KUALA LUMPUR - Rumah sudah lama siap tetapi pahat masih berbunyi! Itulah gambaran situasi di Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) semalam yang sepatutnya sudah memulakan operasi pengusaha bas ekspres di terminal bernilai RM570 juta itu.
Bagaimanapun, tinjauan mendapati hanya lapan daripada kesemua 50 pengusaha bas ekspres beroperasi sepenuhnya.
Rata-rata pengusaha bas berkata, walaupun mereka akur dengan arahan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) yang mewajibkan mereka berpindah ke TBS-BTS mulai semalam namun hakikatnya prasarana di sana masih belum lengkap sepenuhnya.
Seorang pengusaha bas ekspres, Mohd. Rosli Khalid, 40, berkata, pihaknya bersedia untuk berpindah pada bila-bila masa namun beberapa keperluan pengusaha bas ekspres yang diputuskan dalam mesyuarat sebelum ini masih belum dipenuhi.-kosmo
No comments:
Post a Comment