dihantar ke guillotine, dan Perancis berkubang darah. Bahkan para pemimpin revolusi sendiri tidak dapat melarikan diri dari kekejaman ini, dan dikirim ke guillotine, satu per satu.

Napoleon Bonaparte (1769-1821) seorang anggota Freemason telah menyertai Army Philadelphe Lodge pada 1798. Saudara lelakinya iaitu Joseph, Lucian, Louis dan Jerome juga adalah Freemason. Lima daripada enam ahli Napoleon’s Grand Councel bagi Empayar Perancis juga adalah Freemasons. Enam daripada sembilan Pegawai Emperial adalah Freemason. Begitu juga 22 daripada 30 orang Marshal Perancis[15].

Apakah kebejatan Revolusi ini? Napoleon yang menjual idea pembebasan dari golongan pertengahan kepada golongan feudal akhirnya menjadi diktator selama 10 tahun tanpa boleh dicabar. Beliau meminda perlembagaan dan menjadi Maharaja Perancis berstatus tirani yang zalim. Rakyat menjadi hilang moral dan inflasi berlaku dengan teruk sekali akibat peperangan demi peperangan. Sebarang aktiviti keagamaan dan berunsur nilai agama akan dihapuskan dan dimusnahkan[16].

Tahukah anda, betapa revolusi Perancis adalah lambang kebanggaan golongan sekular seluruh dunia kerana ia menjadi asas bermulanya gelombang kebangkitan mahkamah sekular, perniagaan kapitalism yang bebas daripada kawalan kerajaan, kebangkitan perlembagaan sekular pertama dan juga era kebangkitan puak pelampau femenism?[17]. Secara umum memang kebangkitan ini dinilai sebagai membela rakyat. Namun begitu pada hakikatnya generasi yang dibina oleh Revolusi ini akan bertuhankan akal dan humanism. Tambahan pula di dalam agenda Freemason dan Yahudi, fahamannya hanya membawa kepada pembentukan penindasan dan penderaan terhadap rakyat yang lebih melampau.


________________________________________
[1] Kertas ini dibentang dalam Bengkel mengenali Kebejatan Freemason di sebalik Tirai Revolusi Peradaban anjuran Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ) di USM pada 28 Februari 2009.
[2] Robert Burns dan Freemasonry oleh ahli World Burns Club - Todd J. Wilkinson melalui web: http://www.worldbur nsclub.com/ expert/burns_ freemason. htm
[3] Kebangkitan Freemason & Zionis di Indonesia, karya Herry Nurdi, terbitan Cakrawala Publishing, 2006.
[4] Pada asalnya mereka menganut Kristian. Pada saat kegemilangan( kekayaan) mereka, mereka menganut fahaman pelik dan mula merahsiakan organisasi. Pada tahun 1307, Raja Perancis Philip le Bel telah menghukum dan menangkap mereka. Mereka mengaku tidak lagi beriman dengan Jesus. Jadi pada 1314 mereka dibunuh oleh Gereja dan Raja Perancis. Mereka melarikan diri ke Scotland iaitu Negara Eropah yang tidak mengakui Khatolik. Di sini mereka membina lodge tukang batu/pembinaan, menyusup ke dalam kumpulan sekerja, dan mengelar diri sebagai Mason iaitu berkaitan pembangunan. Istilah ‘stone mason’ juga terkenal. Mereka mula menggelar pemimpin mereka menurut gelaran dalam Knight Of Templer sempena mengambil sejarah asal mereka.
[5] Harun Yahya, Ancaman Global Freemason memetik dari World Book Encyclopedia, "Crusades," Contributor: Donald E. Queller, Ph.D., Prof. of History, Univ. of Illinois, Urbana-Champaign, World Book Inc., 1998
[6] Ibid. Dipetik daripada Michael Baigent, Richard Leigh, The Temple and the Lodge, London , Corgi Books, 1990, hal. 78-81
[7] Ibid. Dipetik daripada Christopher Knight, Robert Lomas, The Hiram Key, Arrow Books, London , 1997, hal. 131
[8]http://www.nhgrandl odge.org/ ___Becoming_ a_Mason/body_ ___becoming_ a_mason.html# TopBecoming a Mason - To become one, ask one.
[9] Perlu ditegaskan, bahawa dunia Eropah hanya berjaya membawa kembali kefahaman falsafah Yunani melalui bahasa Arab dan hanya melalui jambatan ketamadunan Arab. Mereka sendiri tidak memahami Falsafah Yunani jika tanpa bantuan huraian ulama’ falsafah Islam melalui kesepaduan teologistik dan realistik. Sekular menjadi rencah Eropah semasa mereka diresapi pengaruh Freemason dalam pertimbangan akademik mereka. Mereka inginkan kelainan berbanding tamadun Islam maka secular adalah pilihan mereka. Lihat Hans Koechler, Muslim Christian Ties In Europe , Citizens International Penang .
[10] Rujuk perbahasan dalam http://www.cantonfr eemasons. com/freemasonry. htm
[11] http://halcyontempl e
Posted at 02:06 am by Pendita Bitara
Komen membina Permalink
Yahudi dan Freemason Di Sebalik Tirai Revolusi Peradaban (Bahagian 2)
5. Peranan Freemason mencatur polisi sekular dan pro Yahudi Amerika

