Tuesday, February 15, 2011

10 ditahan dalam bantahan di Yaman



YAMAN: Seorang wanita dilaporkan cedera manakala 10 orang ditahan kelmarin dalam tunjuk perasaan terbaru bagi mendesak Presiden Ali Abdullah Saleh meletak jawatan.Polis menggunakan belantan di sebelah selatan kota Taez bagi meleraikan demonstrasi yang disertai beratus-ratus penunjuk perasaan.Di ibu kota Sanaa, sekitar 2,000 penunjuk perasaan, sebahagian besarnya mahasiswa, berjalan ke arah dataran Universiti Al-Sabiine, dekat istana presiden, melaungkan slogan menyeru pengunduran Encik Saleh.Sementara itu, parti pembangkang di Yaman bersetuju semalam meneruskan rundingan yang digantung Oktober lalu dengan pemerintah pimpinan Encik Saleh.Kumpulan sekutu pembangkang di parlimen, Forum Bersama, berkata ia bersedia menandatangani pelan perjanjian bersama minggu ini.Ia berkata draf kerjasama bagi membentuk pemerintah perpaduan dan memasukkan syarat diadakan dialog dengan Pergerakan Selatan, pemberontak Syiah di utara Yaman dan pemimpin pembangkang dalam buangan.'Kami menggesa pihak berkuasa agar belajar daripada apa yang berlaku di Mesir dan Tunisia apabila rakyat mengadakan revolusi besar-besaran bagi menjatuhkan pemimpin,' kata parti itu dalam satu kenyataan.Ia turut menggesa Encik Saleh melucutkan jawatan kanan yang dipegang anggota keluarga dan saudara-maranya dalam institusi negara seperti tentera, polis, pemerintah dan majlis daerah.Encik Saleh telah menunda lawatan ke Amerika Syarikat kelmarin ekoran pergolakan terbaru itu. -- Agensi.Cyberita Online Luar Negara

No comments:

Post a Comment