“Kami menolak tuduhan sesetengah pihak mengatakan saya dan Nurul membelakangi ibu bapa kandungnya ketika kami berkahwin di Narathiwat, Thailand, 23 April lalu.” Demikian kata Mohd Munzil Muhamad, 27, suami kepada bekas peserta Akademi Fantasia musim kedua, Nurullah Zawawi, 29 (Nurul AF2) pada satu sidang media di Desa Pandan, di sini, bersama isterinya semalam, berhubung konflik perkahwinan mereka.
Mohd Munzil berkata, dia tertekan dengan kontroversi itu berikutan banyak pihak mempersoalkan perkahwinannya dan mereka difitnah bersekedudukan tanpa ikatan sah.
“Saya kecewa tohmahan masyarakat kononnya kami bersekedudukan sedangkan perkahwinan kami disahkan Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 26 Mei lalu,” katanya.
Menurut Mohd Munzil, hatinya terluka akibat kritikan hebat di laman sosial facebook kononnya perkahwinannya tidak sah, malah turut difitnah membelakangi bapa kandung Nurul yang sepatutnya menjadi wali pernikahan mereka.
Hasilnya, empat laporan polis dibuat berhubung insiden itu.
“Sebenarnya, saya, isteri dan ibu bapa saya pernah ke Kampung Sungai Bedil Besar, Kuching untuk berjumpa ibu bapa kandung Nurul sebelum kami berkahwin pada 23 April lalu.
“Kami cuba mencari tempat tinggal ibu bapanya melalui bantuan penghulu kampung itu sendiri, namun beberapa kekangan menyebabkan hasrat kami tidak kesampaian. Kami tidak pernah membelakangi ibu bapanya kerana kami pernah berusaha menjejakinya,” katanya yang turut mendapatkan bantuan Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais).
No comments:
Post a Comment