Ini merupakan satu sub topik yang amat penting untuk ditinjau. Di sini bukanlah ruang sebenar yang mencukupi untuk kupasan pengaruh Freemason dalam percaturan polisi-polisi gelap Amerika Syarikat. Penulisan ini mungkin memangkin tindakan minda anda untuk turut mengkaji.

Tokoh utama Revolusi Amerika Syarikat, George Washington, yang menjadi Presiden pertama Amerika Syarikat pada 30 April 1789 adalah seorang anggota Freemason. Selain itu, para penandatangan Perisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat yang ditandatangani pada 4 Julai 1778 oleh William Hoper, Benjamin Franklin, Matthew Thornton, William Whipple, John Hancock, Phillip Livinston dan Thomas Nelson, juga dipercayai pengikut Freemason.

Selain Washington , 13 lagi presiden, lapan naib presiden dan 35 Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat pernah dikenalpasti sebagai ahli Freemason. Washington adalah ahli Freemason yang berpusat di New York City . Ahli Freemason yang dikenal pasti di Amerika Syarikat dianggarkan berjumlah tiga juta dan di New York sahaja terdapat lebih kurang 136,000 ahli.[1]

Lihat apa kata sumber Freemason berkenaan George Washington;
Selain tokoh politik dan militari, Washington juga merupakan salah seorang Freemason yang aktif. Dalam melaksanakan tugas sebagai ‘grand master’, dia telah meletakkan kepentingan asas untuk ibu negara US . Dalam tahun 1794 dia beraksi di dalam potret rasmi alat kebesaran Masonic dan lima tahun kemudian dia dikebumikan di Gunung Vernon melalui majlis rasmi Masonic dan gereja yang diketuai oleh Alexandria Lodge No. 22. Tidak dapat disangkal lagi bahawa Revolusi Amerika terjadi dengan campur tangan patriot Masonic termasuk Washington, Paul Revere dan Alexander Hamilton. Apakah peranan yang dimainkan dalam kepimpinan revolusi dan republik ini? Hanya dua perkataan-kemerdeka an dan kebebasan-adalah tema umum pada abad ke-18 penulisan Masonic berlaku dan prinsip ini telah menjadi falsafah pemberontakan kolonial[2].

Lihat bagaimana radio Israel mendedahkan bahawa perlembagaan Amerika sendiri dibina oleh pengaruh kuat Yahudi dan ia semestinya melalui pintu Freemason;
“During the colonial and constitution- making period, the Americans, especially the Puritans, adopted and adapted various Hebraic laws for their own governance. The legislation of New Haven , for example, was based on the premise that "the judicial laws of God, as they were delivered by Moses……”[3].

Akibat pembunuhan beramai-ramai Yahudi oleh Tsar Rusia, maka pada 1881, Yahudi Eropah mulai membanjiri Amerika.

Mereka mulai membawa agenda sosialism di Amerika melalui pergerakan pekerja pada 1880 hingga 1939. Mereka mulai menguasai bidang perfileman dan penyiaran pada sekitar awal abad ke-20. Inilah propaganda kuat Amerika dalam setiap siri kempen pro Yahudi mereka. Mereka banyak menggunakan media ini untuk kempen Perang dunia-2 serta kempen pembinaan negara haram Israel .

