KOTA BHARU – Seorang ahli Pas menjadi individu kedua dihadapkan ke mahkamah berhubung dakwaan menjual kemeja T Bersih di bawah Akta Pertubuhan membabitkan isu Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Sabtu ini.
Pendakwaan terhadap lelaki berusia 38 tahun itu dibuat di hadapan Majistret Nur Zakiyah Shamsudin di Mahkamah Majistret 3 Kota Bharu, di sini, semalam.
Zakaria Che Wail berdepan tuduhan menjual 388 kemeja T pertubuhan haram berkenaan di Pasar Pagi, Jalan Dato Pati, di sini pada jam 10.45 pagi, 1 Julai lalu.
Pendakwaan terhadapnya dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Wan Abd Razak Wan Hussin mengikut Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966.
Pada prosiding di mahkamah semalam, tertuduh merekodkan pengakuan tidak bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya selesai dibacakan jurubahasa mahkamah. Berikutan itu, sementara menunggu tarikh sebutan semula kes berkenaan, tertuduh yang beralamat dari Taman Mutiara, Wakaf Baharu, itu dibenarkan diikat jamin RM4,000.
No comments:
Post a Comment