KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, 85, dimasukkan ke Hospital Epworth, Melbourne, Australia semalam selepas mengalami jangkitan kuman pada saluran pernafasan.
Beliau yang menghidap selesema dan batuk dimasukkan ke hospital itu pukul 9 pagi (pukul 6 pagi waktu Malaysia) dan kini dilaporkan stabil.
Pegawai Khas Dr. Mahathir, Sufi Yusof berkata, bekas Perdana Menteri itu kini menerima rawatan antibiotik serta menjalani fisioterapi di hospital berkenaan.
Menurutnya, doktor hospital itu berpendapat Dr. Mahathir perlu berada di wad untuk beberapa hari bagi tujuan pemantauan kesihatan.
“Tun Mahathir telah dinasihatkan untuk berehat dalam masa beberapa hari ini,” ujarnya melalui kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Kosmo! Ahad di sini semalam.
No comments:
Post a Comment