Moses Alexander (gabenor), Florence Kahn (wakil rakyat California) , Louis Brandei (hakim), Gertrude Stein (sastera) adalah antara Yahudi yang menguasai politik dan pemikir di Amerika pada awal abad ke-20.

Pada saat kemuncak peperangan dunia ke-2, tokoh-tokoh Yahudi Jerman yang berhijrah ke Amerika banyak menyumbang idea dan teknologi sehingga membawa kepada kemusnahan yang lebih dahsyat. Albert Einstein tokoh fizik nuklear (1879-1995), Jonas Salk tokoh perubatan (1914-1995), Albert Sabin pengkaji perubatan (1906-1993), Leo Szilard ahli fizik bom (1898-1964), J. Robert Oppenheimer pengarah projek nuklear Manhattan (1904-1967) adalah antara saintis berpengaruh di kalangan Yahudi yang berhijrah dan menyumbang kepada peradaban Amerika.

Bagi gerakan sekular wanita pula, Betty Friedan (1921-2006), Barbara Walters, Ruth Bader Ginsburg, Gloria Steinem, Bella Abzug (1920-1998) dan Diane Feinstein adalah antara tokoh Yahudi yang berpengaruh. Cuba anda kaji nama-nama ini yang mungkin memiliki perkaitan dengan gerakan sekular femenism dunia hari ini contohnya Sister In Islam[4].

Contoh menarik untuk dilihat ialah bagaimana Presiden Clinton US telah melantik 24 Yahudi untuk menjadi duta luar negaranya[5].

Lihat sahaja beberapa dasar Amerika sejak awal abad 20 yang jelas pro yahudi dan Freemason.
• Sebaik sahaja Perjanjian Balfour 1917, Presiden Amerika terus berucap “ saya secara peribadi atas nama Presiden amat bangga dengan negara campuran dan sikap rakyatnya yang setuju dengan penubuhan negara Yahudi Israel di Palestin. Dan saya sendiri menyokong secara mutlak penubuhan negara Israel ”
• Pada 11 September 1922, Senator dan Kongress Amerika mengeluarkan sokongan penuh terhadap penubuhan negara Israel untuk menampung yahudi seluruh dunia.
• Pada 5 Mei 1946, Trauman Presiden Amerika mendesak Perdana Menteri Britain, menerima 100 000 pendatang yahudi ke Palestin dan Ameriak sendiri mengangkut yahudi dengan kapal-kapal besar.
• Pada 29 November 1947, hanya 10 minit selepas terbentuk Israel , Trauman mengumumkan pendirian rasmi Amerika dan terus membuat hububgan diplomatik!
Terlalu banyak dasar luar Amerika Syarikat yang menjurus kepada perluasan politik Yahudi Freemason. Ia belum lagi dibahaskan dari segi sokongan material.

6. Turki dijahanamkan oleh pemuja Freemason; Mustapha Kamal

Untuk melihat kesan utama Freemason kepada dunia Islam, Turki adalah kajian kes terbesar dan amat signifikan. Lihat bagaimana dunia Islam dirobek, Perjanjian Sax Picot (1916) yang memecahkan bumi mulia Syam, Perjanjian Balfour (1917) yang menjadi punca kekuatan dana Yahudi untuk membina negara Haram Israel sejurus apabila Turki Uthmaniyyah lemah. Jika dilihat lebih awal selepas kekalahan Perang Viena 1683 Turki mulai mengaku dirinya lemah. Uthmaniyyah menghadapi kesukaran membayar balik pinjaman yang dibuat dengan bank-bank di Eropah. Dari segi ketenteraan, ia menghadapi masalah mempertahankan dirinya daripada diduduki kuasa-kuasa asing. Contohnya Mesir diduduki Perancis pada 1798, Cyprus diduduki British pada 1876 dan sebagainya. Ini ditambah pula apabila Freemason mulai merasuk rangka badan kerajaan Islam ini.

