Ali Rustam cabar pembangkang berdebat
MELAKA 2 Okt. - Setelah terlalu lama bersabar dengan pembangkang yang mengutuk tindakannya menubuhkan Sekolah Harapan bagi membendung gejala pembuangan bayi, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam mencabar mereka berdebat dengannya mengenai isu sekolah itu secara terbuka.Beliau pada bila-bila masa bersedia untuk berbuat demikian menerusi saluran media elektronik di negara ini.
"Kalau Pas tak suka kita tubuhkan Sekolah Harapan sekali pun, tak perlulah sampai dalam khutbah Jumaat, tazkirah sepanjang masa termasuk di bulan puasa, menulis dalam blog untuk mengata dan menghina kerajaan Melaka.
"Kalau betul-betul berani, jumpa saya bila-bila masa pun, kita guna semua stesen televisyen dan saya akan jelaskan mengapa saya tubuhkan Sekolah dan Rumah Harapan di Jasin ini," katanya.
Mohd. Ali berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Seminar Melaka Maju 2010 Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bukit Katil di sini hari ini.
No comments:
Post a Comment