Tuesday, February 15, 2011

Pembangkang Algeria rancang bantahan besar-besaran

ALGIERS: Parti pembangkang Algeria mengumumkan akan mengadakan satu lagi tunjuk perasaan besar-besaran Sabtu ini.Encik Mustepha Bouchahi, jurucakap Penyelaras Kebangsaan Bagi Demokrasi dan Perubahan (CNCD), iaitu kumpulan yang bergabung dalam parti pembangkang, berkata keputusan itu diambil menyusuli satu mesyuarat kelmarin.CNCD baru dibentuk tiga minggu lalu, didorong oleh bantahan awam yang berlaku di Tunisia dan Mesir.Kelmarin, dianggarkan 2,000 penunjuk perasaan bertembung dengan lebih 30,000 anggota polis yang menghalang mereka mengadakan demonstrasi jalanan di ibu negara itu.Tunjuk perasaan turut diadakan di seluruh bandar di Algeria bagi menyatakan hasrat sama seperti yang berlaku di Mesir dan negara jiran, Tunisia.Sementara itu, Washington meminta pihak keselamatan Algeria supaya bertindak lebih berhati-hati sehari selepas bantahan terhadap kerajaan pimpinan Presiden Abdelaziz Bouteflika di seluruh negara, yang menyaksikan puluhan orang awam dan wartawan ditangkap.'Kami ingin menegaskan sokongan kami terhadap hak setiap rakyat Algeria, termasuk mengadakan perhimpunan dan menyuarakan pendapat,' kata jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Encik Philip Crowley, dalam satu kenyataan.Menteri Luar Jerman, Encik Guido Westerwelle, turut mengecam penahanan penunjuk perasaan dengan berkata golongan itu hanya melaksana hak asasi kemanusiaan demi mempertahan pendirian mereka.Presiden Bouteflika, yang telah berkuasa sejak 1999, cuba meredakan ketegangan dengan mengekang kenaikan harga barangan dan berikrar akan membubar perintah berkurung yang telah berkuatkuasa sejak 20 tahun lalu. -- AFP.Cyberita Online 

No comments:

Post a Comment