Sunday, August 22, 2010

Tiket kereta api ke Utara, Pantai Timur habis dijual




2010/08/22

KUALA LUMPUR: Hampir 100,000 tiket kereta api ke destinasi utara dan pantai timur Semenanjung bagi perjalanan mulai 3 hingga 11 September depan sempena Aidilfitri, habis dijual.

Berikutan itu, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bercadang menambah tren membabitkan 6,000 tempat duduk bergantung kepada permintaan dan koc boleh digunakan.Pengarah Pemasaran KTMB, Mohd Noordin Kimi, berkata penambahan perkhidmatan tren bagi perjalanan mulai 3 hingga 11 September depan itu bagi memberi peluang kepada penumpang yang membeli tiket pada saat-saat akhir, pulang ke kampung menaiki kereta api.“Penumpang yang ingin pulang ke destinasi di pantai timur dan utara Semenanjung diminta merujuk kami berhubung tempat duduk tambahan ini.

“Kita juga bercadang menambah perjalanan kereta api tetapi ia bergantung kepada stok koc yang boleh digunakan,” katanya ketika dihubungi Berita Minggu di sini, semalam.

Mohd Nordin berkata, walaupun tiket untuk tren antara bandar habis dijual, tiket kereta api elektrik (ETS) ke Seremban dan Ipoh masih boleh dibeli,” katanya. 

No comments:

Post a Comment