Rabu, 2010 April 07
KUALA LUMPUR, 7 April — Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini berkata beliau amat bangga dengan pencapaian Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang suatu ketika dahulu pernah bertugas sebagai orang bawahannya.
Rais berkata terlalu banyak rentetan peristiwa yang boleh dikongsi bersama antara mereka berdua termasuk ketika Abdullah menjadi pegawai bawahannya semasa bertugas di Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.
“Dari seorang yang menjadi pegawai di Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan bersama dengan saya, tetapi pada tahun 1999 beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, sekaligus menjadi ketua saya pula dalam kerajaan Malaysia,” katanya ketika melancarkan buku bergambar berjudul “Pak Lah” di Angkasapuri di sini.
Rais berkata hubungannya dengan bekas Perdana Menteri itu telah menjangkau zaman 70-an, 80-an, 90-an sehinggalah ke dekad masa kini.
“Kalau boleh saya katakan zaman beredar, pesaka bergilir, beliaulah salah seorang yang mengedarkan suasana zaman kita dan menentukan apa giliran kita dalam perjuangan,” katanya. — Bernama
No comments:
Post a Comment