Friday, July 15, 2011

Mayat pembunuh digantung


 PEMBUNUH Ahmed   Wali Karzai digantung pada sebuah bangunan di dataran awam di bandar Kandahar, semalam.
PEMBUNUH Ahmed Wali Karzai digantung pada sebuah bangunan di dataran awam di bandar Kandahar, semalam.


Taliban dakwa bertanggungjawab hantar orang bunuh adik Karzai

KANDAHAR: Lelaki yang menembak mati adik tiri Presiden Hamid Karzai, Ahmed Wali Karzai digantung di dataran awam di bandar Kandahar, di sini semalam.
Sekumpulan lelaki menggantung mayat lelaki berkenaan di dinding di Kandahar kira-kira 20 minit sebelum mereka membawanya keluar dari situ.
Ahmed dibunuh Selasa lalu oleh lelaki yang dikatakan daripada puak dan kampungnya, yang dikenali beliau selain mengembara dan bekerja bersama selama tujuh tahun. Karzai adalah antara beribu-ribu penduduk menghadiri pengebumian adik tirinya.

Presiden, ketua puak, pegawai kerajaan dan orang ramai yang menyertai solat jenazah di ibu negeri wilayah Kandahar sebelum bergerak ke kampung asal di Karz untuk pengebumian.

Pergerakan Taliban mendakwa bertanggungjawab terhadap pembunuhan Ahmed tetapi pegawai rasmi Afghan pula menafikannya dengan berkata, tidak jelas sama ada pembunuh berkenaan adalah anggota militan.

Jurucakap Taliban, Zabiullah Mujahid berkata, dalam satu kenyataan bahawa anggotanya membunuh Ahmed kerana beliau bekerjasama dengan tentera Britain, Amerika Syarikat dan Kanada di selatan. Sejurus selepas pengebumian adiknya itu, Karzai mengadakan sidang akhbar di Kandahar dan memberi mesej kepada pergerakan militan itu.
“Mesej saya kepada mereka (Taliban) ialah berhenti membunuh warga senegara dan saudara seagama. Mudah untuk membunuh tetapi lelaki sejati ialah seseorang yang menyelamatkan nyawa orang lain,” katanya.

Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan, bilangan orang awam yang maut dalam enam bulan tahun ini meningkat 15 peratus berbanding tahun lalu.

Peningkatan kematian itu berlaku selepas Amerika menghantar beribu-ribu askar tambahan ke Afghanistan. Badan dunia itu menyatakan, tahap keganasan tahun ini menjadi petanda kesan kehadiran lebih ramai askar asing.

Laporan pertengahan tahun itu menyatakan, militan meliputi 80 peratus kematian dan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menjadi punca 14 peratus pembunuhan manakala separuh daripada korban disebabkan serangan bom. – Agensi Berita Harian Online | Mayat pembunuh digantung

No comments:

Post a Comment