KUALA LUMPUR – San Miguel Corporation (SMC) bercadang untuk melabur sehingga AS$1 bilion (RM3 bilion) untuk menaik taraf dan memasang peralatan baru di loji penapis di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Anggota Lembaga Pengarah SMC, Eric Recto berkata, syarikat itu merancang untuk membawa jentera baru bagi menghasilkan lebih banyak produk nilai tambah di pasaran Malaysia.
“Kami menjangkakan pencapaian yang sama seperti mana yang kami lakukan semasa kami memperoleh Petron Corporation (Petron) tiga tahun lepas.
“Loji penapis Malaysia merupakan aset berguna bersesuaian dengan jumlah pelaburan yang dikeluarkan bagi menggantikan peralatan dan jentera lama,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini melalui sidang suara dari Manila, Filipina di sini semalam.
No comments:
Post a Comment