Friday, July 15, 2011

Lelaki, wanita Singapura mahu lebih kerap berasmara

SINGAPURA: Lelaki dan wanita Singapura mahu hubungan seks yang lebih kerap dan lebih baik, menurut kajian syarikat perubatan Pfizer.

Kajian Seks Ideal Asia menunjukkan lelaki secara purata ingin berasmara 3.5 kali dalam tempoh sebulan manakala wanita 1.8 kali hubungan sedemikian dalam tempoh yang sama.
Rata-rata, lelaki yang ditinjau berkata kekerapan hubungan seks yang sesuai adalah 8.7 kali sebulan.
Bagi kaum wanita pula, kekerapan yang ideal adalah 7.3 kali sebulan. Perangkaan itu lebih tinggi daripada purata 5.2 dan 5.5 kali yang dilakukan oleh pasangan di sini setiap bulan.

Pakar Urologi Kanan di Gleneagles Hospital, Profesor Peter Lim, berkata topik berkaitan hubungan seks bukan lagi sesuatu yang ‘pantang’ diperkatakan.
“Ia topik yang mempunyai kesan ke atas kesihatan keseluruhan bagi lelaki dan wanita,” kata Prof Lim.

Selain keinginan seks yang meningkat, kajian dijalankan Pfizer itu mendapati penduduk Singapura meletakkan kepentingan yang tinggi dalam usaha meningkatkan tahap kepuasan seksual.
Firma Pfizer menghasilkan antara lain ubat Viagra yang berupaya mengatasi masalah mati pucuk. – Agensi
Berita Harian Online | Lelaki, wanita Singapura mahu lebih kerap berasmara

No comments:

Post a Comment