Selepas Sultan Turki memberi perlindungan sementara kepada pelarian Yahudi dari Sepanyol, mereka mula inginkan kelebihan yang melampau-lampau. Selepas kegagalan Teodore Herzl memujuk Sultan Abdul Hamid II, mereka menjadikan seorang penganut setia Freemason yang berbangsa Turki-Yahudi[6] untuk memainkan aksi espionage (subversif). Beliau menjadi panglima tentera yang bukan membawa kejayaan,tetapi kegagalan. Bagaimana seorang pegawai tentera mabuk boleh mengawal tenteranya? Hasutan dari Yahudi ini membawa Turki ke lembah Perang Dunia Pertama dan akibatnya Turki kehilangan banyak wilayah Islam termasuk Palestin.

Apakah akibat daripada revolusi permodenan Turki ini? Ya, pelajar sekolah didoktrin bahawa hanya Kamal sahaja yang berjaya membawa kemakmuran. Silibus sejarah dan kitab-kitab berharga dimusnahkan[7]. Hijab, tudung dan tulisan Arab diharamkan. Bermula sudah suatu pentas pensekularan idaman Freemason demi membawa kejayaan politik Israel pada masa hadapan. Turki dirombak sedemikian rupa demi memberi laluan besar agar mereka berjaya menakluk Palestin pada masa selepas itu.

Adakah keamanan dan demokrasi wujud di Turki? Kamal hanya menggunakan kuku besi dan memanipulasikan tentera untuk mengawal rakyat. Umat Islam tidak pernah serik dengan tawaran demokrasi Barat kepada negara Islam sehingga beberapa kali ditipu oleh mereka. Lihat sahaja penipuan Amerika dan Rusia kepada Afghan, Amerika di Iraq, penipuan Israel kepada Yaseer Arafat dan lain-lain lagi.

Kamal memang menganut ajaran Yahudi dan Freemason. Kenyataan ini akan di dapati jika anda membuka web Famous Masons From Around The World[8] “Ataturk, Mustapha Kemal. Former President of Turkey 1923-1938. Member of an Italian Lodge , Macedonia Resorta e Veritus”.

Jika anda ingin tahu lagi, bukan sahaja Kamal, malah beribu lagi pemimpin boneka tajaan Freemason telah berjaya memainkan peranan menghancurkan dunia. Lihat sahaja kemusnahan akibat komunism yang diajar oleh Karl Marx dan diteruskan oleh Yahudi Stalin dan Mao Tze Thung di China.

Sebenarnya penggulingan Kekhalifahan Utmaniyyah adalah berpunca daripada pemikiran dan sikap Sultan mereka sendiri pada akhir-akhir nafas kerajaan Islam ini. Ada yang menganut Freemason!

Gerakan Ittihad At taraqqi Turki (1860) telah mempengaruhi Sultan Abdul Majid I sehingga ditubuhkan Dewan Menteri yang hanya memuatkan menteri berfahaman Freemason. Khalifah Abdul Aziz pula dipaksa untuk melantik Rushdi Basya yang merupakan Yahudi Doenmeh dan Yahudi boneka pertama sebelum Kamal. Sultan Murad V pula dilantik menjadi ahli Freemason oleh Raja Britain . Sultan Abdul Hamid II pula telah menjatuhkan hukuman buang negara kepada Madhat Basya (konspirator pembunuhan Sultan Abd Aziz). Madhat sebelum mati telah merekrut sebilangan tentera untuk menggulingkan Khalifah. Antara tentera yang terpengaruh ialah Mustafa Kamal seorang Yahudi yang menyamar sebagai Muslim!

Adakah Malaysia tidak mahu mengambil iktibar dari kejatuhan Uthmaniyyah ini? Jika tidak berhati-hati Malaysia akan terhakis nilai Islamnya sedikit demi sedikit. Di Malaysia, cawangan Freemason beroperasi sebagai Loji Besar Daerah Timur Tengah (District Grand Lodges of Middle East atau DGLME). DGLME secara rasmi bermula di Kuala Lumpur pada 20 Oktober 1916. Antaranya di wilayah Malaysia Kuala Lumpur: 3 loji Pulau Pinang: 1 loji lpoh: 1 loji Kuantan: 1 loji Kuching: 2 loji port Dickson: 1 loji Port Klang: 1 loji Taiping: 1 loji Kota Kinabalu. Negeri tidak bersekutu dan memiliki tradisi Islam seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu tidak memiliki cawangan loji (lodge) Freemason. Pulau Pinang adalah antara negeri yang dikuasai oleh Kelab Rotary dan Kelab Lion melalui aktiviti riadah, kebajikan dan kemasyarakatan. Ia tidak dapat dielakkan lagi. British benar-benar menyemai benih Freemason di Pulau Pinang[9].

