Tuesday, February 15, 2011

Selepas Tunisia, Mesir, - Algeria pula bergelora

Selepas Tunisia, Mesir, - Algeria pula bergelora
Feb 14, 11 10:18am
Kongsi 259
Beribu-ribu penunjuk perasaan menuntut Presiden Algeria, Abdelaziz Bouteflika meletakkan jawatan semakin merebak ke bandar Annaba di sebelah timur Algeria.

Menurut Penyelarasan Nasional Perubahan dan Demokrasi (CNCD) dan kesatuan pekerja tidak rasmi, Mustepha Bouchahi, tunjuk perasaan antikerajaan seterusnya akan diadakan Sabtu ini.

Pengumuman tersebut dibuat sehari selepas 2,000 penunjuk perasaan bertempur dengan 30,000 anggota polis di bandar Algiers.

Ratusan penunjuk perasaan juga dilaporkan membaling batu ke arah polis di Bandaraya Annaba di timur Algeria dengan pembangkang mengumumkan untuk mengadakan satu lagi tunjuk perasaan besar-besaran minggu depan.

Sementara itu, Washington meminta pihak keselamatan Algeria supaya bertindak lebih berhati-hati selepas sehari protes seluruh negara terhadap kerajaan pimpinan Presiden Abdelaziz Bouteflika yang menyaksikan puluhan orang awam dan wartawan ditangkap.

“Kami ingin menegaskan sokongan kami kepada hak setiap rakyat Algeria termasuk mengadakan perhimpunan dan menyuarakan pendapat," kata jurucakap Jabatan Negara Amerika, Philip Crowley dalam satu kenyataan.

egypt the day after mubarak overthrow crowd in square 1Tunjuk perasaan yang akan datang dijadual diadakan 19 Februari ini, kata Mustepha Bouchahi dari Penyelaras Kebangsaan Bagi Demokrasi dan Perubahan (CNCD), iaitu kumpulan yang bergabung dalam perti pembangkang.

Semalam, dianggarkan 2,000 penunjuk perasaan bertembung dengan lebih 30,000 anggota polis yang bertindak menghalang mereka mengadakan demonstrasi jalanan di ibu negara itu.

Tunjuk perasaan juga diadakan di seluruh bandar di Algeria bagi menyatakan hasrat sama seperti berlaku di Mesir dan negara jiran, Tunisia.

- AFP
Selepas Tunisia, Mesir, - Algeria pula bergelora - Malaysiakini

No comments:

Post a Comment