KUALA LUMPUR – Bukan sistem biometrik tetapi dakwat kekal.
Itulah reaksi dua pemimpin kanan pembangkang susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan sudah menyediakan peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melaksanakan sistem itu yang dijangka bermula pilihan raya umum akan datang.
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, pihaknya tidak yakin terhadap sistem biometrik kerana tidak ada jaminan pengundi akan mengundi sekali sahaja.
“Sistem ini setakat mengesahkan maklumat warganegara tetapi kemungkinan pengundian dua kali tetap berlaku. Selain itu, adakah mereka (SPR) mampu meletakkan sistem itu di setiap pusat pengundian?” katanya.
Bagi pastikan pelaksanaan pilihan raya yang telus dan adil, kata Salahuddin, SPR perlu penuhi tuntutan Bersih 2.0) terutama dalam penggunaan dakwat kekal.
“SPR jangan berdolak-dalih kerana dakwat kekal terbukti efektif yang digunakan sebahagian negara Komanwel. Itu lebih terjamin,” katanya.
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, sistem biometrik yang akan dilaksanakan SPR tidak dilakukan secara menyeluruh terhadap daftar pemilih sedia ada.
No comments:
Post a Comment