7. Freemason mereka cipta peperangan demi peperangan moden

Perlu untuk dinyatakan di sini, beberapa arkitek peperangan dan kemusnahan tamadun manusia memiliki cara tersendiri meletakkan tangan untuk menunjukkan hubungan persaudaraan Freemason mereka. Caranya adalah meletak tangan kanan di dalam baju yang dibuka butang pada dada hadapan seolah-olah patah tangan. Mereka yang dikenal pasti memiliki cara ini adalah seperti Karl Marx, Lenin, Stalin, kamal Ar Tarturk dan sebagainya. Mereka juga memiliki cara tersendiri untuk berjabat tangan. Telah dikenalpasti George Bush dan anaknya serta Barrack Obama juga membuat cara berjabat tangan yang sama.

Ideologi ciptaan manusia adalah cetusan syaitan[10]. Malah terdapat banyak kajian menunjukkan revolusi anjuran pihak kapitalis, komunis, sosialis (walaupun saling berbeza dasarnya) adalah berpunca daripada tajaan gerakan Yahudi Freemason. Gerakan Illumanity (cabang kepada gerakan Freemason) telah menimbulkan fitnah dalam kalangan Kerajaan Britain dan Perancis sehingga tercetusnya ‘colonial war’ dan akhirnya melemahkan empayar Perancis sekaligus mencetuskan Revolusi Perancis 1789 atas nama membela Borjouis dan kapitalis. Buku Einige Original Scripten yang ditulis oleh Yahudi bernama Zwack dibekalkan kepada beberapa tokoh revolusi Perancis pada tahun 1784 untuk menaikkan semangat kapitalis.

Pada 1829, Illumanity (Freemason) melalui ahlinya Wright memberi cadangan agar kelab mereka bergabung dengan gerakan subversif antarabangsa dan membentuk suatu gagasan yang dinamakan Komunisme. Ia akan menjadi asas untuk revolusi satu ideologi lain untuk melawan kapitalis yang mereka ciptakan sebelum itu. Mereka mengambil keputusan untuk melantik Clinton Roosevelt (Datuk kepada F.D Roosevelt) untuk mengumpul dana. Mereka akhirnya membiayai Karl Marx dan sahabat karibnya Engel untuk menyiapkan 2 buah buku ‘Das Capital’ dan ‘The Communist Manifesto’ di England. Dalam masa yang sama Illumanity membiayai Karl Ritter (pensyarah Universiti Frankfurt) untuk menulis buku berjudul ‘Antitheis’ yang bermaksud menentang. Buku ini menentang ideologi komunisme. Tujuan Freemason adalah memecahbelahkan Eropah daripada agama dan kesatuan[11].

Freemason menjahanamkan Jerman melalui kempen Kulturkampf iaitu perang budaya yang dilancarkan oleh kaunselor Jerman pada sekitar 1870an. Negara Jerman yang baru terbentuk (pada asalnya ia adalah wilayah Negara Prussia dan Poland ) telah mengalami suatu bencana dan akibatnya kematian dan pembunuhan beramai-ramai paderi Khatolik di Jerman. Adakah Nazi menghapuskan Yahudi dan menyelamatkan Paderi? Jawapannya juga tidak! Nazi hanya ingin membawa penjenamaan semula tamadun pra-kristian di Jerman atas nama ras Aryan. Hitler sendiri mewujudkan semula kempen Kulturkampf di Jerman. Akibatnya penganut Kristian masih tidak aman. Tekanan ekonomi akibat riba dan rasuah oleh warga Yahudi menyebabkan Nazi membunuh bangsa Yahudi. Akibat taksub pula dengan fahaman Darwin , Hitler ingin menjulang Aryanism dan bermulalah kempen serangan ke atas Poland yang memulakan Perang Dunia ke-2[12].

