Sunday, January 16, 2011

Hilang pendapatan RM610 juta





2011/01/16

VIENNA: Berkhidmat sebagai gabenor California menyebabkan pelakon Arnold Schwarzenegger kehilangan pendapatan sekurang-kurangnya AS$200 juta (RM610 juta), katanya pelakon yang beralih kerjaya kepada ahli politik kepada akhbar tempatan Austria. 

Mengira perbelanjaan dan kehilangan pendapatan daripada berlakon filem Hollywood, ia mungkin melebihi AS$200 juta, katanya kepada Krone apabila ditanya kerugian beliau dalam tempoh dua penggal di Sacramento.
Tetapi saya tidak menyesal. Ia lebih bernilai dari ini, katanya.
Apa yang lebih teruk ialah tiada masa untuk keluarga sepanjang jadi gabenor dan ini perlu diperbaiki, katanya. 

Beliau turut menceritakan bagaimana isterinya, Maria dan anak-anak sering berendam air mata apabila beliau gagal berada bersama mereka setiap malam minggu kerana kesibukan dan kepadatan jadual kerjanya. 

Kami benci kerja ayah, kata Schwarzenegger memetik kata-kata ahli keluarganya ketika tahun pertama beliau dilantik sebagai gabenor dan terpaksa meninggalkan kediamannya di Los Angeles setiap pagi Isnin untuk ke Sacramento dan hanya pulang pada hujung minggu. 

Ini sesuatu benar-benar menyedihkan, kata Schwarzenegger, yang juga gabenor Republikan sejak 2003 sehingga awal bulan ini. Reuters
-bharian

No comments:

Post a Comment