KUALA LUMPUR: “Disebabkan ketagih pil kuda, saya sanggup bertindak memukul teman wanita dengan batang kayu sehingga berdarah. Walaupun sudah insaf, rasa kesal tidak boleh lenyap dalam diri saya, malah dosa itu sentiasa menghantui hidup saya hingga kini,” kata Sham (bukan nama sebenar) yang menjadi mangsa ketagihan pil kuda.
Beliau yang berusia 22 tahun itu mengakui ketagihan pil kuda menyebabkan dia panas baran sehingga sanggup mengugut ahli keluarga, termasuk memukul teman wanitanya sekiranya permintaannya tidak dipenuhi, terutama ketika dia memerlukan wang mendapatkan bekalan bahan terlarang itu.
Menceritakan detik hitam itu, Sham yang tidak bekerja berkata dia terjebak dalam kancah penagihan itu selepas ditawarkan sebiji pil oleh rakannya.
“Apabila saya cuba, memang rasa sangat ‘best’…saya boleh layan kepala hingga saya rasa tidak boleh hidup tanpa makan pil ini. Tujuh tahun saya menghambakan diri pada benda haram ini hingga lupa pada tanggungjawab sebagai pelajar dan anak yang perlu menghormati ibu bapa. “Pada mulanya, pil itu diberi rakan baik saya yang berusia 20-an dan disangka pil penahan sakit lalu terus menelannya.
“Saya makan lima pil kuda itu setiap hari dan selama tujuh tahun, duit gaji saya dihabiskan membeli pil kuda ini berharga RM30 sebiji,” kata remaja yang juga anak keempat daripada tujuh beradik itu. Selepas mencuba, dia terus gian sehingga mengambilnya setiap hari. Oleh kerana pil itu mahal, dia menyamun pelajar sekolah bagi mendapatkan wang membelinya.
Apa yang mengejutkan, Sham sanggup ke negara jiran mendapatkan bekalan pil terbabit yang nyata lebih murah dan senang didapati.
“Lepas layan pil kuda itu, saya menikmati aktiviti seks dengan wanita di sana sehingga saya ketagih dan ke sana setiap minggu,” katanya.
Sham turut mengakui mempunyai teman wanita berusia 20-an dan kerap melakukan hubungan seks dengannya sehingga ke hotel bajet melampiaskan nafsu.
“Teman wanita saya tahu mengenai aktiviti haram saya, tetapi dia tidak pernah kisah, malah dia menyuruh saya makan pil kuda itu bagi membangkitkan nafsu ketika seks, walaupun pelbagai onar saya lakukan seperti memukul dan menerajangnya, dia tidak pernah meninggalkan saya,” katanya. Sham berkata, teman wanitanya itu yang bekerja sebagai jurujual di sebuah kedai di pantai timur sering memberinya wang untuk membeli pil berkenaan.
“Disebabkan itu, saya begitu sayang kepadanya kerana dia sering memberi wang untuk membeli barang terlarang itu. “Satu hari saya dipelawa seorang rakan menjadi pembekal pil berkenaan untuk pasaran di kampung, saya bersetuju dan mencubanya selama sebulan.
Menurutnya, dia memperoleh pendapatan lebih RM8,000 sebulan hanya dengan menjual 400 biji pil kuda itu kepada pelajar sekolah.
No comments:
Post a Comment