Ketika pendedahan di Dewan Rakyat, Rabu Ahli parlimen Bebas Kulim Bandar Baharu tidak menyebut siapa mengarahkannya mendapatkan akuan bersumpah untuk mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribuu.
Ini sekaligus menimbulkan teka teki kerana perkara itu berlaku ketika beliau masih dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diketuai Datuk Seri Wan Azizah Ismail manakala penasihat parti itu pula adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sewaktu sidang media di Lobi Parlimen, Zulkifli walaupun didesak media mendedahkan siapa mengarahkannya berbuat demikian tetap merahsiakannya.
Katanya, soalan itu sepatutnya ditanya di dalam Dewan.
Bagaimanapun, ketika Zulkifli mendedahkan perkara itu ketika membahasa usul menjunjung kasih titah Yang Di Pertuan Agong, tiada seorangpun ahli parlimen kerajaan atau Barisan Nasional bangkit meminta penjelasan beliau, siapakah yang mengarahkannya untuk memfitnah Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor.
Sebenarnya, mungkin ramai ahli parlimen di dalam dan di luar Dewan tidak perasan Zulkifli menceritakan perkara itu kerana penyampaian hujah yang bersahaja.
Ini jelas apabila ada beberapa ahli parlimen bertanya kepada wartawan yang mengikuti pendedahan bekas pemimpin PKR yang dipecat dari parti itu sama ada betul atau tidak apa Zulkifli perkatakan.
Jika diteliti, inilah pendedahan besar atau letupan yang pernah dijanjikan Zulkifli apabila siding Parlimen bermula minggu lalu.
Dibandingkan dengan pembongkaran Pelan 16 September oleh ahli parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mengenai Anwar menjaja nama Agong dan Panglima Angkatan Tentera, apa diperkatan Zulkifli lebih serius.
Jika Zahrain mendedahkan apa yang diistilah ‘hearsay’ atau dengar cakap yang diperkatakan Anwar, Zulkifli mendedahkan apa yang beliau disuruh melakukan iaitu satu fitnah besar terhadap Najib dan Rosmah.
Apatah lagi beliau dijanjikan ganjaran yang diistilahkan boleh mengoyahkan imannya.
Malah, arahan untuk ‘memfitnah’ itu tidak berakhir setakat Najib dan isteri tetapi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz juga mahu dijadikan mangsa.
Zulkifli mendedahkan beliau turut diminta mengaitkan Mohd Nadin, anak kepada Nazri yang disiasat polis kerana berada di sebuah restoran di Sri Hartamas pada 2004 tempat berlakunya pergaduhan menyebabkan kematian Darren Kang.
Bagaimanapun, lima warga Thai mengaku salah apabila kes itu disebut di mahkamah.
Moral cerita yang boleh dipelajari daripada pendedahan ini walaupun Zulkifli tidak menamakan siapa mengarahkannya dan berapa upahnya adalah fitnah dan tawaran wang ringit dianggap biasa bagi mereka yang diistilah beliau sebagai ‘syaitan bertopengkan manusia’.
Kini terserah rakyat meneka siapa dimaksudkan Zulkifli walaupun tanpa beliau mendedahkannya siapa.
Apapun, pendedahan Zahrain dan Zulkifli ini sudah menyebabkan PKR mahupun pakatan rakyat berdepan keruntuhan moral dan bakal hilang kepercayaan rakyat yang mengundi mereka pada pilihanraya umum ke 12 lalu.
Pakatan Rakyat kini semakin terasak di dinding dan yang paling tercabar dan rasa malu pastinya pemimpin-pemimpin PAS yang bersekongkol dalam pakatan rakyat.
Sebagai parti yang beria-ria kononnya memperjuangkan Islam, PAS rupa-rupanya terbabit dengan parti yang dipimpin oleh seorang penipu dan pemfitnah.
Barangkali Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh membacakan ‘fatwa’nya mengenai matlamat menghalalkan cara yang dilakukan pakatan rakyat semata-mata mahu mengapai impian menawan Putrajaya termasuk menipu dan fitnah, perbuatan yang dikeji agama Islam. -24/3/2010
No comments:
Post a Comment