Saturday, March 26, 2011

Madonna pinjamkan RM33j





2011/03/26

 MADONNA bersama anak angkatnya, Mercy James ketika upacara pecah tanah tapak Akademi Raising Malawi di Malawi.
MADONNA bersama anak angkatnya, Mercy James ketika upacara pecah tanah tapak Akademi Raising Malawi di Malawi.
Penyanyi pop sokong usaha pendidikan gadis di Malawi 

LOS ANGELES: Badan kebajikan yang disokong bintang pop terkenal Madonna membatalkan cadangan untuk membina sekolah bagi gadis miskin di Malawi kerana salah urus, lapor New York Times kelmarin.
Organisasi itu, Raising Malawi, memecat ahli lembaga pengarah dan menggantikannya dengan pegawai yang baru termasuk Madonna dan pengurusnya, lapor Times.
“Keputusan itu dibuat untuk membatalkan rancangan membina Akademi Raising Malawi untuk Gadis,” kata pengasas bersama Raising Malawi, Michael Berg. 

Berg, yang juga pengarah bersama kerohanian dan pendidikan organisasi Pusat Antarabangsa Kabbalah di Los Angeles, tidak dapat dihubungi untuk memberi komen. 

Laporan itu berkata usaha membina sekolah Malawi itu musnah selepas AS$3.8 juta (RM11.5 juta) dibelanjakan untuk projek itu dan pengarah eksekutifnya meninggalkan projek itu di tengah-tengah kritikan cara pengurusannya dan kos yang melampau. 

Madonna meminjamkan AS$11 juta (RM33.3 juta) wangnya kepada organisasi itu . Kelmarin, penyanyi itu mengeluarkan kenyataan kepada Times menyatakan dia masih bercadang bekerjasama dengan Raising Malawi. 

“Krisis pendidikan benar-benar berlaku di Malawi,” katanya. 

“67 peratus gadis tidak ke sekolah menengah dan ini tidak boleh diterima,” kata jurucakap Madonna. – Reuters 

No comments:

Post a Comment