KESELAMATAN LEBIH KETAT: Majlis bandaran dan pemilik serta pengurus bangunan dikehendaki memasang palang besi seperti ini, yang diskru ketat pada tangki air supaya ia tidak boleh dibuka dengan mudah, menjelang 1 Julai. -- Foto PUB |
SINGAPURA
TANGKI yang menyimpan air minuman di semua bangunan kini perlu dipasang palang besi yang diskru ketat pada tangki itu sebagai langkah meningkatkan lagi tahap keselamatan tangki sedemikian.
Ini perlu dilaksana majlis bandaran serta pemilik dan pengurus bangunan menjelang 1 Julai.Dalam satu taklimat media semalam, Pengarah Rangkaian 3P agensi air negara, PUB, Encik George Madhavan, berkata langkah itu merupakan usaha tambahan bagi meningkatkan tahap keselamatan tangki dan bekalan air.'PUB memandang serius kesilapan keselamatan yang berlaku di Blok 686B, Woodlands Drive 73, dan kami menghen daki semua majlis bandaran, jawatankuasa pengurusan hak milik strata (MCST) dan pemilik bangunan mengambil langkah lebih terperinci bagi meningkatkan keselamatan tangki menyimpan air dan menjamin keselamatan bekalan air,' ujarnya.Pada 16 Mei lalu, mayat seorang pembantu rumah warga Indonesia ditemui dalam salah sebuah tangki air di bumbung Blok 686B, Woodlands Drive 73.Selain palang besi pada setiap tangki air, PUB turut menggariskan dengan lebih terperinci beberapa langkah lain yang harus dilaksana, termasuk mengehadkan kakitangan yang dibenarkan ke kawasan tangki air dan boleh mengambil kunci bagi kawasan serta penutup tangki air.PUB telah juga menetapkan hanya mangga berkualiti tinggi dan kunci yang tidak boleh diduplikasi digunakan bagi pintu ke kawasan tangki air dan penutup tangki air.Encik Madhavan berkata PUB akan bekerjasama dengan majlis bandaran, MCST dan pemilik bangunan untuk menilai apa lagi yang boleh dilakukan bagi meningkatkan keselamatan tangki air, termasuk penggunaan sistem penggera atau pantauan dari jauh.TANGKI yang menyimpan air minuman di semua bangunan kini perlu dipasang palang besi yang diskru ketat pada tangki itu sebagai langkah meningkatkan lagi tahap keselamatan tangki sedemikian.
No comments:
Post a Comment