Thursday, October 21, 2010

Sg. Rajang dipenuhi balak kerana hujan


20/10/2010 3:29pm

SIBU 20 Okt — Menurut laporan awal Perbadanan Perhutanan Sarawak, fenomena kayu-kayu balak memenuhi Sungai Rajang secara luar biasa baru-baru adalah disebabkan oleh hujan lebat dan bukan berpunca daripada aktiviti pembalakan yang berlebihan atau pembendungan Empangan Bakun.
Ketua Pegawai Eksekutif Jabatan Perhutanan Sarawak, Datuk Len Talif Salleh berkata, melalui sensing yang dilakukan dari udara pada 15 Okt lalu, kelihatan kesan tanah runtuh akibat hujan lebat berlaku di kawasan tadahan air di hulu Sungai Melatai.
"Sehubungan itu kami ingin membuat penjelasan bahawa kesesakan kayu-kayu balak di Sungai Rajang bukan disebabkan oleh kerja pembalakan yang berlebihan atau pembendungan Empangan Bakun,” katanya.
Tiada aktiviti pembalakan di kedua-dua belah Sungai Melatai sejak 2006, jelasnya.
Len Talif berkata kayu-kayu balak yang berapungan sepanjang 35 km mengambil masa selama tiga hari atau 36 jam untuk berapungan dari hulu Sungai Melatai hingga ke Kapit sebelum hanyut ke laut di Kuala Igan. — Bernama

No comments:

Post a Comment