Itulah hakikatnya apabila wanita kini semakin agresif memandu di jalan raya dan ada kalanya lebih hebat daripada lelaki sehingga sanggup melanggar peraturan yang ditetapkan.
Penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim berkata, perkara ini patut dipandang serius kerana wanita sudah hilang kelembutan serta sanggup bertindak ganas sekiranya berlaku kejadian tidak diingini ketika memandu.
Menurutnya, selain itu terdapat juga mereka yang bukan hanya agresif malah menjadi penyebab kepada kemalangan yang lain.
"Tapi bila kemalangan, mereka mula meletakkan kesalahan kepada pemandu lain dan mula bertindak liar sehingga sanggup memukul atau merosakkan kenderaan yang terlibat.
"Satu lagi kategori pembuli jalan raya adalah mereka yang dengan sengaja tanpa disedari menjadi punca kepada sesuatu kemalangan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Seminar Keselamatan 'Respect Your Limits' di Pusat Konvensyen Sunway Seberang Jaya anjuran PLUS Expressways Berhad dengan kerjasama JKJR, di sini hari ini.
Seminar sehari itu dihadiri kira-kira 120 pemandu dan operator kenderaan berat sekitar Pulau Pinang sebagai lanjutan seminar sama yang dianjurkan sejak awal 2008.
Jelasnya, budaya seperti memandu perlahan ketika di lorong sebelah kanan atau berhenti di tepi lebuh raya tanpa menggunakan hentian rehat yang disediakan perlu diubah untuk mengelakkan lebih banyak kemalangan berlaku.
No comments:
Post a Comment