Idea darwinism yang membawa ketaksuban ras telah mempengaruhi Hitler, Marx, Stalin, Mao Tze Thung dan lain-lain pemimpin diktator. Akibatnya dunia turut diselaputi fahaman darwinism sehingga membawa Maharaja Hirohito bangun membawa agenda Bushido yang zalim. Darwin juga penganut Freemason Yahudi![13] Hitler memusuhi Yahudi dalam masa yang sama terpengaruh dengan taktik kotor Yahudi melalui siaran Darwinism!

Elbert Enstein iaitu saintis atom-fizik dari Jerman berbangsa Yahudi telah melarikan diri ke Amerika Syarikat dan mengetuai Institut Wilham, Jerman pada tahun 1914 hingga 1933. Pada 1938, projek mencipta bom dahsyat uranium berhasil. Bom inilah yang kini menjadi kuasa tawar menawar kuasa-kuasa veto PBB yang akhirnya menjadi tuhan kepada alam ini.

Lihat lagi fakta di mana Albert Pike yang diarahkan oleh Mazzini (tokoh Illumanity) agar menyusun satu rancangan ‘kertas biru’ bagi 3 peperangan dunia pada tahun 1859 hingga 1871. Bagi membolehkan Pike menghubungi seluruh dunia, maka teknologi tanpa wayar (wireless) diperkenalkan apabila intelligent dunia mengesyaki sumber yang sama menyebabkan terjadinya peperangan dunia pertama dan kedua. Rancangan kertas biru ini menghendaki agar Komunism, Nazism, Demokraticsm diperalat untuk membangkitkan peperangan antara kuasa dunia![14]

8. Gerakan ikhwan sebagai penghalang kemaraan hegemoni Freemason

Mustafa Kamal telah menggantikan Sultan Abdul hamid II dengan Sultan Wahiduddin. Sultan Wahiduddin lebih kepada peranan boneka sahaja kepada Mustafa Kamal. Akhirnya beliau dibuang negeri ke Pulau Malta dan sistem Khalifah dimansuhkan secara rasmi pada 1924. Akhirnya perebutan Khalifah Islam berlaku, dimana Raja Fuad Mesir, Syarif Hussian Mekah, Raja Amanullah Afghanistan berebut untuk menjadi Khalifah. Sebelum itu, Mustafa Kamal telah menipu Rakyat Mesir dengan menyokong Mesir menentang British.

Suasana sekular menyelubungi Mesir. Rakyat tiada arah lagi. Akhirnya muncul Hassan AL Banna membawa sinar melalui fikrah Islamiyyah Syumuliyyah yang serasi dengan zaman kemunduran politik Islam di serata dunia.

Selepas baiah 6 orang pendakwah di rumah Al Banna, pada Mac 1928, bermulalah perjanjian sehidup semati Pergerakan Ikhwanul Muslimin di Ismailiah. Mereka membina masjid dan markaz berpusat di Bilik Perpustakaan Sheikh Alias Syarif. Bilik kecil itu mereka jadikan Madrasah Al tahzib yang mengajar al Quran kepada para pelajar. Akhirnya dakwah tersebut diterima masyarakat akibat agenda islah dan musleh yang mereka bawa. Al Banna tidak bercakap isu besar-besar atau antarabangsa pada waktu awal pembinaan gerakannya. Beliau bercakap soal aqidah, soal tajwid dan soal fiqh.

Gerakan Jamiatul tahzib Al Islami telah terpengaruh dengan Ikhwan di Kaherah, maka bermulalah peresapan ahli gerakan itu ke dalam Ikhwanul Muslimin.

Al Banna melatih ahli melalui usrah dan menubuhkan gerakan pengakap seperti mana yang diasaskan oleh Lord Baden Powell dahulu. Beliau melihat bagaimana anak muda boleh dibentuk melalui persaudaraan usrah dan latihan mental serta fizikal melalui gerakan pengakap Ikhwan.

Rangkaian Ikhwan telah menyerapi seluruh dunia. Setiap negara akan mempunyai cawangannya atas apa nama Jamaah sekalipun. Jika ada yang tidak menjadi cawangan, pasti mereka turut membaca dan mengambil teknik latihan cara Al Banna. Al Banna menjadi musuh Yahudi dan Freemason. Beliau syahid ditembak oleh ajen Yahudi pada 12 Februari 1949 di Kaherah. Yahudi berjaya besar pada tahun itu kerana pada tahun yang sama, Revolusi Komunis di China muncul. Dua projek besar yahudi berjaya.

