Sunday, January 9, 2011

Bidang Kuasa JPJ Diperluas Ke Semua Jenis Jalan

TV3 Stesyen TV Portal Pertama - Bidang Kuasa JPJ Diperluas Ke Semua Jenis Jalan: "
09/01/2011 16:36:44


Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ kini mempunyai kuasa lebih luas untuk mengambil tindakan terhadap pengguna yang melakukan kesalahan lalu lintas di semua jenis jalan.

Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail Ahad berkata sebelum ini, tumpuan JPJ hanya di lebuh raya, jalan persekutuan dan jalan perbandaran.

Namun kini mereka yang menggunakan jalan seperti di ladang, kebun, kampung serta kawasan perumahan juga tidak akan terlepas, sekiranya melakukan kesalahan.

Tambahnya, semua jenis kawasan letak kereta dan bahu jalan boleh diambil tindakan jika pemandu kenderaan terbabit melakukan kesalahan.

Penguatkuasaan undang-undang meliputi semua jenis jalan itu terkandung dalam pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang diluluskan Dewan Negara 22 Disember lalu.

Menurutnya, sekarang ini cuma menunggu diwartakan dan ia dijangka dikuatkuasakan tidak lama lagi, dalam tahun ini juga."

No comments:

Post a Comment