Saturday, March 26, 2011

Tidak tahu serbuk kopi bercampur gelatin babi



JOHOR BAHRU - "Kami tidak tahu apa-apa. Kami tidak dapat sebarang surat atau maklumat daripada Jabatan Kesihatan atau Jabatan Agama Johor (JAJ)."
Demikian tegas seorang pengusaha kopitiam terkenal di sebuah daerah di Johor yang hanya mahu dikenali sebagai Ah Chong apabila diajukan soalan mengenai laporan bahawa premisnya dikatakan menghidangkan kopi bercampur gelatin babi.
Menurutnya, dia telah menerima banyak khabar angin termasuk melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan Internet mengenai isu tersebut sejak beberapa hari lalu.
Sehubungan itu, Ah Chong memberitahu, dia telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Kluang pada Rabu lalu mengenai penyebaran perkara tersebut kerana ia telah menjejaskan nama baik perniagaannya.
"Hari ini (semalam) kakitangan Jabatan Kesihatan dari Johor Bahru telah datang ke premis kami dan beberapa kedai lain untuk mengambil sampel baru," katanya ketika dihubungi semalam.
Menurut Ah Chong, keputusan ujian sampel tersebut akan dikeluarkan dalam tempoh dua minggu dan berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenainya sebelum keputusan dikeluarkan.

No comments:

Post a Comment