Homayon Narouzzad didakwa melakukan serangan seksual ke atas mangsanya yang berusia di antara 12 dan 15 tahun di rumahnya yang terletak di atas sebuah kedai makan di Whitefield, Bury.
Pendakwa, David Clarke, berkata semua mangsa Homayon mengalami trauma akibat pencabulan dilakukannya.
“Serbuan polis ke kediaman tertuduh menemui sejumlah cakera padat video dan majalah seks berkaitan kaki ditemui,” katanya.
Lelaki warga Iran yang diberi suaka politik pada 2000 itu mengaku salah atas 25 tuduhan aktiviti seksual dengan kanak-kanak berusia di bawah 16 tahun di antara April 2010 hingga Februari tahun ini.
Mahkamah diberitahu, Homayon menawarkan wang, makanan atau rokok bagi memujuk kanak-kanak perempuan membenarkannya menyentuh serta mencium kaki mereka.
Dia kemudian memuaskan dirinya sendiri atau dibantu mangsanya.
Homayon ditahan polis pada Mac lalu selepas seorang daripada mangsanya mengadu kepada keluarga.
Hakim, Maureen Roddy, berkata walaupun sekadar menyentuh kaki, perbuatan itu masih dianggap berbahaya.
“Apa yang anda lakukan ke atas kanak-kanak perempuan itu bukan benda remeh,” katanya. - MOL
No comments:
Post a Comment