Sunday, January 16, 2011

MENGGODA



GAMBAR fail menunjukkan Rubacouri memberikan pos istimewa dan menggoda di disko Karma di Milan pada 14 November lalu. - Reuters


PENARI kelab malam, Karima El Mahroug dari Maghribi yang menggunakan nama pentas Ruby Rubacouri di Milan menjadi perhatian apabila didakwa menjalin hubungan intim dengan Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi.Terbaru, Perdana Menteri itu yang sebelum ini berhadapan dakwaan rasuah dan skandal seks, didakwa mendapatkan khidmat seks Rubacouri ketika penari kelab malam berkenaan menghadiri satu majlis di kediamannya di Milan.
Berlusconi kembali disiasat dan turut menghadapi tuduhan rasuah serta penipuan cukai selepas mahkamah tinggi membatalkan satu rang undang-undang yang melindungi pemimpin negara itu daripada sebarang pendakwaan.
Siasatan dan pendakwaan tersebut memberi tekanan kepada Berlusconi yang kini berusaha mengukuhkan kembali kerajaan pentadbirannya.

No comments:

Post a Comment