Dalam satu kenyataan dikeluarkan malam kelmarin, seramai 11 doktor yang berkata berada di lokasi ketika kejadian menegaskan, mereka kecewa dengan tindakan polis itu tanpa mempedulikan keselamatan pesakit dan doktor.
'Kami, doktor yang menurunkan tandatangan di bawah, tidak mahu menyertai polemik perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 tetapi mahu menjelaskan tentang keadaan tidak selesa yang wujud (hari itu),' kata para doktor itu.
'Adalah mengecewakan pihak berkuasa yang diamanahkan tanggungjawab menjaga negara dan melindungi mereka yang lemah, tanpa rasa malu menafikan perbuatan mereka secara umum, di sebalik kejadian itu disokong banyak gambar, video dan pengakuan saksi termasuk pemerhati berkecuali,' kata mereka dalam kenyataan itu.
Kenyataan itu bercanggah dengan respons Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, yang menafikan polis melepaskan air berasid dan gas pemedih ke atas kawasan hospital.
Sebaliknya, Datuk Seri Liow berkata air berasid dan gas pemedih mata yang dilepaskan hanya mengenai kawasan tembok hospital itu.
Kelmarin, Presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA), Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang juga mantan menteri kesihatan, berkata pihak polis terpaksa bertindak demikian bagi melindungi pesakit-pesakit daripada peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang cuba berselindung di kawasan itu.
Sementara itu, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) semalam berkata ia akan mengadakan siasatan (inkuiri) awam berhubung dakwaan tindakan keras polis ketika perhimpunan itu.
Naib Pengerusi Suhakam, Datuk Dr Khaw Lake Tee, berkata orang ramai dan pihak berkuasa akan dipanggil memberi keterangan masing-masing ketika inkuiri yang dijangka diadakan bulan depan.
Salah seorang peserta perhimpunan, Encik Liew Seng Tat, berkata beliau nampak anggota polis menendang dan memijak beberapa orang yang cuba mendapatkan perlindungan di Hospital Tung Shin. -- Agensi.
Cyberita Online Luar Negara
No comments:
Post a Comment