Friday, June 18, 2010

Amnesty mahu Israel hapuskan sekatan ke atas Gaza



18/06/2010 4:10am

LONDON, 18 Jun - Amnesty International semalam berkata, langkah rejim zionis Israel mengurangkan sedikit sekatan nya ke atas Genting Gaza tidak cukup, malah kesal kerana terus menghalang kemasukan bahan makanan.
Pertubuhan hak asasi manusia yang berpangkalan di London itu sebaliknya mengesa rejim zionis menghapuskan sekatan ke atas wilayah yang diperintah oleh Hamas itu secara mutlak.

“Pengumuman itu jelas menunjukkan bahwa rejim zionis Israel tidak akan menamatkan tindakan kejam mereka ke atas penduduk awam Gaza, sebaliknya hanya membuat helah bagi meredakan tekanan semasa. Itu tidak cukup,” tegas pengarah Amnesty Asia barat, Malcolm Smart.
“Apa juga langkah untuk menghapuskan krisis kemanusiaan di Gaza sangat dialu-alukan, tetapi Israel terlebih dahulu mesti menghapuskan sekatan kemasukan, terutama terhadap barangan penting terbaik bagi menghidupkan ekonomi Gaza,” katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment