WASHINGTON: Hanya satu daripada lima orang yang dibunuh dalam serbuan di kediaman Osama bin Laden mempunyai senjata dan menggunakannya, kata seorang pegawai pertahanan Amerika Syarikat semalam.
Penjelasan terbaru itu amat berbeza berbanding dengan versi kekacauan, penuh dramatik dan kejadian tembak-menembak berpanjangan yang pernah didedahkan oleh beberapa pegawai pentadbiran Amerika mengenai serbuan itu sebelum ini.Satu-satunya penembak bagi pihak Al-Qaeda di perkarangan kediaman ketuanya di Pakistan itu dibunuh serta-merta, pada minit-minit awal operasi komando itu, sebelum pasukan penggempur khas Navy Seals itu menyelongkar rumah berkenaan dan menembak yang lain, kata pegawai itu.Butir-butirnya kini semakin jelas selepas pasukan penggempur itu memberikan taklimat mereka, kata pegawai tersebut, yang bercakap atas syarat namanya tidak didedahkan kerana tidak diberi kuasa mengulas kepada awam.Beliau berkata serbuan itu boleh disifatkan sebagai satu operasi dari tingkat ke tingkat yang penuh ketepatan, untuk memburu ketua Al-Qaeda itu dan para pelindungnya, berbanding dengan yang digambarkan oleh beberapa pemberi taklimat pentadbiran Encik Barack Obama sejak kematian Osama diumumkan Isnin lalu.Dalam satu lagi perkembangan, pakar-pakar penerbangan berkata sebuah helikopter yang digunakan dalam serbuan itu kelihatan seperti versi baru cara rahsia, yang sulit dan belum pernah dilihat dalam operasi khusus. Helikopter itu terhempas dan kemudian dimusnahkan oleh pasukan tentera di tempat itu.Sedang pasukan Navy Seals itu memasuki perkarangan kediaman Osama, mereka menembak seorang utusannya, Abu Ahmed al-Kuwaiti, yang berada di rumah tamu, kata pegawai kanan pertahanan itu.Pasukan Navy Seals bertindak balas dengan menembak ke arahnya dan utusan itu berjaya dibunuh, bersama seorang wanita yang sedang bersamanya. Wanita itu terperangkap dalam kejadian tembak-menembak itu dan terbunuh, kata pegawai itu lagi.Pasukan tentera khas Amerika itu tidak ditembak selepas itu. Mereka kemudian terjumpa seorang lelaki di tingkat satu lalu menembaknya hingga mati, membunuh anak Osama di kawasan tangga sebelum tiba di bilik Osama.Para pegawai berkata Osama dibunuh selepas dia kelihatan cuba mencapai senjata.Sementara itu, seorang daripada tiga isteri Osama, Amal Ahmed Abdulfattah, yang dilahirkan di Yaman, memberitahu para penyiasat di Pakistan bahawa dia telah tinggal di kediaman ketua Al-Qaeda itu selama tujuh tahun tanpa meninggalkan tingkat atas rumah itu.Amal dan dua lagi isteri Osama telah disoal siasat di Pakistan selepas mereka ditahan ekoran serbuan di kediamannya, bersama lapan atau sembilan kanak- kanak di sana. -- AP.cyberita
No comments:
Post a Comment