SEREMBAN - Beberapa retakan kecil yang berlaku di dinding laluan atas membabitkan jalan Seremban - Tampin, dekat sini menimbul persoalan sejauh mana keselamatan pengguna kenderaan yang melalui laluan berkenaan. Jalan baru yang dibuka sejak empat bulan lalu, kini dilihat berisiko apabila banyak batu-batu kecil di dinding utama jalan tersebut pecah dan jatuh ke bawah. Selain itu, kejadian itu turut menimbulkan persoalan sejauh mana kualiti laluan atas berkenaan dibina. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senawang, P.Gunasekaran berkata, pihaknya menerima beberapa aduan orang ramai berhubung retakan di laluan berkenaan, sekali gus mengundang risiko terhadap pengguna jalan raya. Menurutnya, pihak berkuasa seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) digesa supaya membuat pemeriksaan di dinding laluan setinggi kira-kira 15 meter sebelum kejadian tidak diingini berlaku. "Dinding batu itu dipercayai tidak mampu menampung bebanan laluan berkenaan yang merupakan jalan utama dari Seremban ke Tampin. Mungkin disebabkan benanan atas terlalu berat, dinding penghadang ini tidak mampu menampungnya," katanya. Menurutnya, banyak batu-bata kecil di permukaan dinding itu jelas retak dan pecah dan perkara itu tidak seharusnya berlaku memandangkan laluan itu baru dibuka kira-kira empat bulan lalu. “Malah, kita dapati beberapa kayu kecil dibuat penghadang supaya kepingan batu itu dapat bertahan dan tidak terkeluar daripada tempatnya,” katanya ketika membuat tinjauan di kawasan itu, semalam. Hadir sama, ADUN Mambau, Wong May May dan ADUN Temiang, Ng Chin Tsai. Gunasekaran berkata, pihaknya sudah menghubungi JKR pusat di Kuala Lumpur untuk memaklumkan perkara ini, tetapi mereka dimaklumkan JKR akan menghantar wakil untuk memantau perkara ini. Sementara itu, May May berkata, walaupun keadaan itu nampak agak kecil, tetapi risiko yang dihadapi pengguna jalan raya sebenarnya besar. “Jika kita tidak atasi masalah ini dari awal, kita khuatir ianya akan menjadi lebih teruk pada masa hadapan," katanya. Sementara itu, Pegawai JKR negeri (Pengurus Projek), Ir Norazman Ismail ketika dihubungi memberitahu, JKR sudah pun sedia maklum mengenai perkara itu. Menurutnya, arahan sudah pun diberi kepada kontraktor bertanggungjawab bagi memperbaiki masalah yang timbul dengan segera. |
Thursday, October 21, 2010
Dinding laluan atas retak
Labels:
retak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment