Sunday, May 15, 2011

Kahwin bukan kerana nafsu


Ketika ditanya mengenai petua mengekalkan keharmonian rumah tangga, Salih berkata, satu daripadanya adalah menerapkan nilai keagamaan kepada setiap isteri dan anak.



  •  PETUA KEKALKAN KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA “Saya berkahwin bukan kerana nafsu, tetapi agama. Memang benar saya menjadikan agama untuk berpoligami kerana agama membenarkannya. Jadi, mengapa saya perlu dipandang sinis? “Begitupun, memang benar tanggungjawab berpoligami sangat besar. Jadi, bila berpoligami, kita kena faham tanggungjawab yang harus kita pikul.
    “Hakikatnya, ilmu agama penting bagi membentuk diri yang bersih dan tenang. Saya mengajar setiap isteri dan anak mengenai perkara ini. Alhamdulillah, mereka tidak ada masalah untuk mengikutinya.

    “Sebab itu, isteri saya tiada masalah antara satu sama lain. Malah, mereka sangat akrab seperti adik-beradik. Saya juga mahu selalu bersama mereka dan anak. Sebab itu, saya mahu sentiasa dekat antara satu sama lain,” katanya.

    Salih turut menjelaskan, dia tidak pernah meninggi suara terhadap isteri dan anaknya. Walau apapun terjadi, bapa kepada 11 anak ini akan cuba bercakap secara lembut.

    “Kadangkala saya berlawak dengan mereka. Namun dalam lawak, ada tegasnya. Jadi, daripada situ mereka faham maksud saya. “Lagipun, saya tidak perlu meninggi suara kerana ia bukan cara sesuai untuk mendidik isteri dan anak.


    “Saya juga sering berbincang bersama isteri dan anak mengenai apa diperlukan mereka dan sebagainya. Sebagai bapa, ia tanggungjawab yang tidak harus saya lepaskan.

    “Paling penting, apa dilakukan harus adil. Tidak boleh berat sebelah atau mementingkan mana-mana isteri. “Jika berpoligami, semua isteri adalah penting dan menjadi tanggungjawab seorang suami,” katanya.

  • No comments:

    Post a Comment