Bermacam-macam pengalaman pahit manis beliau tempuhi. Her dikan, tohmahan malah pujian me lambung-lambung, berbaur diterimanya. Cuma semalam, ketika membelek sebuah akhbar tabloid, hatinya tersentak. Marah dan panas hati membaca komen negatif daripada seseorang ahli parti pembangkang.
Kepada wartawan Utusan Malaysia, ZULKIFLI JALIL semalam, Abd. Aziz menjawab beberapa persoalan yang biasanya akan berbangkit setiap kali muncul pilihan raya kecil. Apatah lagi menjelang Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.
UTUSAN MALAYSIA: Pengarah Pili han Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Abdullah Sani Abdul Hamid semalam mempersoalkan kehadiran 2,561 pengundi baru di Hulu Selangor dalam setahun ini. Ajaib, katanya?
ABD. AZIZ: Saya pun nak tanya dia adakah itu hairan bin ajaib. Takkan dia tak tahu bahawa pendaftaran pengundi ini dibuat sepanjang tahun. Kita tidak boleh 'menahan' orang mati, orang nak tukar alamat atau orang hendak mendaftar sebagai pengundi.
Kenyataan Abdullah Sani ini seolah-olah tidak ada orang yang berumur 21 tahun setiap tahun sedang kan faktanya, angkanya mencecah 500,000 setahun.
Sepanjang masa dan setiap jam, pasti ada orang yang mendaftar sama ada di pejabat pos, menerusi SPR dan parti-parti politik (melalui Penolong Pendaftar yang dilantik SPR). Pendaftaran ini sangat dinamik dan SPR sendiri membuat pengumpulan pemilih baru setiap suku tahun. Takkanlah dia jahil tentang perkara ini kecualilah dia tak faham langsung.
Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya Malaysia (Mafrel) melalui pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh dalam akhbar yang sama membidas tindakan Kerajaan Pusat meluluskan pelbagai projek perumahan dan sekolah kepada penduduk Hulu Selangor. Dia menggesa SPR bertindak tegas terhadap BN?
ABD. AZIZ: Saya ingin bercakap hal ini secara umum. Ya, BN luluskan pelbagai projek kepada Hulu Selangor. Tetapi sedarkah juga Mafrel bahawa Menteri Besar Selangor dari PKR juga beri macam-macam seperti luluskan geran tanah dan bantuan untuk orang tua di Hulu Bernam.
Lagi satu, kebiasaannya jadual berurusan dengan rakyat ini sudah ditetapkan lebih awal dan kebetulan berlaku pilihan raya. Tetapi kenapa Mafrel menegur hanya sebelah pihak sahaja? Nak tegur, tegurlah semua. SPR ketika ini tidak dapat menguatkuasakan larangan berkempen sebab kempen hanya bermula selepas 17 April.
Di sini, kalau ada unsur rasuah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jawapannya (tempat mengadu) manakala jika nak tampal poster politik, kita pergi ke Majlis Daerah Hulu Langat.
Dan saya juga nak ulas pasal si Mafrel ni. Mafrel kata dia pemantau bebas pilihan raya Malaysia, sepatutnya dia hantar laporan bertulis kepada SPR dengan mengemukakan cadangan-cadangan untuk memperbaiki proses pilihan raya di Malaysia.
Ini sudah masuk sembilan pilihan raya kecil diadakan, satu laporan pun tidak dikemukakan kepada kita. Nak bercakap sahaja kepada media tetapi kepada SPR membisu seribu bahasa. Teguran (dari Mafrel) pula hanya lock sided.
Adakah tanggapan SPR 'tali barut' parti pemerintah masih berlaku?
ABD. AZIZ: Ya, macam itulah. Umpamanya saya sendiri pernah diherdik dan ditohmah macam-macam. Apabila melalui satu kelompok ini semasa hari penamaan calon, mereka kata perasuah dan tunjuk-tunjukkan duit dengan ibu jari ke bawah.
Tetapi kalau kata SPR ini 'tali barut', macam mana pula daripada sembilan pilihan raya kecil, tujuh pembangkang menang. Kalau begitu, tujuhlah BN menang. Sebenarnya tidak ada hairan dan ajaib kemenangan satu-satu parti itu. Ia bersandarkan pada sentimen pengundi. Jika waktu itu sentimen pengundi nakkan pembangkang, mereka akan menang. Demikian juga jika rakyat hendakkan BN, BN akan menang juga.
Isu paling popular tentulah 'pengundi hantu'. Adakah masih berbangkit?
ABD. AZIZ: Tidak ada, tidak ada pun 'pengundi hantu'. Apa yang berlaku ialah mereka ini adalah pengundi yang sah suatu masa dulu sebelum 2002. Sebelum 2002, seseorang boleh mendaftar tanpa mengikut alamat dalam kad pengenalan. Sistem pendaftaran pemilih yang lama inilah menyebabkan apa yang berlaku pada masa ini terhadap dasar daftar pemilih sedia ada termasuk dakwaan wujudnya pengundi hantu. Contohnya dia mengundi di Kuala Kubu Baharu tetapi tinggal di Shah Alam dan Ampang.
Pesanan SPR kepada pengundi Parlimen Hulu Selangor?
ABD. AZIZ: Pengundi Hulu Selangor boleh memeriksa atau menyemak tempat mereka mengundi dengan SPR menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan e-mel.
No comments:
Post a Comment