Baiah dan janji setia kepada gerakan Islam adalah tuntutan aqidah. Freemason telah mendapat baiah berjuta manusia termasuk dari kalangan muslim. Tetapi kini ramai suara-suara umat Islam yang kadangkala dari kalangan penggerak Islam menjadi lidah liberal menemplak dan cuba memperlekeh asas wala’ dan baiah kepada pergerakan Islam. Ingat, Yahudi tidak gentar dengan individu yang kencang berceramah atau berwacana di bibir semata-mata. Freemason dan Yahudi gentar dengan gerakan yang menyelubungi rakyat, yang praktikal, sepadu dan didokongi baik muda atau golongan tua. Mereka takutkan usrah, tamrin dan kelas-kelas aqidah, Al Quran dan asuhan kanak-kanak cara Islam. Mereka gentar dengan Jamaah Islam.

Ikhwan adalah antara penyelamat umat Islam dari bencana Freemason. Kader-kader dan ilmuan lepasan Ikhwan banyak mengkaji kebejatan Yahudi dan Freemason termasuk Harun Yahya dari Turki. Tamrin dan usrah Ikhwan di serata dunia menjadi ancaman mereka. Mengekalkan sistem ini adalah jihad umat Islam serata dunia.

Bagaimana kajian Ikhwan mendepani Freemason secara terperinci? Akan dikupas dalam kajian akan datang, Insya Allah.

Sabtu 28 Februari 2009
12.22 Kampung Terang B. Pulau


________________________________________
[1] Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
[2] California Freemason Jurnal VOLUME 51 JUNE 1, 2003 NUMBER 3
[3] Jewish Roots of the American Constitution: Transcript of the Eidelberg Report, Israel National Radio, November.14 dipetik dari: http://www.shalomje rusalem.com/ heritage/ heritage23. html
[4] Institute for Curriculum Service : www.icsresources. org
[5] http://www.jewwatch .com/jew- occupiedgovernme nts-usa-ambassad ors.html
[6] Beliau bukan Islam tetapi Doenmeh iaitu gerakan sulit Yahudi yang menganut fahaman Freemason. Golongan Doenmeh akan menamakan anak mereka dengan nama Islam tetapi mereka menganut ajaran sulit Sabbetai Zevi, iaitu ajaran sesat penyelamat dunia pada abad ke17. Beliau mengaku beliau bukan Islam dalam kenyataan akhbar Jewish Newspaper diterbit di New York , 28 Januari, 1994. Beliau pernah menolak arahan ibunya untuk mendapat pendidikan Islam sebaliknya memilih Akademi Tentera.
[7] Lihat artikel-artikel menarik dan video berkaitan Kamalism di Turki http://www.atajew. com/
[8] Buka http://www.durham. net/%7Ecedar/ famous.html
[9] Di Pulau Pinang akan ada seorang Yahudi dikenali sebagai Jacobs datang 2 kali setahun ke Perkuburan Yahudi Jalan Sultan Zainal Abidin P.Pinang untuk memastikan perkuburan itu dijaga rapi. Upah akan diberi kepada penjaga turun temurun. Mungkinkah ia suatu program Freemason untuk kekalkan perkuburan mereka serata dunia? Lihat sahaja Nama Elioaho Hayeem Victor Cohen seorang Lefternan Askar British Hindia yang mati pada 10 Oktober 1941. Ia disemadikan di perkuburan yahudi P.Pinang. Perkataan Cohen bermaksud salah satu jawatan dalam Knight Of Templer Freemason. (petikan Majalah Al Islam, Mac 2009 bersamaan Rabiulawal 1430H)
[10] “Ketika orang-orang kafir menanamkan dalam hati mereka kesombongan (yaitu) kesombongan Jahiliyah lalu Allah menurunkan ketenangan kepada Rasul-Nya, dan kepada orang-orang mukmin dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimat-takwa dan adalah mereka berhak dengan kalimat takwa itu dan patut memilikiny

No comments:

Post a Comment