Monday, August 29, 2011

Diancam kereta sapu warga Iran




PEMANDU kereta sapu dari Iran menjadikan kawasan tumpuan pelancong di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur untuk mencari pelanggan.


KUALA LUMPUR – Kegiatan perkhidmatan kereta sapu haram melibatkan warga Iran mengancam pendapatan pemandu teksi tempatan sejak kebelakangan ini.
Tinjauan Kosmo! mendapati, pemandu asing itu semakin bermaharajalela apabila menjadikan hotel-hotel di sekitar kawasan Bukit Bintang sebagai lokasi operasi mereka.
Menurut pemandu teksi, S. William, 37, walaupun telah membuat aduan kepada pihak berkuasa, tiada tindakan diambil setakat ini menyebabkan mereka terpaksa bersaing bagi mendapatkan penumpang.
“Kami telah mengadu kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tetapi ia tidak membuahkan hasil kerana mereka hanya mengambil sikap berdiam diri.
“Aduan yang dilakukan kepada Kementerian Pelancongan juga akhirnya menerima nasib yang serupa apabila mereka meminta bukti daripada kami sebelum sebarang tindakan diambil,” katanya kepada Kosmo! di sini.

No comments:

Post a Comment